Saya petik:
[MS] SHAH ALAM 24 APRIL : PKR berjaya membongkar satu lagi aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menggunakan dana rakyat untuk membeli dua unit hartanah di Mont Kiara.
Berdasarkan carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dua premis utama itu ialah pejabat di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.
Difahamkan, empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran.
Manakala salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Mohamad Salleh yang dibeli pada harga RM814,550.
Jelasnya, semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC menunjukkan bahawa setiap bulan NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat itu sebanyak RM28,000 kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 kepada Mohamad Salleh.
Tambah Rafizi, hal ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar.
Antaranya dua orang pengarah NFC itu menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat.
Bayaran sewa yang dikutip oleh Mohamad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi.
“Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato’ Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.
“Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Mohamad Salleh, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau,” katanya.
Jelas Rafizi kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.
“Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta.
“Ruang ini disewakan kepada NFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.
“Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat,” katanya.
Katanya, walaupun beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi syarikat-syarikat bersekutu yang lain, beliau percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya.
“Di anggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Mohamad Salleh,” katanya.
Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan dibuat dalam skandal NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Katanya, Najib hanya berharap dengan pengunduran sementara Shahrizat dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara, sedangkan beliau membiarkan keluarga Shahrizat terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.
“Walaupun Najib mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan, hakikatnya keluarga Shahrizat masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.
“Selain dari pelbagai kondominium yang didedahkan, kini keluarga Shahrizat juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC serta kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Mohamad Salleh disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.
Suasana Dataran Merdeka selepas peserta perhimpunan menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkhemah diusir pagi tadi.
Dataran Merdeka telah dipagar oleh pegawai penguatkuasa DBKL dan khemah peserta turut dirampas.
Saya petik:
[mStar] PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.
Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.
Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”
Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?
Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”
Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”
Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.
Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”
Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.
Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.
Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.
Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR - Bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengesyaki isteri ketiganya seorang lelaki terpaksa menunggu sehingga 19 Jun depan untuk mendapatkan keputusan berhubung perintah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan jantina Sri Wani Choo Abdullah.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh tersebut di kamarnya semalam di hadapan Sri Wani, 37, dan peguam yang baru dilantik, Boestamam Ahmad.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang mendengar kes itu sepatutnya membuat keputusan terhadap permohonan Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, namun prosiding ditangguhkan kerana dia mempunyai urusan rasmi di Labuan, Sabah.
Namun peguam syarie, Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili pemohon dalam kes permohonan faraq ini tidak hadir begitu juga anak guamnya selepas dimaklumkan terlebih dahulu akan penangguhan tersebut.
Sri Wani yang ditemui media selepas penetapan tarikh tersebut berkata, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang dilantik.
Pengusaha butik kecantikan itu mengahwini Bahrom, mantan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi USIM di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.
Saya petik:
[BH] MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.
Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.
Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava, berkata aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat.
“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun.
“Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.
Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus.
Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.
Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki.
Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.
Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.
“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.
Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu.
“Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.
Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter.
Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.
“Pada 1950-an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.
“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka.
“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. – Agensi


Saya petik:
[mStar] PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pada Isnin tampil menafikan dakwaan bahawa beliau memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Mohamed Rafik.
Malah menurut Shafie, laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi mengaitkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantiknya sebagai pemandu peribadi Zahida sejak 2009 adalah tidak benar.
"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.
Zahida Rafik
"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.
Selain itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno turut menyifatkan penyebaran laporan polis berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sebagai tindakan berniat jahat.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsurpolitik semata-mata," katanya.
Tambah Shafie, beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Laporan polis itu sebelum ini didedahkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kepada pihak media di Parlimen.
Berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Mac tahun ini, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktobertahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.
Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 19 Jun ini untuk memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, Sri Wani Abdullah perlu menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.
Pendaftar Mahkamah Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh itu berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang menghakimi kes berkenaan berada di luar daerah atas urusan rasmi.
Sri Wani yang berpakaian sedondon merah jambu hadir ditemani ibu saudaranya Connie Chee, 47, dan peguam syarie Boestaman Ahmad.
Mereka dilihat masuk ke pejebat pendaftar pada jam 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Bagaimanapun, suaminya Bahrom Sunagi, 61, dan peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Sri Wani berkata, prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan mahkamah sama ada dia perlu menjalani ujian jantina atau tidak.
"Saya ada dapat mesej mahkamah Jumaat lepas yang menyatakan prosiding hari ini tangguh. Saya datang ke mahkamah untuk proses wakalah iaitu melantik peguam untuk mewakili saya dalam kes ini," katanya.
Sri Wani yang sebelum ini sering mengelak wajahnya dirakam jurugambar media, dilihat lebih yakin dan bersedia untuk tampil di khalayak.
"Biarlah apa orang nak kata. Saya tidak salah jadi saya tidak perlu takut-takut lagi," katanya.
Sri Wani berharap media memahami situasinya ekoran Bahrom turut memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalangnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.
Sementara itu, Boestaman memberitahu, mahkamah menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan akhir berkaitan isu ujian DNA yang difailkan Bahrom.
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Mengulas mengenai isu saman malu yang pernah disuarakan Sri Wani sebelum ini, Boestaman berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan akan memfailkannya dalam masa terdekat.
Zahida Rafik menolak dakwaan bahawa beliau menerima RM1.5 juta daripada menteri Umno yang dikatakan mempunyai "hubungan intim" dengan beliau. Zahida menjelaskan bahawa dia bekerja keras untuk mendapatkan wang. Di dalam twitternya, beliau mengatakan bahawa hanya Allah mengetahui perkara yang sebenar.
Bacalah artikel di bawah ini...
Saya petik:
'I work hard for my money' - actress accused of being Minister's RM1.5mil mistress
[MC] As the clock ticks down on a 7-day deadline, popular Malaysian actress Zahida Rafik has dismissed allegations that she received RM1.5 million from an Umno minister with whom she is said to be in an "intimate relationship".
She plans to take legal action against her accusers.
Last week, PKR MP for Ampang Zuraida Kamaruddin and PKR MP for Subang Sivarasa Rasiah had told a press conference that the minister lavished RM1.5 million on the actress over a period of just 4 months.
They urged the minister to come clean and account to the public on how he could afford such a lifestyle on his Cabinet pay. Otherwise, they would reveal his identity. Even though the PKR leaders have not revealed any names yet, the alleged affair has been an open secret for months, especially after the actress's driver lodged a police report exposing the duo.
The driver, Noor Azman Azemi, lodged the complaint on March 13, following an accusation by the actress that he had absconded with RM200,000of her company's funds. He claimed that the Umno minister, who hired him, had an "intimate relationship" with Zahida spanning three years.
Afraid of reprisals, a relative of the driver then sought Zuraida's help and gave her a copy of the report. In the police report, the driver called himself the "trusted middleman" who helped channel the funds into the personal account of the actress.
Let Allah be my judge
Asked about the matter by her fans on Twitter (zahida_rafik), Zahida said: "I haven't been doing nothing about it. My lawyers are settling the matter right now actually! So let them, okay! Wait for the good news, okay!"
Her "relationship" with the minister has been doing the rounds of the entertainment industry for years, but Zahida has always maintained her innocence.
Responding to numerous hostile tweets, she said that "only God knows her real story and all others should not speculate".
"Excuse me, I work hard for the money. If you have no money, I can donate a bit."
"It's okay, Allah knows the truth... You are jealous... I'm just going to smile because Allah and I know the truth."
Driver ran away with money In the police report, which was distributed to the press by Zuraida, Noor Azman claimed that the amounts received by the actress included RM58,000 last October, RM112,000 in November, RM330,000 in December, and RM510,000this January.
Weekly meetings He also claimed that the minister had told him to keep tabs on the actress and that he had weekly meetings with the actress in Kuala Lumpur hotels.
At every meeting, the minister would hand over RM100,000 to RM200,000, and Noor Azman would accompany the actress to credit it into her bank account in Menara Perkeso, Jalan Ampang, the driver alleged in the report.
But Zahida is alleging that Noor Aman had run away with RM200,000 of her company's funds and lodged a police report on the matter last month.
The police are investigating her claims, the report added.
Malaysia Chronicle
Agak-agaknya apa yang dibuat oleh si lelaki Melayu ini? Beli nasi lemak atau beli nombor ekor? Sudahkah tidak ada perasaan malu kepada bangsa dan agama lain? Apa yang pasti ini bukan di Kelantan kerana di sana tidak ada tempat sebegini. Fikir-fikirkan...
Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar.
Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu.
Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.
“Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.
“Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan,” katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.
Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.
“Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.
“Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi,” katanya.
Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama.
[SH] KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.
Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.
Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.
Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.
Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.
Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.
|
sekadar hiasan
Saya petik:
[SH] IPOH - Penuntut semester empat jurusan pendidikan awal kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), yang maut akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan pusat pengajian tinggi itu petang semalam, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, kata polis.
Mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden tersebut.
Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke rumahnya di Muar, Johor, awal pagi tadi untuk dikebumikan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal dibuat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Bangunan E-Learning kampus universiti itu.
Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan apabila terjatuh dari tempat tinggi.
"Antara kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa termasuklah patah di beberapa bahagian badan iaitu rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.
"Manakala, hidung mangsa turut patah selain dagu berlekuk kesan daripada impak jatuhan yang kuat menyebabkan berlaku kecederaan serius sehingga menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Laporan Kematian Mengejut (SDR)," katanya.
Ini bukan Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru. Gambar hanya sekadar hiasan sahaja...Kah kah kah...
Yang ini baru betul. Inilah Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru, Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Agung Gerakan
Saya petik:
[mStar] NIBONG TEBAL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.
"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.
Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.
P/s: Kah kah kah....Melopong umno P.Pinang!! Tak de maknanya bercakap bergegar-gegar tapi akhirnya dapat juga pada Gerakan....Nantikan komen puak-puak depa malam ini di TV3 suku...

SEMUA orang boleh bercakap, tapi bila cakap tak serupa bikin, maaf cakaplah, payah orang nak hormat.
Baru-baru ini ada isu pasal anggota kumpulan Kamikaze, Sham yang sudah berhijrah menjadi penceramah bebas.
Dia nafikan bernikah lagi tetapi tak pernah jawab soalan bila ramai wartawan hubungi untuk dapatkan kesahihan berita yang disampaikan oleh sumber terdekat dengan isteri barunya sendiri.
Dari satu segi, kalau salah kenapa nak bersembunyi daripada hakikat, tampil sahajalah buat kenyataan. Bukankah berani kerana benar? Seharusnya Sham amat tahu dengan hukum agama.
Tapi cara Sham yang gemar mengemas kini akaun Twitter dengan ayat-ayat ala-ala alim ulama buat orang berfikir 18 kali. Betul ke apa yang ditulisnya itu berdasarkan pemahaman, atau sekadar dipetik daripada pembacaan sahaja.
Antara petikan tweet yang menarik perhatian Diva antaranya:
'Mungkin kita tidak mampu menambah pahala tapi tak perlulah menambah dosa pula' dan 'Jaga tepi kain orang, jangan sampai menyelaknya. Jaga tepi kain sendiri, jangan sampai terselak'.
Diva cuma berharap Sham tampil berkata benar dan bukan hanya bijak bersuara di laman sosial. Ada beberapa rakan yang kesal dengan penulisannya yang dianggap tidak serupa bikin. Diva malas nak komen. Pernah juga Diva terbaca yang Sham memberi komentar tentang satu program televisyen yang dikatakan menyebar fitnah. Diva rasa Sham bijak dalam hal ini dan bukan tweet mengikut nafsu. -Mstar
P/s: Ada juga manusia yang tidak suka artis yang berubah menjadi baik. Sama jugalah dengan Sham Kamikaze ini. Ada yang tidak menyukai dek kerana kes yang mendakwa dia berkahwin lagi. Bagi saya, jika benar Sham sudah berkahwin, hebahkanlah kepada umum supaya tidak berlaku fitnah.