Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA
Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI
Sembang & Pesanan
Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 16 MEI : Slogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah melambangkan jihad yang "tulen" serta dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.
Husam dalam satu kenyataan medianya berkata, PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah.
"Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.
Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia.
Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat."
Mengulas lanjut perkara tersebut, Husam berkata PERKASA juga tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih,".
Husam juga berkata, keadaan itu ditunjukkan melalui tindakan PERKASA yang didakwa hanya menggunakan "isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak."
"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno-BN selama ini.
"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.
Jelas Husam lagi, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.
"Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.
Husam yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu menambah, Ibrahim juga perlu mengembalikan semula kerusi yang dimenanginya kepada PAS memandangkan beliau bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.
"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi.
Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.
Contohnya Saiful mendakwa beliau “dipaksa’ melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah.
Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong.
Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana saya tahu sistem kehakiman kita tetapi keputusan itu mengejutkan seolah-olah yang dibuat (hakim) itu hukuman terus. Semua keterangan yang dibawa oleh pendakwa seolah-olah sah.
"Oleh yang demikian kita harus siap membela diri untuk mempertahankan kebenaran kita dan mendedahkan kotor dan jijiknya sistem yang cuba menggunakan mahkamah sebagai alat mainan politik," ujarnya.
"Maka keputusan kita akan memanggil Datuk Najib, Rosmah, Khairul Anas, Mumtaz. Selain daripada keterangan-keterangan perlu untuk dedahkan bagaimana seluruh sistem polis dan pendakwa diperalatkan," tambah Anwar.
Khairul Anas adalah pegawai khas kepada Najib. Mumtaz adalah rakan karib kepada isteri Perdana Menteri. Kedua-dua mereka dilaporkan terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah.
Dalam pada itu Anwar memberitahu media terdapat laporan mengatakan bahawa pihak polis melakukan intimidasi kepada saksi yang bakal dipanggil pada sesi pembelaan Jun nanti.
Hakim Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai tarikh pihak peguambela mengemukakan hujah pembelaan dan memanggil tiga puluh orang saksi yang disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.
Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful selain tuan rumah unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Hassanuddin Abdul Hamid yang berada bersama Anwar sepanjang hari kejadian.
Ratusan penyokong Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Mereka melaungkan "Reformasi" dan "Bangkit Rakyat" dalam suasana yang mirip kepada kebangkitan gerakan rakyat menolak penindasan apabila Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Penyokong-penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan.
Saya petik:
Culik helah simpati: Zahid Hamidi perlu mohon maaf, tarik kenyataan
[KD] KUALA LUMPUR: KEADILAN menggesa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik kenyataan bahawa ugutan culik terhadap anak ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai helah mendapat simpati.
Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian kerana bersifat prejudis dan cuba mencampuri urusan siasatan polis.
“Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu,” kata Surendran.
Tambahnya, Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap ugutan yang didakwa telah dilakukan ke atas anak Nurul.
“(Sebaliknya) Zahid telah mencemarkan kedudukannya dengan bermain politik,” kata Surendran lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah, Jumaat lalu membuat laporan polis apabila menerima satu kiriman SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim, berundur dari politik.
“Kita juga memohon jaminan daripada polis bahawa siasatan ke atas ancaman penculikan ini dijalankan dengan cepat dan adil,” tegas Surendran lagi.
Beliau dalam masa yang sama turut mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang dituju kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Anwar adalah individu dalam video seks fitnah.
“Kenyataan kedua-dua menteri ini menunjukkan para pemimpin UMNO tidak mempunyai kepentingan dalam memastikan sistem keadilan jenayah dan institusi bebas beroperasi secara adil.
“Apabila ia melibatkan kepentingan UMNO, mereka bersedia untuk tidak mempedulikan undang-undang dan menggunakan pengaruh supaya mencapai tujuan mereka,” katanya.
P/s: Dalam hal keselamatan, menteri sepatutnya bersikap profesional. Perkara ini bukan perkara mainan. Apa salahnya jika menteri tersebut berkata, "Kita memandang serius perkara ini dan kita akan siasat siapakah pengirim sms itu dan kita akan cari sampai ke lubang cacing..."
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.
Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.
Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.
“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” kata Ketua Umum PKR ini.
The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.
Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.
Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.
“Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.
“Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini,” kata Anwar.
Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.
“Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri,” kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.
Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.
“Beliau perlu (jadi saksi utama),” katanya.
Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.
Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.
Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.
Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.
Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.
Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
“Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang,” katanya.
(Gambar hiasan)

[HD] KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan demikian sebentar tadi.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.
Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah.
Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.
Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.
Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.
Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu.
Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar".
Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
============================================= Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mei — Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang sedang membacakan alasan keputusannya juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.
=============================================
Saya petik:
[MK] Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukai, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.
Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.
Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.
Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

[HM] JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.
Saya petik:
[BH] PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.
“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.
Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[MK] Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.
“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.
Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.
Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia
“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.
Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.
“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.
P/s: Beranikah orang Islam berjihad? Kalau dilihat anak-anak muda Melayu Islam kini duk lena dengan tuntutan hawa nafsu semata-mata...Kalau nak berjihad pun, berjihadlah melawan hawa nafsu dahulu, betulkan diri dengan Allah...

[MStar] KANGAR: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal Ahad selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.
Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.
Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - BERNAMA
(Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)
Salih bersama bakal isteri no. 4, Ermi
GAMBAR keluarga Salih Yaacob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.
Saya petik:
[kosmo] ADA yang tersenyum sumbing apabila penyampai radio popular, Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.
Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.
Bisik-bisik tentang perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.

Masih berahsia tentang nama penuh bakal isteri barunya, Salih yang hanya mahu memperkenal wanita itu sebagai Ermi menjelaskan, perkahwinan bukanlah satu pelacuran.
"Saya mengambil untuk berkahwin bukan atas dasar nafsu tetapi kerana ketentuan Ilahi. Jadi, ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya," katanya yang berdepan bermacam skeptikal sebaik sahaja berita berkenaan tersebar luas.
Bakal berkahwin lagi dengan wanita muda berusia 24 tahun sedangkan Salih, 50, sudah ada tiga orang isteri yang setia, itu satu situasi yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan seorang selebriti. Sedar perkara itu, Salih sendiri mengakui, selain ucapan tahniah, banyak juga kecaman yang terpaksa dihadapinya.
Salih mengakui kepada Sensasi Bintang bahawa dia juga sudah penat berdepan rutin hidup sebagai selebriti dalam industri.

Kontrak tahunannya bersama Sinar FM juga bakal berakhir Julai 2011 dan sehingga kini Salih masih berkira-kira untuk meneruskan kerjaya celoteh seawal 6 pagi itu.
Jika tawaran kontrak akan datang dirasakan tidak berbaloi dengan penat lelah, dia rela berundur untuk memberi perhatian kepada keperluan hidup sisi lain, mahu fokus kepada bisnes.
Sensasi Bintang: Kenapa masih berahsia tentang nama sedangkan gambarnya sudah tersiar dalam surat khabar?

