Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[MESTI BACA] Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam. Mengapa? Ini alasannya

Label:

Saya petik:
SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Gadis naik bas 5 jam untuk jumpa kekasih sms tetapi akhirnya di.....

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.

Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

“Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya.

Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
P/s: Alahai gadis, mudahnya diperdaya....

Isteri dicakar, dipukul & nyaris disimbah air panas. Mengapa?

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani.

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.

“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.

Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

P/s: Alahai suami...

Wanita ini difitnah BERKHALWAT. Ini ceritanya...

Label:

Saya petik:
[SH] PANTAI MURNI - Gara-gara malu apabila niatnya disalah erti, seorang ibu tunggal mahu mengambil tindakan saman malu terhadap individu yang menimbulkan kekecohan di rumahnya pada 29 Disember tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit, Zalina Pazin, 38, berkata, tindakan saman malu itu bakal dibuatnya setelah melakukan perbincangan dengan Biro Bantuan Guaman untuk menyaman individu yang menimbulkan kekecohan di pekarangan rumah keluarganya di Kampung Pantai Murni, malam 29 Disember tahun lalu.

Menurutnya, kekecohan berlaku akibat salah faham individu terbabit terhadap niat dia dan keluarga yang menyewakan sebuah rumah milik mereka di belakang kediaman yang mereka duduki kepada pelancong asing dari Rusia.

“Pelancong asing dari Rusia itu berbasikal seorang diri hingga ke Pantai Murni. Dia bertemu saya dan bertanyakan mengenai tempat penginapan yang boleh disewanya untuk tidur sebelum menyambung perjalanannya.

“Saya mengesyorkan tempat penginapan di Titi Hayun namun, dia tidak berminat kerana harganya terlalu mahal. Kebetulan saya dan keluarga mempunyai sebuah rumah di belakang rumah kami yang disewakan kepada seorang pemuda dan saya mempelawa pelancong Rusia terbabit bermalam di rumah itu,” katanya.

Zalina berkata, kira-kira jam 6.30 petang 29 Disember lalu, pelancong Rusia itu menyewa rumah di belakang rumahnya dengan harga RM20 untuk satu malam dan pada masa sama dia keluar ke pekan atas urusan tertentu.

Menurutnya, dia pulang ke rumah lebih kurang jam 10 malam itu dan kemudiannya memadamkan lampu untuk tidur kira-kira jam 11 malam bersama ibunya, Zainab Hussin, 55, dan dua anaknya.

“Saya terkejut sebaik memadamkan lampu terdengar bunyi bising dan mendapati ada ramai orang di luar rumah. Turut kelihatan adalah beberapa anggota polis.

“Saya kemudiannya keluar rumah dan diberitahu individu terbabit bahawa tujuan mereka datang adalah untuk menangkap saya kerana disyaki berkhalwat dengan pelancong asing itu, sedangkan pelancong asing itu tidur di rumah berasingan,” katanya.

Berikutan itu katanya, timbul sedikit kekecohan dan rumahnya dikerumuni penduduk kampung hingga mereka sekeluarga menanggung malu kerana berita mengenai dirinya berkhalwat dengan pelancong asing itu menjadi buah mulut keesokan harinya.

Zalina berkata, dia mahu membersihkan namanya dan keluarga kerana ramai penduduk dan orang sekeliling salah anggap terhadapnya hingga menanggung malu.

“Saya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Yan pada malam itu juga untuk mengambil tindakan saman malu terhadap individu terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Ini kata-kata Anwar kepada pihak yang memfitnahnya

Label:

Saya petik: 

Anwar: Saya sedia maafkan pihak memfitnah
[SH] Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini berada di Mumbai, India dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Katanya, lebih tiga bulan lalu beliau berjanji untuk bersamanya menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

"Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

"Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan - berlandaskan undang-undang dan fakta - bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima.

"Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku.

"Walau bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian," katanya lagi.

Anwar mengulangi bahawa kasih sayang Azizah dan keluarga, kesetiaan rakan-rakan PKR, dukungan Pas dan DAP,  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar, "malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya," katanya.

P/s: Mulianya hati Anwar....Kalau anda bagaimana? 

