
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
Beliau berkata, pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredibiliti dan kecekapan badan itu.
Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.
“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
"
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.
Menurutnya persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.
Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak laksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan katanya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan cadangan jawatankuasa ini.
Katanya, ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.
Abdul Aziz berkata, dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap terima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.
Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.
Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.
Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata, beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.
Beliau berkata, saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.
“Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya,” katanya. - Bernama
P/s: Malu beb malu...Seluruh dunia mengatakan PRU13 adalah 'dirty election"....
|
KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan
mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi
bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.
“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan
memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara
mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam
facebook.
Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih
67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000
sahaja.
“Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran
mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia
yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.
|

KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.
Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.
“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.
“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.
Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.
Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.
Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.
Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.
“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.
"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. -sinarharian
|

SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.
Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.
Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. -sinarharian
|

SHAH ALAM – Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar
emandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan
kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi
laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.
Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal
menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak
bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.
“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat
Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.
“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan
kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan
mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi
Sinar Harian semalam.
Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat
Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi
Menteri Besar.
Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana
ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada
lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.
“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.
“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam
dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya. -sinarharian
P/S: Betul ke Perkasa ni mengangkat martabat Islam dan Melayu? Tengok pada perangai macam samseng...
|
P/s: Puak-puak berkopiah putih pun jenis 'gila' kuasa juga ke?....Sepatutnya Dato' Husam dimaklumkan mengenai apa-apa keputusan. Bukankah dia pun calon yang menang? Puak-puak berkopiah putih pun nak tunjuk hebat jugak ke? Betulkan niat tu...PAS Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian dalam hal ini. Apa-apapun saya sokong Tok Guru...
|
|
|

KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan
raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan
terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu
boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya
diwartakan.
Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.
Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk
keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo
Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung
keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU
1999 yang melibatkan 40 petisyen.
Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu
berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.
Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah
atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya,
ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.
"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.
Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama
|
|
Mudahnya karung ini dibawa keluar...Saksikan
Atau di sini
|
Di saat kaum melayu terpinga2 bagaimana nak halang penipuan SPR,kaum cina dan india kehadapan dan menghalang penipuan dari berlaku. Sebab tu kerusi DAP banyak selamat..
Jam : 3:50pm
Lokasi : Sungai siput (u), . Sungai BulohPerak
Tempat : Padang bola sepak.
Sebuah helikopter dengan logo MCA dilihat menrunkan 2 pakej kertas undi SPR dipercayai mengandungi kertas yang telah di undi undi di dalamnya.
Ini penipaun!! jelas SPR adalah badan yang amat meragukan ketelusannya... jika macam ni lah kerja SPR.. sampai kiamat dan habis negara tergadai baru lah BN kalah atas jalanraya...sebab dengan cara undi dah tak boleh harap dah!
Sumber: kingofgoblok
|
|

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG
8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kemnbali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.
PKR - 11941
BN - 10,623
Bebas - 74
Jumlah pengundi: 72,533
8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai.
PKR – 8722
BN – 9090
Jumlah pengundi: 72,533
8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
DAP - 7,619
BN - 6,336
Jumlah pengundi: 106,864
8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).
DAP - 3,561
BN - 2,225
Jumlah pengundi: 37,787
8.05pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.
PKR - 7,746
BN - 7,128
Bebas - 54
Jumlah pengundi: 72,533
7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.
DAP - 3,180
BN - 655
Jumlah pengundi: 13,848
7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).
PKR – 9, 845
BN – 4,117
Jumlah pengundi: 83,936
7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:
Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN).
PKR - 5,855
BN – 4,227
Jumlah pengundi: 47,115
Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).
DAP - 5,369
BN - 3,390
Jumlah pengundi: 86,914
7.47pm: TAK RASMI: Tengku Adnan menang di Putrajaya
7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;
Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).
PKR - 5,855
BN - 4,227
Jumlah pengundi: 47,115
Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).
DAP - 5,369
BN - 3,390
Jumlah pengundi: 86,914
7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).
PKR - 5,131
BN - 3731
Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.
BN - 9804
PAS - 4366
Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.
7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.
BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5
7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
DAP - 4,719
BN - 4,642
7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.
Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.
Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.
7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.
DAP - 3,567
BN - 3,422
7.22pm: Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak.
BN - 6,379
DAP - 25,305
7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.
DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5
-malaysiakini
|
|