KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan.
Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli membuktikan tidak berlaku penyelewengan undi pos seperti didedahkan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan bekas anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.
Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu berhubung perkara itu.
“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.
Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.
“Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.
“Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya,” ujarnya.
Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.
Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut. -keadilandaily
Gambar: Orang ramai yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur Pedas di Seremban baru-baru ini mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas jalan raya akibat perlanggaran sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW. Peti simpanan duit syiling yang dianggarkan berjumlah RM 75,000 yang dibawa oleh Toyota Hilux jatuh ke atas jalan raya lalu terjadilah pesta mengutip duit. Duit yang dikutip tidak pula dipulangkan kepada pemiliknya. Difahamkan duit tersebut dalam perjalanan ke Melaka untuk diagihkan kepada beberapa pasaraya sekitar negeri tersebut.
[kosmo] TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.
Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
P/s: Harta haram yang dimakan dan menjadi darah daging akan dibakar pada hari akhirat kelak...
PETALING JAYA: Penulis blog dan pemerhati politik veteran Aspan Alias hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkenaan keperluan Umno mencalonkan individu yang boleh menang di dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib diselesaikan.
“Kita tentu masih ingat semasa parti Umno itu merupakan parti yang ‘winnable’ dahulu, calon-calon Umno pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang,” tulis Aspan di dalam artikel blog yang bertajuk “Khairy!! Kalau Umno itu masih parti yang ‘winnable’, semua calonnya akan menjadi calon ‘winnable’”.
Semalam Khairy menyatakan bahawa pergerakannya hanya akan mengemukakan calon yang benar-benar layak dan boleh menang sebagai calon untuk pilihan raya umum ke – 13.
“Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda (Umno), dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.
“Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota…jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” Khairy dilaporkan berkata kepada pemberita di dalam satu majlis di Lumut.
Aspan yang mengakui berkata Umno sememangnya mempunyai calon yang boleh menang tetapi calon yang menang turut menyumbang kepada permasalahan rakyat dan tidak mendapat kepercayaan rakyat.
‘Winnable candidates?’
“Maksud saya ia bukan setakat mendapatkan ‘winnable candidates’ dalam pilihanraya yang akan datang tetapi Khairy mesti cari selain dari ‘winnable candidates’ itu ialah untuk mendapatkan calon yang boleh dipercayai jika mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah lagi,” jelas Aspan.
Aspan menyatakan bahawa rakyat mencari parti yang boleh menang dan bukan setakat calon yang boleh menang.
“Yang penting bagi Umno ialah untuk menentukan samada masalah dan perkara yang di isukan oleh rakyat sekarang mendapat penyelesaian atau pun tidak,” tambah Aspan.
“Selagi isu kejujuran kepimpinan atasan dan banyak lagi yang semua pihak tahu belum di atasi, Umno itu sendiri mesti menilai samada parti itu masih parti yang ‘winnable’.
Secara perbandingan, Aspan menyatakan bahawa parti politik seperti DAP dan PAS mendapat undi kerana dipercayai rakyat.
Beliau turut menjelaskan kepentingan parti yang boleh menang dengan menggunakan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali sebagai contoh.
“Ibrahim Ali semasa bertanding sebagai calon bebas telah tewas dan hilang wang pertaruhannya, tetapi apabila bertanding dengan menggunakan tiket PAS beliau telah mendapat lebih dari 7,000 undi majoriti bagi kemenangan beliau.
“Itulah sebabnya keyakinan terhadap parti itu adalah perkara yang paling pokok,” katanya. -FMT
Lihat Juga: Khairy!! Kalau UMNO itu masih parti yang winnable, semua calonnya akan menjadi calon ‘winnable
|
SHAH ALAM: Konsep ‘Berpuasa dan Berhari Raya Sambil Meminjam’ menjadi antara pakej terbaru golongan along atau pemberi pinjaman wang haram yang dikesan mulai berleluasa menjelang musim perayaan di bandar raya ini.
Keghairahan ejen along memasang poster pakej itu di beberapa kawasan seperti Seksyen 25, 28, 30 dan 32, di sini, dilihat seolah-olah mencemar dan mengusik sensitiviti umat Islam yang masih menunaikan ibadat puasa di pertengahan bulan Ramadan.
Beberapa penduduk menyifatkan selain tidak beradab, perbuatan along menampal poster menawarkan pinjaman khas untuk puasa dan hari raya itu mesti diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Penduduk Seksyen 25, Nikmat Hashim, 48, mendakwa sehingga semalam, dianggarkan ratusan poster berkenaan boleh ditemui di sekitar bandar raya dipercayai dipasang kumpulan pekerja along terbabit.
“Kami mohon sangatlah kepada pihak berkuasa memandang serius perkara ini. Ini kerana along semakin biadab dan tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat Islam yang sedang berpuasa.
“Mereka berebut-rebut memasang poster itu, seolah-olah menyifatkan semua umat Islam terlalu miskin dan akan mengharapkan pinjaman mereka untuk meraikan ibadat puasa atau sambutan Aidilfitri,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro semalam mendapati dakwaan penduduk ada kebenarannya apabila poster menawarkan pinjaman sempena Ramadan dan Syawal itu boleh ditemui di beberapa kawasan di bandar raya ini.
Malah, poster serupa turut ditemui dipasang hanya kira-kira 250 meter dari pejabat cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kota Kemuning, dekat sini. -hmetro
Sekadar hiasan
KAJANG: Seorang warden asrama perempuan terkejut sejurus mendapati seorang pelajar perempuan tingkatan lima melahirkan bayi perempuan di dalam tandas asrama sebuah sekolah menengah di sini, semalam.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, guru wanita berkenaan dipanggil seorang pelajar lain yang memaklumkan rakannya berada di dalam tandas kerana baru melahirkan seorang bayi.
Katanya, guru berkenaan bergegas ke tandas itu dan mendapati mangsa yang berusia 17 tahun berada di dalam tandas yang dikunci dari dalam sambil mengerang kesakitan.
“Selepas dipujuk, mangsa keluar bersama bayi perempuan cukup sifat,” katanya.
Guru berkenaan membawa mangsa dan bayi perempuan itu ke Wad Kecemasan, Hospital Kajang, untuk rawatan lanjut.
Sumber berkata, sebaik emosi mangsa stabil, guru berkenaan meminta mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya hingga menyebabkan dia mengandung.
“Mangsa mendakwa dirogol dua lelaki tidak dikenali di Taman Kajang Utama pada November tahun lalu,” katanya.
Guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan. -hmetro
Gambar hiasan
PADANG BESAR: “Hanya bau badan pada kain lampin akan menjadi pengubat rindu saya kepada anak bongsu yang pergi buat selama-lamanya,” kata Ramlah Ibrahim, 28, apabila anaknya, Mohamad Nur Iffan Mohd Yussof, tiga bulan, maut dipercayai akibat tersedak susu, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Mohamad Nur Iffan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dengan hidung berdarah selepas disusukan ibunya di rumah keluarganya di Kampung Seri Junjung.
Ramlah yang juga suri rumah berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu berbeza dengan abang dan kakaknya yang berusia sekitar dua hingga 12 tahun, kerana dilahirkan awal iaitu ketika kandungan berusia tujuh bulan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia sempat menyusukan bayinya di dalam bilik jam 12 tengah malam sambil berbaring di sisinya.
“Bagaimanapun selepas membiarkan Iffan lena dalam keadaan berbaring, saya turut terlelap sebelum dikejutkan anak sulung pada kira-kira jam 3 pagi yang menyatakan hidung adiknya berdarah.
“Saya kemudian memeriksa keadaan anak saya sebelum mendapati susu bercampur darah turut keluar dari hidungnya dan pada masa sama, arwah sudah tidak bernyawa lagi.
“Akibat terkejut dan bimbang, saya menghubungi suami, Mohd Yusoff Mohd Amin, 48, yang mempunyai urusan luar bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum dia bergegas pulang untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, sebaik suami tiba, dia terus memeriksa nadi anak bongsu mereka sebelum mendapati dia sudah tidak bernyawa lalu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk pengesahan dan membuat laporan polis.
Katanya, pemeriksaan doktor mendapati anak mereka mati akibat tercekik susu, namun masih perlu menunggu laporan penuh forensik.
“Sehingga kini, masih terngiang-ngiang hilai ketawa Iffan ketika memandikannya kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin) kerana sebelum ini dia tidak bersikap demikian disebabkan lebih banyak diam.
“Sebaliknya, malam tadi (kelmarin) dia juga kelihatan begitu ceria dan saya bersama suami sempat bermain-main dengannya tanpa menyangka ia bagai memberi petanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Bertangkup jam 11 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, berkata kejadian disedari ibu bayi berkenaan apabila anaknya tidak bernafas selain terdapat pendarahan pada hidungnya.
Katanya, keluarganya kemudian membawa anak bongsu mereka ke HTF dan doktor mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia. “Saya difahamkan tiada unsur penderaan atau jenayah, sebaliknya kejadian disebabkan lemas akibat tersedak susu dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya. -hmetro
P/s: Takziah....
Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini, patah jari apabila dibelasah dengan batang penyapu oleh bapanya kerana disyaki bersekedudukan dengan teman wanitanya di sebuah rumah di Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit patah jari kiri selepas dibelasah bapanya yang hilang sabar dengan perbuatannya itu.
Remaja itu dan teman wanitanya yang juga penduduk taman berdekatan serta satu lagi pasangan ditangkap pegawai syarak bersama penduduk taman selepas menceroboh masuk ke rumah jiran ketika penghuninya keluar.
Tindakan kumpulan remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dihidu penduduk yang seterusnya memaklumkan kepada pegawai syarak lalu menyerbu rumah itu.
Bagaimanapun, ketika diserbu, dua remaja perempuan sempat keluar rumah dan bersembunyi di dalam kereta, manakala dua lelaki itu berada di dalam rumah. -hmetro
P/s: Memang patut kena pukul. Cari nahas...
Gadis hilang ditahan kerana peras ugut keluarga
PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
P/s: 'Jahat' sungguh budak ini. Sanggup perlakukan ibu bapa sedemikian rupa.

KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.
Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.
Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.
“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas.
“Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.
“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya. -hmetro
P/s: Ada lagi manusia yang masih percaya dengan bomoh yang menipu seperti ini. Kalau syarat berubat dengan menyerahkan tubuh tu maksudnya itu bomoh lahanat...
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut. Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.
"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.
Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.
Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.
"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.
"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.
Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.
Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."
Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."
Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.
"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.
Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.
Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.
Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.
Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
MELAKA – Seorang pesakit yang cedera parah ketika dibawa dengan ambulans yang dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat persimpangan Seri Negeri di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini.
Mariam Baba, 73, dari Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meninggal dunia kira-kira 9.10 pagi.
Zaidi Senan, 43, anak bongsu kepada Mariam memberitahu pemberita di hospital, ibunya mati setelah menerima rawatan lanjut.
"Sebab kematian tidak diketahui kerana masih menunggu jenazah yang akan dibedah siasat,” katanya yang merasa terkilan dengan kematian ibunya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Mariam, seorang pesakit kritikal yang dilaporkan sebagai mangsa samun dan dua lagi termasuk seorang doktor dan jururawat mengalami cedera parah ketika dalam perjalanan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, ASP V. Gunasegaran berkata, sebuah teksi telah merempuh ambulans berkenaan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbalik. – Bernama
(Gambar hiasan)
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan ditemubual mahupun menjadi saksi di mahkamah dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Perkara itu diberitahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter beliau sebentar tadi.
“Bekas KPN, Musa Hassan sewaktu ditanya peguam saya menjawab “Tidak mahu ditemubual dan tidak mahu menjadi saksi pembela,” kata Anwar.
Mengulas perkara ini, peguam Anwar, Ram Karpal Singh ketika dihubungi berkata Musa adalah saksi penting namun keengganannya ditemubual sudah dijangka.
Namun, katanya, ia tidak menjadi masalah besar buat pasukan peguambela dan mereka tetap akan meneruskan pembentangan hujah pembelaan mereka Isnin depan tanpa gentar.
“Kami sememangnya berharap dapat menemubual beliau (Musa) (dengan sempurna) kerana beliau merupakan saksi penting perbicaraan ini.
“Walaupun begitu, kami tidak terkejut dengan keengganannya untuk ditemubual.
“Kami sudah menjangkakannya dan akan meneruskan pembelaan pada hari Isnin seperti yang telah dirangka dalam strategi kami,” kata Ram Karpal Singh.
Musa sebelum ini enggan ditemubual atas alasan Anwar turut hadir semasa sesi temubual dijalankan. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin memutuskan Anwar berhak hadir sewaktu sesi temubual berlangsung.
Sikap yang diambil Musa Hassan adalah sama dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketiga-tiga mereka enggan menjadi saksi walau pun merupakan watak penting dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Najib pernah bertemu dengan pengadu, Saiful Bukhari dua hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat.
