Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam

Label:

Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Rupa-rupanya Hang Tuah & Hang Li Po tidak wujud

Label:

Saya petik: 
Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

P/s:  Pakar sejarah juga perlu memperbetulkan fakta yang menyatakan Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain-lainnya adalah pemberontak/penderhaka sebaliknya mereka ini adalah pejuang yang menentang penjajah....

Duda dan ibu mengandung 7 bulan ditangkap KHALWAT

Label:

Saya petik:
[SH] AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

P/s: Kesian kat suami....  

[VIDEO] Beribu-ribu Penyokong Hasan Ali keluar PAS & Sertai umno

Label:

Adakah ini yang dikatakan parasit?

Dikatakan 101 bekas ahli serta jentera PAS cawangan Kerdas 2, Gombak diketuai saudara Jais Ismail meninggalkan PAS dan menyertai UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan tertinggi PAS ekoran pemecatan Hasan Ali.... 
Kah kah kah....Nampak sangat menipu si mamat ni!!
Kat luar berbaju PAS tetapi sebelah dalam berwarna biru.

Kantoi kantoi...

[VIDEO] Mas Kahwin: Antara Syariah dengan Adat

Label:

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat. Ini sebabnya...

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.

[VIDEO] Bongkar: Proses tawar-menawar antara pelacur dengan wartawan

Label: ,

P/s: Rosak/hancur akhlak manusia dek penangan betina-betina ini...

Hasan Ali nak jelajah seluruh negara tapi ada ke orang nak dengar?

Label:

Saya petik:
[MK] Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

"Saya tak mahu jawab setakat ini, biar saya jawab dalam roadshow. Saya harap orang ramai akan mengikuti saya. Dalam majlis tersebut saya akan bentangkan," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan yang dimaksudkannya itu merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu – barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama.

Beliau bagaimanapun memberi beberapa petunjuk bahawa kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim... Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti tolak perjuangan Anwar Ibrahim.

"Misalnya gay, lesbian, homoseksualiti, transgender ini kalau nak dihalalkan di Malaysia ini, mohon dijauhkan tuhan, saya rasa masyarakat akan bergolak, berpecah dan saya nampak huru-hara berlaku.

"Atas itu sajapun, jika itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya rasa pendirian saya sah.

"PAS yang sepatutnya jadi juara sehingga ini, oleh kerana pengaruh daripada parasit ini, PAS masuk dalam kategori gagal. Ini yang ditakuti, apa pengaruh DAP, PKR dalam PAS?," soalnya.

Katanya lagi, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut dan parti itu memerlukan dirinya untuk usaha berkenaan.

P/s: Mintalah kerjasama TV3 dan Utusan Meloya pasti gempak....Penonton 10 orang jadi seribu...kah kah kah...

SPRM sokong Hakim isytihar harta. Menteri Umno BN confirm tak berani

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.

“Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.

“SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Menurut SPRM, satu unit khas telah dibentuk untuk mengenalpasti

mekanisme yang bersesuaian bagi perlaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras dengan Arahan yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran 1993.

“Hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Suruhanjaya ini sebagai sebuah agensi yang mempromosi amalan integriti dan ketelusan sentiasa menyokong apa sahaja usaha daripada mana-mana agensi yang ingin bekerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya.

Sementara itu Presiden ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau Bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“TI-M percaya gambaran sebenar, liabiliti, pinjaman dan hutang juga akan dapat didedahkan. “Pendedahan ini akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, tanggungjawab dan pentadbiran yang baik,” katanya

[PANAS] Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC. Lihatlah berapa RM anaknya berbelanja

Label:

Saya petik:
[MK] Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila Khir Toyo guna hampir RM2 juta DUIT RAKYAT untuk ke Disneyland: Faekah

Label:

Saya petik:
Faekah : Tangisan Najib Umpama Airmata Buaya

[TVS] SHAH ALAM, 16 JAN : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.

"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.

Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.

Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.

P/s: Pemimpin yang 'pandai' menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri, maka 'pandai-pandailah' jawab di hadapan Allah kelak...

Apa perkembangan kes lelaki ini yang nak bunuh MB Kelantan?

Label:

Masih ingatkah lagi lelaki berbaju merah di atas? Dua tahun lepas lelaki ini mengugut untuk membunuh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.  Pemuda Umno ini juga dikatakan sanggup dihukum gantung jika tindakannya berjaya. Laporan polis juga telah di buat. Adakah lelaki ini sudah dikenakan tindakan?

Terbaru mahasiswa ini pula ditangkap kerana dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Kedua-dua lelaki ini melakukan kesalahan yang sama melalui Facebook mereka. Apa perkembangan terbaru kes lelaki yang mengugut untuk membunuh Mursyidul Am PAS itu?  Atau adakah kesnya sudah ditutup?

Sultan Kedah puji Menteri Besar. Mengapa? Ini sebabnya...

Label:

Saya petik:
[SH] ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam".

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kerancakan aktiviti ekonomi ini menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat selain berharap taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat menerusi kemudahan prasarana yang menjadi asas kepada perkembangan aktiviti komersil seperti perumahan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

“Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan Menteri Besar supaya memastikan keadilan dapat terus dilaksana sebaik mungkin, selain setiap rakyat hendaklah diberi hak masing-masing tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Pakai skirt nampak paha: Sepatutnya artis ini memohon maaf kepada Allah bukan kepada manusia

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

P/s: Kalau tema boleh diikut, mengapa hukum Islam tidak boleh diikut? Siapakah yang membuat tema dan siapakah pula yang membuat hukum? Seribu alasan boleh diberi tetapi haram tetap haram. Bertaubatlah kepada Allah

Setiausaha Agung KEADILAN terima anugerah Datuk

Label:

Saya petik:
ALOR STAR: DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.

Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Star 15 Januari.
Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam
Selasa, Januari 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.
Rupa-rupanya Hang Tuah & Hang Li Po tidak wujud
Selasa, Januari 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik: 
Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

P/s:  Pakar sejarah juga perlu memperbetulkan fakta yang menyatakan Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain-lainnya adalah pemberontak/penderhaka sebaliknya mereka ini adalah pejuang yang menentang penjajah....
Duda dan ibu mengandung 7 bulan ditangkap KHALWAT
Selasa, Januari 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

P/s: Kesian kat suami....  

[VIDEO] Beribu-ribu Penyokong Hasan Ali keluar PAS & Sertai umno
Selasa, Januari 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Adakah ini yang dikatakan parasit?

Dikatakan 101 bekas ahli serta jentera PAS cawangan Kerdas 2, Gombak diketuai saudara Jais Ismail meninggalkan PAS dan menyertai UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan tertinggi PAS ekoran pemecatan Hasan Ali.... 
Kah kah kah....Nampak sangat menipu si mamat ni!!
Kat luar berbaju PAS tetapi sebelah dalam berwarna biru.

Kantoi kantoi...
[VIDEO] Mas Kahwin: Antara Syariah dengan Adat
Selasa, Januari 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat. Ini sebabnya...
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.
[VIDEO] Bongkar: Proses tawar-menawar antara pelacur dengan wartawan
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai

P/s: Rosak/hancur akhlak manusia dek penangan betina-betina ini...
Hasan Ali nak jelajah seluruh negara tapi ada ke orang nak dengar?
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
 
Saya petik:
[MK] Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

"Saya tak mahu jawab setakat ini, biar saya jawab dalam roadshow. Saya harap orang ramai akan mengikuti saya. Dalam majlis tersebut saya akan bentangkan," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan yang dimaksudkannya itu merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu – barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama.

Beliau bagaimanapun memberi beberapa petunjuk bahawa kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim... Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti tolak perjuangan Anwar Ibrahim.

"Misalnya gay, lesbian, homoseksualiti, transgender ini kalau nak dihalalkan di Malaysia ini, mohon dijauhkan tuhan, saya rasa masyarakat akan bergolak, berpecah dan saya nampak huru-hara berlaku.

"Atas itu sajapun, jika itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya rasa pendirian saya sah.

"PAS yang sepatutnya jadi juara sehingga ini, oleh kerana pengaruh daripada parasit ini, PAS masuk dalam kategori gagal. Ini yang ditakuti, apa pengaruh DAP, PKR dalam PAS?," soalnya.

Katanya lagi, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut dan parti itu memerlukan dirinya untuk usaha berkenaan.

P/s: Mintalah kerjasama TV3 dan Utusan Meloya pasti gempak....Penonton 10 orang jadi seribu...kah kah kah...
SPRM sokong Hakim isytihar harta. Menteri Umno BN confirm tak berani
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan
Saya petik:
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.

“Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.

“SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Menurut SPRM, satu unit khas telah dibentuk untuk mengenalpasti

mekanisme yang bersesuaian bagi perlaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras dengan Arahan yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran 1993.

“Hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Suruhanjaya ini sebagai sebuah agensi yang mempromosi amalan integriti dan ketelusan sentiasa menyokong apa sahaja usaha daripada mana-mana agensi yang ingin bekerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya.

Sementara itu Presiden ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau Bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“TI-M percaya gambaran sebenar, liabiliti, pinjaman dan hutang juga akan dapat didedahkan. “Pendedahan ini akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, tanggungjawab dan pentadbiran yang baik,” katanya

Saya petik:
[MK] Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Saya petik:
Faekah : Tangisan Najib Umpama Airmata Buaya

[TVS] SHAH ALAM, 16 JAN : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.

"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.

Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.

Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.

P/s: Pemimpin yang 'pandai' menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri, maka 'pandai-pandailah' jawab di hadapan Allah kelak...
Apa perkembangan kes lelaki ini yang nak bunuh MB Kelantan?
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Masih ingatkah lagi lelaki berbaju merah di atas? Dua tahun lepas lelaki ini mengugut untuk membunuh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.  Pemuda Umno ini juga dikatakan sanggup dihukum gantung jika tindakannya berjaya. Laporan polis juga telah di buat. Adakah lelaki ini sudah dikenakan tindakan?

Terbaru mahasiswa ini pula ditangkap kerana dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Kedua-dua lelaki ini melakukan kesalahan yang sama melalui Facebook mereka. Apa perkembangan terbaru kes lelaki yang mengugut untuk membunuh Mursyidul Am PAS itu?  Atau adakah kesnya sudah ditutup?
Sultan Kedah puji Menteri Besar. Mengapa? Ini sebabnya...
Isnin, Januari 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam".

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kerancakan aktiviti ekonomi ini menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat selain berharap taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat menerusi kemudahan prasarana yang menjadi asas kepada perkembangan aktiviti komersil seperti perumahan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

“Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan Menteri Besar supaya memastikan keadilan dapat terus dilaksana sebaik mungkin, selain setiap rakyat hendaklah diberi hak masing-masing tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

P/s: Kalau tema boleh diikut, mengapa hukum Islam tidak boleh diikut? Siapakah yang membuat tema dan siapakah pula yang membuat hukum? Seribu alasan boleh diberi tetapi haram tetap haram. Bertaubatlah kepada Allah
Setiausaha Agung KEADILAN terima anugerah Datuk
Ahad, Januari 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai