Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Utusan Buat Spekulasi Juruterbang Bunuh Diri!

Spekulasi melampau oleh utusan meloya...Kita tunggu apa komen polis

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 14:25 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/china-dakwa-jumpa-serpihan-pesawat-mungkin-milik-mh370-31538?cp

Shafee: Air mani tetap dikesan lepas 13 tahun

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

4pm: Penyokong Anwar semakin bertambah kepada kira-kira 30 orang yang berkumpulan untuk menunggu keputusan.

Keadaan masih tenang dan penyokong menunggu sambil beramah mesra di luar mahkamah.

3.36pm: Hakim Balia berkata mereka akan meneliti penghujahan dan memberi isyarat bahawa barisan hakim akan membuat keputusan dalam kes tersebut.

3:31pm: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tiba di Istana Kehakiman dan bersalaman dengan para penyokong yang berkumpul.

Beberapa minit kemudian, anak sulung Anwar, Nurul Izzah tiba di kompleks berkenaan.

3.30pm: Shafee menamatkan penghujahannya.

3.25pm: Shafee meminta mahkamah menghalusi pengakuan doktor Pusrawi dengan teliti kerana ruangan terhad dalam laporan.

"Pesakit berkata beliau diserang dengan satu (objek) plastik dimasukkan ke dalam dubur (Saiful).”

Katanya, doktor itu juga menulis bahawa pesakit diliwat dan menasihati Saiful untuk pergi ke HKL.

3.22pm: Shafee menjawab beliau tidak hilang ingatan apabila meminta DP Vijendran memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Vijendran adalah peguam jenayah yang lebih baik berbanding saya, dan dia dinasihatkan oleh mendiang Christopher Fernando (Aris Rizal) untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh,” katanya.

3pm: Shafee membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

2.50pm: Shafee berkata pihak pendakwaan telah menjawab dengan jelas mengenai isu degradasi dan pencemaran.

Beliau merujuk kepada satu lagi kes dan berkata: “Kita bercakap tentang isu degradasi. Anda memerlukan jumlah yang sedikit. Seah (ahli kimia) berkata degradasi bermula sebaik cecair itu keluar dari badan.”

2.47pm: Persidangan mahkamah bermula.

2.40pm: Anwar tiba di mahkamah dan berjenaka dengan pemberita yang beliau solat Jumaat di Kajang dan duduk dekat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala khutbahnya pula, kata Anwar, adalah mengenai pengharaman buku Ultraman.

12:31pm: Kira-kira 20 orang penyokong mengerumuni Anwar sebalik ketua pembangkang itu keluar melalui pintu belakang bangunan kompleks mahkamah.

Kumpulan berkenaan melaung slogan "Reformasi" sebanyak tiga kali, dengan diperhatikan beberapa orang anggota polis.

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah “asli” dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

“Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi.”

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan,” katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan,” katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira,” katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami “serangan amnesia” kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang.”

Hakim Zawawi menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati “berbohong” sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee,” katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan,” katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y',” katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar),” katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.25am: Ram mengemukakan hujah bahawa Seah tidak memisahkan antara bahagian sperma dan sel lain.

"Beliau berkata mustahil untuk memisahkan sel sperma dan bukan sperma. Namun saksi pakar kami (pakar DNA Australia Dr Brian McDonald) berkata ia boleh dipisahkan.”

"Apabila beliau berkata sel sperma itu dari male Y (Anwar), beliau hanya menganggap ia daripada sel sperma. Bagaimanapun, pemisahan tidak dijalankan,” katanya.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. “Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi.”

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.
-Malaysiakini

Ahli Politik Berstatus Janda Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel

Gambar hiasan

KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. -mStar

Ahmad Yakub sebabkan PAS Kelantan berpecah, kerajaan negeri bakal tumbang

Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.

Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.

Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.

Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.

Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.

Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.

Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.

Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.

Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.

Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.

Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).

Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.

Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.

Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat “R” berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.

Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.

Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.
 
Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.

Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.

Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.

"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.

Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.

Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.

"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?” soal beliau. – 1 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider

Anwar menang RM800,000 dalam kes Papagomo

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris adalah Papagomo dan beliau didapati memfitnah Ketua Umum Datuk seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000. Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.

Wan Mohd Azri yang hadir hari ini, masih menafikan beliau adalah Papagomo. -Malaysiakini

P/s: Memang papakedana laa.....

Dua beradik mati dikelar amah

Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. -hmetro

Anwar Ibrahim: Kita Lawan Bukan MCA, Kita Lawan UMNO

Mengapa Isteri Herman Tino Rayu agar Tidak Tanding di PRK Kajang?

Herman Tino

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.
 
Noraini Ibnu (kanan) bersama Herman Tino. Gambar dari Facebook milik Noraini.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.

Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar

Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.

Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat"‎

"As surely as I live,’ says the Lord, ‘every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir; kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain, silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya. - 16 Februari, 2014. -TheMalaysianInsider

Selepas PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersama beberapa orang awam di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, tadi. Gambar di akaun twitter @barisannasional.

Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu?

Satu demi satu “malapetaka” menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13.

Kajian terbaru menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia berputus asa dengan kenaikan kos kehidupan dan mula yakin pemimpin negara tidak pandai menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai rancangan untuk negara.

Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah.

Contohnya keputusan untuk “mengkaji semula” skim Permit Import (AP) kenderaan merupakan keputusan politik dilakukan pada saat akhir oleh pemimpin yang lebih risaukan kemarahan 98 pemegang AP berbanding menamatkan skim cepat kaya yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Di sebalik menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah, perdana menteri tidak menunjukkan kepimpinannya, pada masa sama membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menyuntik ketakutan dan ancaman dalam perdebatan itu.

Keputusan akhir: Penganut Kristian tidak gembira. Penganut Islam tidak gembira. Dan seluruh negara tertanya-tanya sejak bila Malaysia tidak mempunyai kepimpinan?

Bukti menunjukkan pengkritik bukan lagi dari kelas menengah atau kelas penerima BR1M (mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah).

Keluarga Diraja, ahli perniagaan dan ahli politik turut tertanya-tanya apa yang sudah jadi kepada Najib.

Mereka tidak faham bagaimana seseorang yang sudah dilatih selama 30 tahun sebelum memegang jawatan itu, dikelilingi ramai penasihat/perunding/pegawai khas mempunyai masalah seperti ini. Malaysia menuju ke arah biasa-biasa sahaja, tidak bertoleransi, ekstremisme dan tidak berdaya.

Lagipun, beliau menang pilihan raya umum dan menjadi lebih kuat, sekurang-kurangnya secara teori, selepas pemilihan Umno. Tetapi menghairankan, Putrajaya menjadi semakin lumpuh. Ramai pengkritik menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Najib semasa makan malam atau sesi teh tarik.

Kumpulan seperti Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) bertindak lebih daripada itu. Mereka akan turun ke jalan raya bagi membantah sistem penilaian pelajar kontroversi diperkenalkan kerajaan.

Kerajaan berkata akan mengkaji semula sistem itu akan tetapi mereka mahu ianya dimansuhkan.

Dalam berdepan dengan kerajaan, SGMM menunjukkan trend baru: kesediaan individu dan kumpulan untuk mencabar kerajaan yang dilihat sebagai lemah, ragu-ragu dan kadangkala berada dalam kekeliruan.

Kumpulan ketiga (ini termasuk ahli politik veteran Umno dan bekas pekerja kerajaan) sudah mula beratur panjang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Najib untuk memotong subsidi beberapa kali, sesetangah pelawat turut memberikan taklimat kepada Dr Mahathir tentang suhu politik akar umbi, dengan sesetengahnya membawa bukti BN akan mendapat keputusan lebih buruk daripada PRU13.

Mereka memberikan gambaran mengerikan kepada Dr Mahathir jika perlu.

Bekas perdana menteri itu sudah menjadi pengkritik utama kepada Najib sejak kebelakangan ini, menyelarnya kerana bergantung kepada BR1M dan kerana mahukan stuatus quo dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.

Najib dianggap menjadi sebab mengapa anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal menjadi naib presiden.

Masih belum jelas apakah Dr Mahathir mempunyai rancangan untuk melancarkan kempen untuk menolak Najib tetapi mereka yang bertemunya pulang dengan yakin bekas perdana menteri itu percaya Najib dan BN sudah berada dalam kesesatan.