PKR Dedah Bukti Dakwaan Seleweng Wang Zakat MAIWP

Label:

Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 11 Jan — PKR hari ini menolak penafian Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung penyalahgunaan wang zakat menambah akan mengemukakan laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dokumen yang menyokong dakwaan itu.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) hari ini mengedarkan kepada pemberita dokumen-dokumen yang menunjukkan Jamil Khir dan dua pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan RM63,650 wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2010.

Dokumen pertama menunjukkan baucer pembayaran dari MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 kepada sebuah firma guaman sebagai “pembayaran kos guaman untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom”.

Dinyatakan dengan jelas baucer itu telah disalurkan dari wang zakat MAIWP.

Jamil Khir, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, sementara Che Mat adalah Setiausaha MAIWP dan Shahsuddin adalah ketua pendakwa MAIWP.

Menurut Nik Nazmi, baucer pembayaran itu telah didedahkan kepada PKR oleh pegawai MAIWP tahun lepas dan perkara itu kemudian dibangkitkan di Parlimen pada Jun oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail.

“Kamu kemudian membawa kes ini kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) untuk tindakan selanjutnya. PAC kemudian meminta satu siasatan dilakukan oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia ini turut mengedarkan salinan sepucuk surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bertarikh 21 November 2011 mengesahkan RM63,650 wang zakat telah digunakan untuk membiayai kos guaman ketiga-tiga individu itu,

Dalam surat itu, Ambrin mengesahkan Che Mat telah meluluskan satu bayaran interim berjumlah RM31,500 dari MAIWP “peruntukan sumber untuk khidmat guaman” pada 28 Januari 2010.

“Pembayaran ini telah diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucer No. 2010B01304, untuk menggunakan wang zakat terlebih dahulu memandangkan geran kerajaan masih belum diterima,” kata Ambrin.

Ambrin juga mengesahkan pembayaran baucer kedua MAIWP berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010, menjelaskan ia adalah untuk menyelesaikan kos guaman dalam kes qazaf.

Beliau berkata MAIWP telah menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun dan Disember tahun lepas, majlis agama itu menggunakan wang itu untuk membayar balik RM63,650 wang zakat.

“Dalam penafiannya, Jamil Khir tidak pernah menyentuh tentang pengesahan laporan Ketua Audit Negara mengenai dua pembayaran itu - pada Februari 2010 dan April — yang menggunakan wang zakat.

“Menurut Ketua Audit Negara, wang itu digantikan pada Disember, enam bulan selepas digunakan,” kata Nik Nazmi.

Katanya, walaupun wang zakat telah diganti semula namun perbuatan ketiga-tiga individu itu menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman melanggar Kanun Jenayah.

“PKR berpendapat penyalahgunaan sedemikian adalah perkara yang serius bagi sesebuah institusi Islam. Saya akan buat laporan di balai polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi esok dan serahkan dokumen ini,” katanya.

Semasa menafikan dakwaan itu tahun lalu, Jamil Khir menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

P/s: Kamu jawablah di akhirat kelak....

Muslimat PAS 'hilang akal' atas jalan kerana Anwar? Ini jawapan untuk Utusan Meloya

Label:

Saya petik:

[HD]KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.

Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, rakaman itu juga diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

“Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin,” ujarnya.

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya.

P/s: Anda nilailah sendiri sama ada betul atau tidak...

Gempa bumi gegar Banda Aceh. Amaran Tsunami dikeluarkan

Label:

Saya petik:
[BH] JAKARTA: Satu gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia, awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS).

Susulan gegaran itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami diikuti kerajaan Indonesia namun ia ditarik semula kira-kira dua jam kemudian.

Gempa bumi pada jam 2.37 pagi itu berlaku kira-kira 261 kilometer di barat daya Banda Aceh, ibu kota wilayah Aceh di Pulau Sumatera pada kedalaman 29 kilometer.

Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik di Indonesia berkata, tiada laporan awal kemalangan jiwa diterima. - AFP 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Bernama] JAKARTA, 11 Jan - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter awal pagi Rabu yang menggoncang pusat bandar Banda Aceh, turut mengejutkan pelajar-pelajar Malaysia di situ yang sedang nyenyak tidur, namun mereka semua dilaporkan selamat dalam peristiwa itu.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta yang juga Setiausaha Satu Education Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata sejurus selepas kejadian, Biro Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh telah menghubungi semua pelajar Malaysia terbabit dan meminta mereka menyelamatkan diri.