SALIH YAACOB: Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh, ini pun sudah kecoh jadinya. Saya hanya boleh katakan, Ermi seorang wanita terpelajar. Dia lulusan pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Dia berasal dari Johor, anak bongsu dari lima orang adik-beradik dan berketurunan Syeikh daripada sebelah bapanya. Setakat ini, biarlah namanya saya simpan sebagai kejutan.
Jadi sudah ada tarikh bilakah perkahwinan itu akan berlangsung?
Belum ada, tapi kalau boleh ia akan diadakan apabila saya dapat sempurnakan apa yang wajib dilakukan terlebih dahulu. Lagi cepat lagi baik.
Bagaimana dengan skeptikal orang, misalnya bakal isteri sebaya dengan anak?
Majoritinya masyarakat kita memang begitu, mungkin disebabkan saya ini bukan ahli ulama. Usia bukan penentu, ada orang yang lebih muda tetapi lebih celik akal daripada orang yang berusia. Saya ambil perkahwinan itu sebagai satu ujian, apabila ia diamanahkan kepada saya, maka wajib ke atas saya menunaikan amanah itu.
Ada disebutkan tentang kecaman, kecaman bagaimana yang diterima setakat ini?
Biasalah, dalam masyarakat Islam sendiri ada yang tidak faham tentang agama. Banyak juga tentangan yang harus saya tempuhi, bukan sahaja daripada orang luar, sanak saudara sendiri ada yang tidak setuju.
Teruja tak, menanti hari perkahwinan nanti? Dengarnya mahu bersanding beramai-ramai termasuk dengan isteri-isteri terdahulu?
Saya biasa sahaja sebab sudah banyak kali melaluinya, mungkin perasaan itu berbeza dengan pihak wanita. Tentang persandingan itu, saya akan tengok bagaimana keadaannya nanti. Kalau perlu saya buat, itu sebagai tanda kemenangan mereka (isteri) bukan untuk saya. Kalau boleh saya hanya mahu bersederhana.
Kalau ada yang kata, hebatlah Salih Yaacob, nak kahwin lagi, dapat pikat anak dara pula, apa komen?
Saya boleh katakan, orang yang terpikat dengan cara saya. Macam dengan Emi, mungkin dia tertarik dengan amalan hidup saya atau mungkin merasakan saya mampu menjadi teman, pemimpin dan guru yang boleh mendidik dan membawanya ke jalan yang benar.
Tentang kontrak dengan Sinar FM, betulkah mahu berundur dari dunia seni?
Saya nak tengok keadaan dulu sebab saya penat dengan kesibukan ini, sekarang sibuk dengan penggambaran program, SY I Follow untuk Astro Ria, kalau boleh nak fokus dengan bisnes saya dan memperkemaskan kehidupan, itu sahaja.
Saya petik:
Kemenangan PRU Ke-13 jadi keutamaan bukan soal jawatan, calon
[BH] JIKA melihat usianya yang sudah menjangkau 65 tahun, UMNO bukan saja dewasa malah sudah matang.
Justeru, mereka yang berada dalam parti ini sama ada di cawangan, bahagian, negeri mahupun dalam Putera, Puteri, Pemuda, Wanita serta Majlis Tertinggi, semestinya matang dengan perubahan atau transformasi yang sedang berjalan.
Transformasi yang dibawa kepemimpinan UMNO kesan kemerosotan sokongan akibat tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12) pada 2008 - jika diteliti - kini sedang memasuki fasa terakhir.
Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sambutan ulang tahun parti terbesar orang Melayu itu, Rabu lalu dengan tegas menyatakan bahawa hanya kemenangan parti pada pilihan raya nanti yang menjadi keutamaan, bukan soal pembahagian jawatan atau siapa yang dicalonkan.
Beliau juga lantang menegaskan akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada PRU Ke-13, melihat sama ada mereka akan menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan memilih calon bertanding atau akan adakah lagi suara sumbang yang kemudian disertai sabotaj dalaman.
Kesetiaan ahli UMNO akan diuji sama ada mereka akan terus bersatu padu serta sama-sama bekerja keras dalam satu jentera yang mantap bagi memastikan kemenangan parti pada PRU Ke-13 kelak walaupun tidak terpilih menjadi calon.
Persoalannya, mengapa Presiden UMNO mahu membuat ujian sedemikian. Adakah beliau belum yakin dengan ahli pada peringkat akar umbi atau itu cabarannya untuk melihat kesetiaan dan perubahan dalam parti yang diterajuinya sejak 2010.
Penganalisis politik, Prof Shamsul Adabi Mamat melihat ucapan Najib itu lebih kepada peringatan buat akar umbi kerana mungkin sudah ada cubaan sesetengah pihak melobi untuk menjadi calon terutama sejak beberapa minggu lalu apabila banyak pihak membuat andaian mengenai PRU Ke-13.
Beliau berpandangan mesej Presiden itu sudah jelas dan diulang kembali kerana dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, calon yang dipertaruhkan parti bukan pun ketua bahagian atau ‘orang lama’ tetapi mereka yang punya latar belakang bersih, boleh bekerja untuk parti dan diterima baik pengundi.
Justeru, mesej Najib kali ini satu lagi penegasan jelas bahawa keutamaan UMNO adalah mengekalkan sokongan rakyat kepada parti bukan politiking. Tidak perlu lagi ada yang tampil melobi mahu jadi calon, membodek, cah keting, mengugut atau merayu simpati termasuk `menunjukkan muka’ pada setiap majlis dihadiri Presiden parti.
Paling menjengkelkan ada orang mahu jadi calon pilihan raya muncul di lapangan terbang setiap kali Perdana Menteri mahu berangkat ke luar negara.
Laungan Presiden UMNO turut bergema pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, Disember lalu dan antara yang disentuh adalah mengenai kesetiaan ahli parti serta berkhidmat bersungguh-sungguh kepada rakyat dan sering mendampingi atau turun padang mendengar masalah masyarakat.
Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam berpandangan peringatan Najib itu sebagai peringatan ulangan kepada ahli UMNO bahawa parti itu berhadapan cabaran besar di dalam dan luar parti.
“UMNO perlu lebih kuat berbanding pada 1999 atau 2004 kerana berhadapan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan sebelum PRU Ke-13. UMNO juga perlu mendapatkan sokongan generasi muda di luar parti, profesional dan pengundi di kawasan bandar,” katanya.
Malah, katanya, sikap tamak, gila kuasa dan takut kehilangan jawatan sesetengah pemimpin peringkat cawangan dan bahagian ditambah sikap tertutup terhadap pengundi baru serta berpuak-puak perlu dikikis agar UMNO bertambah kuat menghadapi cabaran semasa.
Tepatlah apa yang dilaung dan dihajatkan Najib, kini terpulang kepada pemimpin serta ahli sama ada mahu menyahut laungan itu atau terus-terusan bersikap jengkel demi kepentingan peribadi walaupun sedar ia boleh menambah layu perjuangan parti.

Langgan:
Catatan (Atom)
Hebat pelajar Islam sekarang!! Walaupun berlaku di negara jiran tapi itulah realiti umat Islam kini
Sumber: borakkosong
Sumber: borakkosong
PERKASA nak berjihad tapi bisu dalam perkara mungkar yang dibuat umno!!
Selasa, Mei 17, 2011
| Author:
Tuk Kiyai

[VIDEO] Ini bukti umno akan RAMPAS Selangor. Tahniah Noh Omar!
Selasa, Mei 17, 2011
| Author:
Tuk Kiyai
Kes Anwar : Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mumtaz Akan Dipanggil (Kemaskini)
Isnin, Mei 16, 2011

[VIDEO] Najib, Rosmah, Musa Hassan, Mumtaz Jaafar akan dipanggil - Anwar
Isnin, Mei 16, 2011
| Author:
Tuk Kiyai
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.
Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.
Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.
“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” kata Ketua Umum PKR ini.
The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.
Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.
Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.
“Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.
“Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini,” kata Anwar.
Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.
“Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri,” kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.
Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.
“Beliau perlu (jadi saksi utama),” katanya.
Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas
Gara-gara ganggu isteri orang, awang hitam dibelasah 30 lelaki
Isnin, Mei 16, 2011
| Author:
Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.
Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.
Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.
Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.
Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.
Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
“Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang,” katanya.
(Gambar hiasan)
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.
Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.
Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.
Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.
Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.
Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis yang mendapat maklumat menghantar unit kereta peronda ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui empat warga Afrika di situ dalam keadaan lemah selepas bergaduh dengan penduduk setempat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
“Kami juga meletakkan anggota polis di kawasan itu bagi mengelak kejadian itu berulang,” katanya.
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan demikian sebentar tadi.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.
Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah.
Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.
Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.
Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.
Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu.
Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar".
Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
============================================= Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mei — Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang sedang membacakan alasan keputusannya juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.
=============================================
Saya petik:
[MK] Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukai, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.
Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.
Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.
Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.
Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.
“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.
Awas!! Ramuan ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder’ ada DNA Babi