Lebih parah lagi tiada sesiapa yang dilihat mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan yang waras berkaitan ekonomi. Semuanya kelihatan huru-hara.

Dan apabila keputusan dibuat, ia tidak diterangkan dengan baik atau dipertahankan mati-matian menyebabkan berlakunya banyak keputusan “flip-fliop.”

Sesetengah menteri kanan Umno tahu terdapat kemalasan yang menghantui Putrajaya, kemalasan daripada segi tiada post-mortem tentang pencapaian BN dalam PRU13 dilakukan secara terperinci sehingga hari ini.

Secara peribadinya, mereka juga percaya Najib perlu bercakap di hadapan rakyat lebih kerap dan pentadbirannya berhadapan dengan kesukaran untuk melawan perang persepsi.

Lebih menarik lagi, kebanyakan daripada mereka menyalahkan penasihat Najib dan isterinya kerana hilang fokus, menyebabkan perdana menteri dan mereka dikritik kerana polisi buruk.

Mereka masih yakin Najib merupakan orang terbaik untuk memimpin Malaysia tetapi mereka membuat kesimpulan: Najib perlu bertindak secara drastik.

Bagaimana? Mereka juga tidak tahu. Mungkin inilah isyarat lemahnya tahap menteri dalam Kabinet.

Untuk ini, Najib kelihatan memberikan respon terhadap kritikan terhadapnya dengan mengambil langkah kecil.

Beliau membaik pulih stafnya di Pejabat Perdana Menteri termasuk menukar ketua staf yang sudah lama berkhidmat dengannya kepada yang lebih muda dan dinamik.

Terdapat juga retreat dengan ketua bahagian Umno dan broker kuasa lain dalam parti itu – langkah dilihat untuk meyakinkan Umno Najib dan pemimpin parti itu sedang melakukan sesuatu.

Tetapi itu tidak mencukupi, Najib perlu berbuat lebih banyak untuk meyakinkan rakyat Malaysia beliau berkuasa. Lebih banyak perlu dilakukan.

Perlu ada bukti setiap hari kehidupan menjadi semakin baik bagi berjuta rakyat Malaysia yang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos kehidupan.

Jika tidak, orang ramai akan mula menghitung berapa hari lagi tinggal untuk Najib berada di tampuk kekuasaan. – 14 Febuari, 2014. -TheMalaysianInsider

Anwar bawa Mat Taib sertai pentadbiran Selangor, jika menang Kajang

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa masuk veteran Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor selepas selesai pilihan raya kecil itu.

Ketua pembangkang itu berkata, selain kepakaran pengurusan ekonomi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kepakaran program desa yang dimiliki Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

"Saya akan panggil Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Dia ada kepakaran program desa," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong PKR, di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang, malam tadi.

Pengumuman Anwar itu dilihat sebagai mengesahkan lagi spekulasi beliau akan menggentikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang PRK Kajang.

Dalam ceramahnya malam tadi, ketua umum PKR itu berkata, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau ibarat "meludah ke muka sendiri" oleh pemimpin parti kerajaan memandangkan mereka selama ini mengkritiknya disebabkan isu peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh.

"Itu di Sarawak bukan membazir. Itu menjimatkan.

"Tidak selesai dua minggu mereka kutuk kita, dia (Taib) letak jawatan," katanya.

Muhammad yang turut dikenali sebagai "Mat Tyson" dalam arena politik negara sebelum ini mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009).

Beliau yang pernah menjadi menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 turut dillihat berkempen ke seluruh negara membantu Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen mereka menjelang PRU13.

Anwar dalam ceramahnya turut mempersoalkan pertikaian berhubung kempen PRK DUN Kajang PKR, kerana beberapa pihak berkata ianya dilakukan di luar waktu berkempen.

"Saya tidak pernah dengar berkempen sebelum tempoh kempen ini salah. Hanya di Malaysia," katanya.

Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

"Polis kata hendak siasat, siasatlah. Siasat cara baik.

"Nanti saya tulis surat kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), siasatlah kes rompak kes samun. Balik-balik nak siasat Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau juga yakin usaha PR untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) akan berhasil berikutan peningkatan kos sara hidup yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya yakin kita boleh merintah. Insya-Allah, dengan orang marah dengan kenaikan harga barang.

"Saya yakin, Kajang... kita mantapkan kekuatan Selangor, ekonomi kita, pertumbuhan kita ada baiknya," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK DUN Kajang sementara BN masih belum lagi menamakan calon mereka.

PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee meletakkan jawatan secara mengejut.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. – 13 Febuari, 2014. -TheMalaysianInsider

Saya Hampir Bersara 10 Tahun Lalu - Taib

KUCHING: "Saya hampir bersara sedekad yang lalu," kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memutuskan untuk bersara.

"Saya mahu memberitahu anda sesuatu, yang menjadi rahsia di kalangan sejumlah kecil di PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)," kata Taib memberitahu kepada ratusan hadirin pada perhimpunan Tahun Baharu Cina oleh Dewan Perniagaan dan Industri Cina pada Isnin.

"Sembilan atau 10 tahun lalu, kami telah mengusahakan dasar yang dikenali sebagai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak(Score). Selepas fakta dasar itu dikumpulkan, saya fikir ia adalah masa untuk saya bersara.

"Tetapi teman-teman saya di PBB berkata tidak, kita hanya boleh buktikannya bila ia (Score) berjaya. Kamu perlu membentangkannya dahulu dan buktikan ia dapat dilaksanakan."

Taib berkata, sejak itu batu penjuru telah berubah menjadi empangan Bakun.

"Sekarang Score begitu jauh melangkaui jangkaan kita... Malam ini, saya berharap untuk memberitahu anda mengenainya, bahawa sembilan atau 10 tahun lalu saya kurang yakin mengenai pengganti saya.

"Hari ini, saya begitu pasti mereka boleh melakukan tugas itu. Sudah cukup kerja sepasukan. Orang yang sama telah melalui banyak pengalaman.

"Hari ini, saya beritahu anda, tiba masanya untuk saya bersara. Saya yakin pengganti saya dapat menjadikan Sarawak sebagai satu kejayaan," kata Taib. -mStar

Gambar Lelaki Berekor di India...

ALIPURDAR, India - Seorang pemetik teh berusia 35 tahun di sini diekori oleh ramai pengikut pada setiap hari kerana dia mempunyai ekor sepanjang 0.4 meter di belakang badannya.

Keganjilan pada badan lelaki berkenaan, Chandre Oraon menyebabkan mereka memujanya sebagai dewa.

Chandre yang mempunyai ekor sejak lahir dianggap sebagai jelmaan dewa monyet, Hanuman oleh sebahagian masyarakat Hindu.

Pada setiap hari, pengikut Hanuman dari seluruh India akan menziarahi Chandre di rumah lelaki itu dengan harapan dapat menyentuh ekornya bagi mendapat rahmat.

Seorang wanita, Monika Lakda berkata, dia berjalan selama semalaman untuk menemui Chandre di kediamannya dengan harapan lelaki itu dapat menyembuhkan anak saudaranya yang menghidap demam.

"Kami memberinya ubat tetapi tidak berhasil. Justeru saya datang menemui Chandre untuk meminta rahmat. Bayi berkenaan sembuh tidak lama selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail.

"Kami percaya Chandre adalah jelmaan Hanuman," tambahnya.

Namun, bukan semua orang percaya ekor Chandre merupakan tanda dia adalah dewa.

Seorang pegawai perubatan tempatan, Bhushan Chakraborty memberitahu akhbar Indian Express bahawa di sebalik keganjilan fizikal Chandre, dia bukannya dewa monyet.

"Lelaki itu memanjat pokok, berkelakuan seperti monyet tetapi ekornya adalah disebabkan oleh kecacatan semasa lahir," kata Bhushan.

Keadaan fizikal lelaki itu, menurut Bushan berlaku apabila tulang belakangnya memanjang dengan tidak sempurna. - Agensi 
-kosmo

Enam lelaki cuba curi tulang mayat dicekup

ROMPIN – Sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin, di sini, berjaya menggagalkan usaha sekumpulan enam lelaki yang sedang menggali salah satu kubur di tanah perkuburan kampung tersebut kononnya untuk tujuan 'perubatan'.
Kejadian tersebut disedari seorang penduduk kampung, Tan Din, 39, yang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bermesyuarat bersama dengan pemimpin kampung sekitar jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletak di tepi jalan dalam gelap.

“Saya rasa tidak sedap hati dan curiga, lalu saya singgah dan bertanya kepada tiga orang yang berada dekat kereta tersebut dan mereka berkata sedang menunggu enjin kereta sejuk kerana ada masalah enjin panas.

“Namun apabila saya melihat keadaan kereta itu, saya tambah pelik kerana bonet depan tidak dibuka sedangkan kata mereka sedang menyejukkan enjin. Kemudiannya saya terus maklum kepada Tok Batin tentang hal yang mencurigakan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, kemudiannya memaklumkan hal tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.

Menurut Rosman, beliau bersama penduduk kampung lain pada mulanya mengintai dari jauh dan melihat tiga individu sedang menggali kubur.

“Waktu itu ada dua kumpulan penduduk, salah satu kumpulan saya arahkan pergi menahan tiga individu yang sedang menunggu di kereta dan satu kumpulan lagi yang bersama saya pergi menyerbu tiga individu yang sedang menggali kubur.

“Ketika diserbu, tiga individu yang sedang menggali kubur itu melarikan diri dalam gelap meninggalkan barang-barang yang digunakan untuk menggali ke kereta mereka. Selepas itu saya terus telefon polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. -sinarharian
Utusan Buat Spekulasi Juruterbang Bunuh Diri!
Isnin, Mac 10, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Spekulasi melampau oleh utusan meloya...Kita tunggu apa komen polis

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370
Ahad, Mac 09, 2014 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 14:25 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/china-dakwa-jumpa-serpihan-pesawat-mungkin-milik-mh370-31538?cp
Shafee: Air mani tetap dikesan lepas 13 tahun
Jumaat, Mac 07, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

4pm: Penyokong Anwar semakin bertambah kepada kira-kira 30 orang yang berkumpulan untuk menunggu keputusan.

Keadaan masih tenang dan penyokong menunggu sambil beramah mesra di luar mahkamah.

3.36pm: Hakim Balia berkata mereka akan meneliti penghujahan dan memberi isyarat bahawa barisan hakim akan membuat keputusan dalam kes tersebut.

3:31pm: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tiba di Istana Kehakiman dan bersalaman dengan para penyokong yang berkumpul.

Beberapa minit kemudian, anak sulung Anwar, Nurul Izzah tiba di kompleks berkenaan.

3.30pm: Shafee menamatkan penghujahannya.

3.25pm: Shafee meminta mahkamah menghalusi pengakuan doktor Pusrawi dengan teliti kerana ruangan terhad dalam laporan.

"Pesakit berkata beliau diserang dengan satu (objek) plastik dimasukkan ke dalam dubur (Saiful).”

Katanya, doktor itu juga menulis bahawa pesakit diliwat dan menasihati Saiful untuk pergi ke HKL.

3.22pm: Shafee menjawab beliau tidak hilang ingatan apabila meminta DP Vijendran memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Vijendran adalah peguam jenayah yang lebih baik berbanding saya, dan dia dinasihatkan oleh mendiang Christopher Fernando (Aris Rizal) untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh,” katanya.

3pm: Shafee membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

2.50pm: Shafee berkata pihak pendakwaan telah menjawab dengan jelas mengenai isu degradasi dan pencemaran.

Beliau merujuk kepada satu lagi kes dan berkata: “Kita bercakap tentang isu degradasi. Anda memerlukan jumlah yang sedikit. Seah (ahli kimia) berkata degradasi bermula sebaik cecair itu keluar dari badan.”

2.47pm: Persidangan mahkamah bermula.

2.40pm: Anwar tiba di mahkamah dan berjenaka dengan pemberita yang beliau solat Jumaat di Kajang dan duduk dekat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala khutbahnya pula, kata Anwar, adalah mengenai pengharaman buku Ultraman.

12:31pm: Kira-kira 20 orang penyokong mengerumuni Anwar sebalik ketua pembangkang itu keluar melalui pintu belakang bangunan kompleks mahkamah.

Kumpulan berkenaan melaung slogan "Reformasi" sebanyak tiga kali, dengan diperhatikan beberapa orang anggota polis.

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah “asli” dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

“Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi.”

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan,” katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan,” katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira,” katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami “serangan amnesia” kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang.”

Hakim Zawawi menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati “berbohong” sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee,” katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan,” katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y',” katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar),” katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.25am: Ram mengemukakan hujah bahawa Seah tidak memisahkan antara bahagian sperma dan sel lain.

"Beliau berkata mustahil untuk memisahkan sel sperma dan bukan sperma. Namun saksi pakar kami (pakar DNA Australia Dr Brian McDonald) berkata ia boleh dipisahkan.”

"Apabila beliau berkata sel sperma itu dari male Y (Anwar), beliau hanya menganggap ia daripada sel sperma. Bagaimanapun, pemisahan tidak dijalankan,” katanya.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. “Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi.”

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.
-Malaysiakini
Ahli Politik Berstatus Janda Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel
Selasa, Mac 04, 2014 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. -mStar

Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.

Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.

Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.

Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.

Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.

Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.

Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.

Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.

Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.

Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.

Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).

Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.

Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.

Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat “R” berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.

Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.

Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.
 
Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.

Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.

Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.

"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.

Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.

Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.

"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?” soal beliau. – 1 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider
Anwar menang RM800,000 dalam kes Papagomo
Jumaat, Februari 28, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris adalah Papagomo dan beliau didapati memfitnah Ketua Umum Datuk seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000. Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.

Wan Mohd Azri yang hadir hari ini, masih menafikan beliau adalah Papagomo. -Malaysiakini

P/s: Memang papakedana laa.....
Dua beradik mati dikelar amah
Rabu, Februari 26, 2014 | Author: Tuk Kiyai
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. -hmetro
Anwar Ibrahim: Kita Lawan Bukan MCA, Kita Lawan UMNO
Ahad, Februari 23, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Mengapa Isteri Herman Tino Rayu agar Tidak Tanding di PRK Kajang?
Rabu, Februari 19, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Herman Tino

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.
 
Noraini Ibnu (kanan) bersama Herman Tino. Gambar dari Facebook milik Noraini.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.
Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar
Isnin, Februari 17, 2014 | Author: Tuk Kiyai
Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.

Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat"‎

"As surely as I live,’ says the Lord, ‘every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir; kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain, silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya. - 16 Februari, 2014. -TheMalaysianInsider
Selepas PRU13, Najib harus bertindak cepat sebelum tersungkur
Jumaat, Februari 14, 2014 | Author: Tuk Kiyai
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersama beberapa orang awam di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, tadi. Gambar di akaun twitter @barisannasional.

Bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertahan 10 bulan lalu?

Satu demi satu “malapetaka” menimpa selepas beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan keputusan terburuk gabungan pemerintah itu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Ini dapat dilihat dalam isu seperti politik, agama kaum dan ekonomi selepas PRU13.

Kajian terbaru menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia berputus asa dengan kenaikan kos kehidupan dan mula yakin pemimpin negara tidak pandai menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai rancangan untuk negara.

Lebih buruk lagi, apabila Najib perlu membuat keputusan tegas untuk kebaikan majoriti rakyat, beliau selalu membuat pilihan yang salah.

Contohnya keputusan untuk “mengkaji semula” skim Permit Import (AP) kenderaan merupakan keputusan politik dilakukan pada saat akhir oleh pemimpin yang lebih risaukan kemarahan 98 pemegang AP berbanding menamatkan skim cepat kaya yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Di sebalik menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah, perdana menteri tidak menunjukkan kepimpinannya, pada masa sama membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menyuntik ketakutan dan ancaman dalam perdebatan itu.

Keputusan akhir: Penganut Kristian tidak gembira. Penganut Islam tidak gembira. Dan seluruh negara tertanya-tanya sejak bila Malaysia tidak mempunyai kepimpinan?

Bukti menunjukkan pengkritik bukan lagi dari kelas menengah atau kelas penerima BR1M (mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah).

Keluarga Diraja, ahli perniagaan dan ahli politik turut tertanya-tanya apa yang sudah jadi kepada Najib.

Mereka tidak faham bagaimana seseorang yang sudah dilatih selama 30 tahun sebelum memegang jawatan itu, dikelilingi ramai penasihat/perunding/pegawai khas mempunyai masalah seperti ini. Malaysia menuju ke arah biasa-biasa sahaja, tidak bertoleransi, ekstremisme dan tidak berdaya.

Lagipun, beliau menang pilihan raya umum dan menjadi lebih kuat, sekurang-kurangnya secara teori, selepas pemilihan Umno. Tetapi menghairankan, Putrajaya menjadi semakin lumpuh. Ramai pengkritik menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Najib semasa makan malam atau sesi teh tarik.

Kumpulan seperti Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) bertindak lebih daripada itu. Mereka akan turun ke jalan raya bagi membantah sistem penilaian pelajar kontroversi diperkenalkan kerajaan.

Kerajaan berkata akan mengkaji semula sistem itu akan tetapi mereka mahu ianya dimansuhkan.

Dalam berdepan dengan kerajaan, SGMM menunjukkan trend baru: kesediaan individu dan kumpulan untuk mencabar kerajaan yang dilihat sebagai lemah, ragu-ragu dan kadangkala berada dalam kekeliruan.

Kumpulan ketiga (ini termasuk ahli politik veteran Umno dan bekas pekerja kerajaan) sudah mula beratur panjang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Najib untuk memotong subsidi beberapa kali, sesetangah pelawat turut memberikan taklimat kepada Dr Mahathir tentang suhu politik akar umbi, dengan sesetengahnya membawa bukti BN akan mendapat keputusan lebih buruk daripada PRU13.

Mereka memberikan gambaran mengerikan kepada Dr Mahathir jika perlu.

Bekas perdana menteri itu sudah menjadi pengkritik utama kepada Najib sejak kebelakangan ini, menyelarnya kerana bergantung kepada BR1M dan kerana mahukan stuatus quo dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.

Najib dianggap menjadi sebab mengapa anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal menjadi naib presiden.

Masih belum jelas apakah Dr Mahathir mempunyai rancangan untuk melancarkan kempen untuk menolak Najib tetapi mereka yang bertemunya pulang dengan yakin bekas perdana menteri itu percaya Najib dan BN sudah berada dalam kesesatan.

Lebih parah lagi tiada sesiapa yang dilihat mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan yang waras berkaitan ekonomi. Semuanya kelihatan huru-hara.

Dan apabila keputusan dibuat, ia tidak diterangkan dengan baik atau dipertahankan mati-matian menyebabkan berlakunya banyak keputusan “flip-fliop.”

Sesetengah menteri kanan Umno tahu terdapat kemalasan yang menghantui Putrajaya, kemalasan daripada segi tiada post-mortem tentang pencapaian BN dalam PRU13 dilakukan secara terperinci sehingga hari ini.

Secara peribadinya, mereka juga percaya Najib perlu bercakap di hadapan rakyat lebih kerap dan pentadbirannya berhadapan dengan kesukaran untuk melawan perang persepsi.

Lebih menarik lagi, kebanyakan daripada mereka menyalahkan penasihat Najib dan isterinya kerana hilang fokus, menyebabkan perdana menteri dan mereka dikritik kerana polisi buruk.

Mereka masih yakin Najib merupakan orang terbaik untuk memimpin Malaysia tetapi mereka membuat kesimpulan: Najib perlu bertindak secara drastik.

Bagaimana? Mereka juga tidak tahu. Mungkin inilah isyarat lemahnya tahap menteri dalam Kabinet.

Untuk ini, Najib kelihatan memberikan respon terhadap kritikan terhadapnya dengan mengambil langkah kecil.

Beliau membaik pulih stafnya di Pejabat Perdana Menteri termasuk menukar ketua staf yang sudah lama berkhidmat dengannya kepada yang lebih muda dan dinamik.

Terdapat juga retreat dengan ketua bahagian Umno dan broker kuasa lain dalam parti itu – langkah dilihat untuk meyakinkan Umno Najib dan pemimpin parti itu sedang melakukan sesuatu.

Tetapi itu tidak mencukupi, Najib perlu berbuat lebih banyak untuk meyakinkan rakyat Malaysia beliau berkuasa. Lebih banyak perlu dilakukan.

Perlu ada bukti setiap hari kehidupan menjadi semakin baik bagi berjuta rakyat Malaysia yang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos kehidupan.

Jika tidak, orang ramai akan mula menghitung berapa hari lagi tinggal untuk Najib berada di tampuk kekuasaan. – 14 Febuari, 2014. -TheMalaysianInsider
Anwar bawa Mat Taib sertai pentadbiran Selangor, jika menang Kajang
Khamis, Februari 13, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa masuk veteran Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor selepas selesai pilihan raya kecil itu.

Ketua pembangkang itu berkata, selain kepakaran pengurusan ekonomi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kepakaran program desa yang dimiliki Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

"Saya akan panggil Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Dia ada kepakaran program desa," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong PKR, di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang, malam tadi.

Pengumuman Anwar itu dilihat sebagai mengesahkan lagi spekulasi beliau akan menggentikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang PRK Kajang.

Dalam ceramahnya malam tadi, ketua umum PKR itu berkata, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau ibarat "meludah ke muka sendiri" oleh pemimpin parti kerajaan memandangkan mereka selama ini mengkritiknya disebabkan isu peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh.

"Itu di Sarawak bukan membazir. Itu menjimatkan.

"Tidak selesai dua minggu mereka kutuk kita, dia (Taib) letak jawatan," katanya.

Muhammad yang turut dikenali sebagai "Mat Tyson" dalam arena politik negara sebelum ini mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009).

Beliau yang pernah menjadi menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 turut dillihat berkempen ke seluruh negara membantu Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen mereka menjelang PRU13.

Anwar dalam ceramahnya turut mempersoalkan pertikaian berhubung kempen PRK DUN Kajang PKR, kerana beberapa pihak berkata ianya dilakukan di luar waktu berkempen.

"Saya tidak pernah dengar berkempen sebelum tempoh kempen ini salah. Hanya di Malaysia," katanya.

Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

"Polis kata hendak siasat, siasatlah. Siasat cara baik.

"Nanti saya tulis surat kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), siasatlah kes rompak kes samun. Balik-balik nak siasat Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau juga yakin usaha PR untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) akan berhasil berikutan peningkatan kos sara hidup yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya yakin kita boleh merintah. Insya-Allah, dengan orang marah dengan kenaikan harga barang.

"Saya yakin, Kajang... kita mantapkan kekuatan Selangor, ekonomi kita, pertumbuhan kita ada baiknya," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK DUN Kajang sementara BN masih belum lagi menamakan calon mereka.

PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee meletakkan jawatan secara mengejut.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. – 13 Febuari, 2014. -TheMalaysianInsider
Saya Hampir Bersara 10 Tahun Lalu - Taib
Selasa, Februari 11, 2014 | Author: Tuk Kiyai

KUCHING: "Saya hampir bersara sedekad yang lalu," kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memutuskan untuk bersara.

"Saya mahu memberitahu anda sesuatu, yang menjadi rahsia di kalangan sejumlah kecil di PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)," kata Taib memberitahu kepada ratusan hadirin pada perhimpunan Tahun Baharu Cina oleh Dewan Perniagaan dan Industri Cina pada Isnin.

"Sembilan atau 10 tahun lalu, kami telah mengusahakan dasar yang dikenali sebagai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak(Score). Selepas fakta dasar itu dikumpulkan, saya fikir ia adalah masa untuk saya bersara.

"Tetapi teman-teman saya di PBB berkata tidak, kita hanya boleh buktikannya bila ia (Score) berjaya. Kamu perlu membentangkannya dahulu dan buktikan ia dapat dilaksanakan."

Taib berkata, sejak itu batu penjuru telah berubah menjadi empangan Bakun.

"Sekarang Score begitu jauh melangkaui jangkaan kita... Malam ini, saya berharap untuk memberitahu anda mengenainya, bahawa sembilan atau 10 tahun lalu saya kurang yakin mengenai pengganti saya.

"Hari ini, saya begitu pasti mereka boleh melakukan tugas itu. Sudah cukup kerja sepasukan. Orang yang sama telah melalui banyak pengalaman.

"Hari ini, saya beritahu anda, tiba masanya untuk saya bersara. Saya yakin pengganti saya dapat menjadikan Sarawak sebagai satu kejayaan," kata Taib. -mStar
Gambar Lelaki Berekor di India...
Ahad, Februari 09, 2014 | Author: Tuk Kiyai