Rosmah pula adalah majikan kepada Datuk Mumtaz Jaafar, ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Sementara Musa Hassan pula pernah terlibat sebagai saksi pendakwaan kes Fitnah tahun 1998 dan merupakan Ketua Polis Negara sewaktu Fitnah II dilemparkan terhadap Anwar. - KD
KUALA LUMPUR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera parah dalam satu pergaduhan di luar pekarangan sekolah mereka, petang semalam.
Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai daripada dua sekolah lain, di luar pintu sekolah, kira-kira jam 1.15 petang, ketika hendak pulang.
Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan.
Seorang daripada pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata dia diserang ketika cuba meleraikan pergaduhan dan membantu seorang rakannya yang dipukul.
"Mereka datang dan serang kami secara tiba-tiba. Saya cuba selamatkan rakan tapi dipukul di bahagian kepala," katanya.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. – BERNAMA
(Gambar hiasan)
[Gambar: Ajak (berdiri, kiri) bersama pekerja di kedainya]
TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.
Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.
Dalam notisnya, pihak berkenaan juga diminta memberhentikan penyebaran fitnah dan menerbitkan permintaan maaf tanpa syarat.
“Tindakan ini perlu bagi membersihkan imej saya yang tercemar teruk akibat penyiaran gambar dan ulasan akhbar berkenaan,” katanya kepada Harakahdaily.
Akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Julai iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur di halaman muka depannya telah menyiarkan gambar seorang pemuda bertubuh sasa dan bertopeng sambil memegang pisau.
Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana kapsyen di bawah gambar akhbar berkenaan tetapi gambar tersebut telah diubah suai.
Bercerita lanjut, Abdul Razak berkata beliau turun ke Kuala Lumpur pada perhimpunan tersebut sebagai anggota Unit Amal PAS yang diajar dengan disiplin tinggi. Beliau diarahkan mengawal keselamatan puluhan ribu rakyat di hadapan menara Maybank.
Katanya, pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, beliau sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.
Tambahnya lagi, gambar yang disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas ke tepi.
Serentak dengan itu, beliau menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan fitnah sehingga merosakkan nama baik serta reputasinya serta dipandang rendah oleh masyarakat.
“Saya merupakan seorang peniaga dan imej yang dipaparkan oleh akhbar berkenaan amat negatif menyebabkan saya boleh dipandang serong oleh masyarakat dan pelanggan. Sebab itu saya mahukan keadilan dan imej saya dibersihkan.
“Saya juga sering terlibat dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Jadi jika gambaran ganas itu tidak ditarik akan terus merosakkan imej saya di mata masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Razak memberitahu notis yang telah dihantarnya itu memberi tempoh 21 hari kepada pihak akhbar berkenaan untuk dipatuhi. Jika tidak, tindakan undang-undang seterusnya akan diambil.
KUALA LUMPUR: Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd kalah dalam kes fitnah mereka ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Dr Tan berhadapan dengan kes saman fitnah RM200 juta.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf pada Isnin berkata kedua-dua plaintif telah gagal untuk membuktikan Dr Tan menggunakan perkataan-perkataan bersifat fitnah dalam satu penerbitan di Suara Keadilan.
Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM100,000 kepada Dr Tan.
Bagaimanapun Felda hanya perlu membayar RM70,000 kepada defendan kerana Dr Tan juga perlu menjelaskan RM30,000 dalam bentuk kos kepada plaintif berhubung poin-poin awalan yang dibangkitkan sebelum ini.
Pada 12 Julai lalu, Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas timbalan menteri itu tidak akan memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh Felda.
Ranjit memberitahu defendan tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings.
Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.
Pada 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ yang didakwa memfitnah mereka.
Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu.”
Plaintif mendakwa artikel itu memfinah mereka kerana perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa pengambilan balik dan pembinaan Menara Felda di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan memberi manfaat kepada kroni.
Dalam kenyataan pembelaannya, Dr Tan berkata perkataan yang dibuat atau mengandungi ulasan dan menzahirkan pendapat itu merupakan ulasan adil berhubung kepentingan awam seperti kedudukan kewangan, perbelanjaan, pengurusan dan kegiatan plaintif.
Dr Tan menafikan bahawa perkataan itu dengan cara apa pun memfitnah plaintif dan dalam konteks artikel itu, jika diambil secara menyeluruh, perkataan itu tidak bermakna atau boleh membawa makna seperti yang didakwa oleh pliantif. -MStar
P/s: Syabas DR Tan....Tak pasal-pasal Felda terpaksa bayar RM100 ribu kepada Dr ini. Kah kah kah