Mereka telah diminta pergi ke tempat tinggi bagi mengelakkan ancaman tsunami, bagaimanapun selepas pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami, mereka kembali ke kediaman masing-masing, katanya dalam kenyataan di sini.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.36 pagi itu, berpusat di lautan di 419km Barat Daya Meulaboh, Aceh dan kesan gegarannya dirasai sampai ke Medan, Sumatera Utara. Ia kemudian disusuli dengan beberapa gempa susulan.

Sementara itu, Ludinata berkata semua pelajar Malaysia di Medan juga selamat dalam peristiwa gempa bumi itu.

Maklumat yang diperoleh daripada seorang anggota jawatankuasa Kelab Umno Medan ialah sebahagian besar pelajar Malaysia di Medan tidak menyedari kejadian gempa bumi itu kerana gegaran yang agak lemah di bandar Medan.

Seramai 206 pelajar Malaysia sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Aceh manakala pelajar Malaysia di Medan berjumlah 1,620 orang.

Sehingga ini belum ada laporan tentang kerosakan pada harta benda atau korban jiwa daripada peristiwa gempa bumi itu.

Umno Selangor kecewa. Mengapa?

Label:

Saya petik:
[HD]KUALA LUMPUR, 10 Jan: Para pemimpin Umno BN terus kecewa, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dijangka akan bankrap kerana memberikan air percuma kepada rakyat, tidak juga bankrap walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.

Malah dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh pula mengumpulkan wang dengan jumlah amat besar sehingga melebihi RM1,000 juta atau melebihi RM1 bilion tahun lalu untuk diagihkan dan dipergunakan bagi kepentingan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu memberikan tamparan amat hebat kepada para pemimpin Umno BN kerana ia berlaku di luar dugaan mereka.

Menurutnya, pada jangkaan mereka, setelah memberikan air percuma kepada rakyat sebaik sahaja memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pasti akan bankrap.

Katanya, tetapi setelah menunggu tahun demi tahun sehingga tahun ini, kejadian itu tidak juga berlaku, sebaliknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semakin kaya, malah dapat mengutip hutang-hutang yang ditinggalkan oleh mereka dengan jayanya.

"Para pemimpin Umno BN ternyata amat kecewa dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mentadbir negeri dengan baik. Ini juga membuktikan jika kita mentadbir negeri dengan baik, kita tak akan rugi, malah semakin berjaya," katanya pada satu majlis bersama orang ramai, di sini.

Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumpulkan kekayaan untuk negeri sehingga sebanyak itu, menurut beliau, bukan sekadar membuatkan para pemimpin Umno BN sudah tidak berani lagi membuat andaian seperti itu, malah turut meniru langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Katanya, sehingga tahun 2011, kutipan yang sebelum itu sebanyak RM400 juta meningkat kepada RM500 juta dan kemudian meningkat lagi sehingga melebihi RM1,000 juta.

"Mereka terdiam kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak juga bankrap. Air yang diberikan percuma kepada rakyat tak bocor dan mereka juga tahu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tak bocor," tegasnya.

Kejayaan kerajaan negeri mengumpulkan wang sehingga sejumlah itu, tambah beliau, pasti akan memberikan pelbagai faedah kepada rakyat kerana wang tersebut akan diagihkan kepada rakyat meliputi semua peringkat menerusi pelbagai program yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Semua itu kita terjemahkan menerusi belanjawan yang kita bentangkan. Daripada belanjawan kita itu pula, rakyat sendiri tahu dan pemimpin Umno BN juga tahu, belanjawan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah belanjawan berimbang.

"Ertinya, hasil yang kita dapat, kita gunakan untuk kepentingan rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak berhutang dan ini menunjukkan seluruh rakyat Selangor tidak menanggung sebarang hutang," jelas beliau.

Pengajaran yang boleh diterima oleh para pemimpin Umno BN dari kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu, katanya, sekiranya para pemimpin mentadbir negeri dengan baik, dengan telus, ia tidak akan merugikan, malah akan mendapat hasil yang jauh lebih baik dari yang dijangkakan.

[VIDEO] Orang Kuat Umno (OKU)

Label:

 Saksikan...

Dr Rani disebut-sebut gantikan Hasan Ali

Label:

Saya petik:

KLANG: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat Ahad lalu berkata, beliau akan memikul amanah itu jika hanya diarahkan oleh kepimpinan PAS pusat.

Ini kerana katanya, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menyandang jawatan tersebut kerana ia adalah satu jawatan yang memeningkan kepala.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan akhbar The Star, ahli Dewan Undangan Negeri Meru itu yang pada Jun tahun lalu turut mengantikan Dr Hasan sebagai pesuruhjaya PAS negeri menegaskan, pendiriannya itu tidak berubah walaupun sekarang nampaknya kerusi tersebut bakal dikosongkan ekoran perkembangan terbaru dalam parti.

"Bukannya kerana saya keberatan atau apa, tetapi hakikatnya ialah saya tidak berminat. Ia (jawatan Exco) datang bersama bebanan yang memeningkan.

"Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Hanya jika kepimpinan parti mahukan saya mengambil alih barulah saya terima tetapi saya tidak minta diberikan peluang itu," katanya.

Apabila diberitahu bahawa banyak pihak melihat beliaulah calon yang paling layak untuk kerusi tersebut, Dr Rani menjawab; "Masih ramai ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS yang lebih layak dan kanan daripada beliau untuk diamanahkan jawatan ini."

Antara yang menyokong agar Dr Rani dilantik mengantikan Dr Hasan sebagai Exco ialah Dewan Pemuda PAS Selangor atas dasar beliau kini adalah pesuruhjaya PAS negeri.

Dr Hasan yang dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu masih berpeluang membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS berhubung pemecatannya itu.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum memutuskan apakah langkah seterusnya termasuklah tentang kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Juga masih samar-samar apakah kepimpinan PAS pusat hanya akan mencadangkan satu nama baru untuk mengisi kerusi Exco tersebut selepas Dr Hasan memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak.

Sedihnya baca tulisan Datin Seri Wan Azizah

Label:

Saya petik:

[SH] ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

Apa kata Tuan Ibrahim mengenai dakwaan Hasan Ali yang dia dipecat kerana Anwar.

Label:

Saya petik:

PAS: Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.

“Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Beliau menjelaskan segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata Hasan.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.

“Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

“Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Telefon Galaxy yang ditempah, lesung batu ini yang sampai

Label:

Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.
Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan

Perisik AS dihukum mati oleh Iran

Label:

TEHRAN: Hakim Mahkamah Revolusi Iran semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas warga Amerika atas dakwaan mengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA), keputusan yang dilihat bakal meningkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara berhubung program nuklear.

Agensi berita FARS yang memetik keputusan dibacakan hakim melaporkan, Amir Mirzai Hekmati, 28 (gambar) seorang bekas anggota marin dijatuhkan hukuman mati atas dakwaan bekerjasama dengan negara musuh, menjadi anggota CIA dan cuba mensabitkan Iran dengan keganasan, lapor agensi berita FARS, memetik keputusan dibacakan hakim Mahkamah Revolusi di Tehran.

Hekmati, anak kepada pasangan pendatang Iran yang tinggal di Amerika, ditunjukkan dalam televisyen pertengahan Disember lalu bercakap dalam bahasa Parsi dan Inggeris yang fasih berkata, dia adalah anggota CIA yang dihantar untuk menyusup masuk ke dalam kementerian perisikan Iran. Dia ditangkap beberapa bulan sebelum itu.

Pegawai Iran berkata, penyamaran Hekmati dibongkar ejen Iran yang ternampak dia di pangkalan tentera udara Bagram yang dikendalikan Amerika di Afghanistan.

Bagaimanapun, keluarga Hekmati di Amerika memberitahu media dia ke Iran untuk melawat neneknya dan menegaskan Hekmati bukan pengintip.

Dalam sesi keterangan pada 27 Disember lalu, pendakwa bergantung kepada pengakuan Hekmati untuk berkata dia cuba memasuki kementerian perisikan Iran dengan menyamar sebagai bekas anggota tentera Amerika yang tidak berpuas hati dan mempunyai maklumat sulit untuk diserahkan kepada Iran.

Sementara itu Amerika menuntut Hekmati dibebaskan. Jabatan Negara Amerika berkata, Iran tidak membenarkan diplomat dari Kedutaan Switzerland yang mengendalikan kepentingan Washington di negara itu, untuk melawat Hekmati sebelum atau ketika perbicaraannya. – AFP 

P/s: Memang patut dihukum....

Khamis, Januari 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Januari 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Januari 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai