
TELUK INTAN - Bagi Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu, Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008.
Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.
Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat.
Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian yang ianya mampu dilaksana, antara lain berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak memandangkan ia mempunyai potensi besar di dalam sektor itu.
Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama generasi muda.
Mah semalam berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238.
Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.
Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar untuk melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008.
Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini.
"Ramai anak-anak muda terpaksa keluar bandar untuk mencari kerja kerana tidak banyak peluang pekerjaan di sini. Usaha dan janji calon Barisan Nasional (BN) yang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membuktikan beliau faham akan masalah penduduk," katanya kepada Bernama.
Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya.
"Dia menang membuktikan penduduk Teluk Intan masih yakin dia akan membawa perubahan dan kemajuan. Kita harap dia dapat menunaikan janji-janji dalam manifestonya," katanya.
Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata rancangan Mah dalam manifesto dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan.
"Kedudukan Teluk Intan strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim. Jika rancangan terperinci dapat dilaksanakan, saya pasti Teluk Intan akan berdiri sama tinggi dengan bandar raya lain seperti Ipoh dan Kampar," katanya.
Suri rumah, Chooi Eng, 58 berkata cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka.
"Kita harap peluang yang diberikan itu dapat dihargai wakil rakyat yang baru. Penduduk tempatan amat perlukan pembangunan dan percaya Mah boleh melakukannya kerana dia juga pernah menolong membangunkan kawasan ini," katanya. - Bernama
|

Datuk Hasan Malek mencabar mana-mana pihak membuktikan beliau melakukan salah laku dalam membuat keputusan agar Bank Rakyat memberikan kemudahan bayaran balik pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Walaupun persetujuan sebegitu tidak pernah dibuat sebelum ini, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sebelum ini enggan menjawab tentang pinjaman itu memberitahu The Malaysian Insider:"Semuanya dibuat dengan persetujuan lembaga."
"Saya bersedia menghadapi pembangkang sekiranya mereka mendakwa adanya salah laku.
“Segala-galanya yang berlaku mengikut dasar kerajaan, undang-undang dan peraturan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan hari sambutan agensi penguatkuasaan di Putrajaya semalam.
Ahli Parlimen pembangkang mendesak Putrajaya dan Bank Negara menjelaskan bagaimana Deepak diberikan kemudahan sebegitu rupa.
Menteri itu pada mulanya enggan membincangkan perkara itu dan berkata bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik dan bank sudah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan isu itu.
"Mereka membuat kenyataan, termasuk kenyataan terbaru oleh Tan Sri (Sabbaruddin). Tiada apa yang tinggal untuk saya beri komen," katanya.
Tetapi selepas ditanya lagi, menteri itu berkata, semuanya dibuat melalui lembaga pengarah dan enggan memberikan komen lanjut.
Sabbaruddin, yang mendedahkan skandal itu, memberitahu The Malaysian Insider Deepak menggunakan jaringan politik untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM32 juta kepada Bank Rakyat tanpa sebarang faedah ekoran campur tangan Hasan.
Dalam laporan The Malaysian Insider pada hari Isnin, Sabbaruddin mendakwa tempoh beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung berikutan permohonan pinjaman dibuat oleh Deepak yang dikaitkan dengan Putrajaya.
Deepak meminta bantuan daripada Hasan, yang didakwa memberitahu bank: "Saya boleh memecat anda semua".
Peniaga permaidani itu menawarkan 120 cek post-dated untuk ditunaikan oleh bank dalam tempoh 10 tahun sebagai penyelesaian pinjamannya tanpa sebarang faedah.
Sabbaruddin memberitahu lembaga pengarah Bank Rakyat menolak kompromi yang ditawarkan oleh Deepak untuk menyelesaikan hutangnya.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan itu dibuat, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Bank Rakyat berada di bawah bidang kuasa kementerian Hasan.
Walaupun Bank Negara bersetuju melanjutkan kontrak Sabbaruddin tetapi Hasan enggan menandatanganinya.
Sabbaruddin juga menunjukkan kepada The Malaysian Insider surat ditandatangani oleh Hasan yang mengarahkan Bank Rakyat meneruskannya mengikut syarat-syarat yang dipersetujui.
Insiden itu menjadi hangat apabila Pengarah Urusan Bank Rakyat Mustafa Razak diarah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah.
Lembaga diarahkan untuk bersetuju dengan kaedah pembayaran balik pada Mac.
Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Putrajaya perlu menjawab dakwaan yang mengatakan Hasan mengarahkan bank untuk memberi Deepak pengecualian itu.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, mahu pentadbiran Najib menjelaskan sama ada layanan istimewa yang diberi kepada ahli perniagaan itu kerana kononnya beliau mempunyai maklumat mengenai ahli-ahli politik Malaysia peringkat tertinggi.
Mahfuz berkata, perjanjian penstrukturan semula pinjaman juga menunjukkan tadbir urus korporat bank itu teruk kerana ia menunjukkan ramai ahli politik terlibat dalam operasi institusi itu dan bukan dikendalikan oleh para profesional di kalangan ahli lembaga pengarah.
Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng turut menggesa Bank Negara memulakan segera siasatan berhubung dengan dakwaan yang dibuat oleh Sabbaruddin . – 30 Mei, 2014.
-TheMalaysianInsider
|
|
PETALING JAYA: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang Rabu.
-mStar
|
|
Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO
pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan
rasuah dalam pasukan polis.
Ahli PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki seorang ketua polis negeri.
Dakwanya, penganggur berusia 30 tahun itu membeli dua kerewa mewah tahun
lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.
Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.
“Kebetulannya di sini ialah dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata
api. Syarikat senjata apa itu pula di negeri yang sama dengan di mana
bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah
restoren di Kuala Lumpur.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya.
-Malaysiakini
|
P/s: Kalah filem Tamil...kah kah kah
|

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melalui pengalaman mengerikan apabila melecur anggota badan apabila terjatuh dalam periuk di sebuah rumah jirannya, di Parit 11 Sungai Panjang, di sini, 17 Mei lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Annur Iman Mohd Nizam, berusia dua tahun ketika itu sedang duduk di kerusi kayu belakang rumah jirannya sebelum dia tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk hidangan sup ayam berkenaan.
Ibu mangsa, Radziah Md Zakaria, 34, berkata, semasa kejadian, anaknya itu sedang leka bermain dulang atas meja kerusi terbabit sambil dia menyuapkan makanan kepada anak bongsu daripada empat beradik itu.
“Tiba-tiba anak saya tergolek ke belakang dalam keadaan terlentang dan kemudiannya dia menjerit kesakitan apabila badannya kepanasan selepas terjatuh dalam periuk terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.
Radziah berkata, dalam keadaan panik itu, dia terus memegang kedua tangan anaknya keluar daripada periuk dan terus menyiram anggota badan Annur Iman menggunakan paip berhampiran bagi melegakan kesakitan yang dialami.
“Saya dapati terdapat kesan lecur pada bahagian kanan iaitu pada badan; tangan dan kepala serta sedikit kesan yang sama pada tangan kiri dan di bahagian belakang kepala anak saya.
“Pada masa itu, Annur Iman hanya meraung sekuat-kuatnya. Saya hanya mampu ucap ‘Astagfirullah’ dan kemudiannya kami terus membawanya ke sebuah poliklinik swasta di Sungai Besar bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Radziah berkata, anaknya itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada ubat sapu dan jeli gamat bagi memulihkan kesan lecur yang dialami dan keadaannya semakin pulih selepas menerima rawatan dua hari sekali di poliklinik terbabit.
“Doktor kata anak saya boleh elok, tetapi memakan masa lama untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, setelah seminggu ini, saya dapati sel kulit baru pada anggota badannya mula tumbuh dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya.
Katanya, dia ke rumah jirannya itu kerana menghadiri undangan kenduri doa selamat selain turut membantu mereka menyediakan juadah makanan di dapur untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
“Alhamdulillah anak saya semakin sembuh dan saya anggap ini sebagai satu dugaan kepada saya yang pertama kali mendapat anak perempuan dan reda dengan apa yang berlaku, selain memanjatkan kesyukuran kerana semuanya selamat,” katanya. -sinarharian
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam 10 malam tadi.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata ketua pembangkang itu mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.
Bagaimanapun, katanya, ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Damansara Specialist di Damansara Utama, Petaling Jaya. – 14 Mei, 2014.
|
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang disahkan meninggal
dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang
dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah pada Jumaat.
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI
AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI
mengesahkan laporan ini serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang
tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI
“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.
Punca kematian belum dapat dikenal pasti. -astroawani
|
|
|
Laluan masuk utama ke Gua Pulau Nangka yang dipercayai menjadi lokasi
persembunyian kekayaan Sultan Melaka sudah berjaya dibuka.
Usaha untuk mengeluarkan khazanah milik peninggalan Sultan Melaka
terakhir, Sultan Mahmud Shah juga dijangka selesai pada Rabu
memandangkan kerja mengorek lubang berbaki 10 peratus sahaja lagi. -astroawani
|
Melaka: Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.
Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwani Ishak membantah jaminan ditawarkan kepada tertuduh, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah bagi menentukan jaminan yang ditawarkan. -hmetro
|
Dalam perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendedahkan kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengambil kesempatan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca ekstremis agama dan kaum berleluasa di Malaysia.
Maria yang turut aktif dalam gerakan hak asasi manusia di Malaysia berkata, slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata.
"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan Malaysia bukan sebuah negara demokratik dan tidak sederhana, saya beritahu beliau (Obama)," kata Maria kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.
"Kami berbincang dalam tempoh 50 minit... perbincangan berkenaan undang-undang dan akta tekanan, termasuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Hasutan.”
Dalam pertemuan itu, Maria juga sempat berkongsi dengan Obama bagaimana pentadbiran Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.
"Kerajaan sedia ada ini adalah sebuah kerajaan minoriti, dan kerana tidak mendapat sokongan kerajaan, terpaksa membina asas berdasarkan agama Islam hingga menyebabkan ekstremisme agama berlaku," kata beliau.
Maria juga menerangkan mengenai kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.
"Jika tiada perubahan yang tulen sekarang, ia pasti akan membawa kepada perpecahan dalam negara kerana isu agama dan kaum," katanya.
"Dalam isu ini, kerajaan mesti menghentikannya jika mereka mengiktiraf masyarakat yang pelbagai kaum, tetapi mereka tidak lakukannya."
Selain politik agama, Maria juga mendedahkan penemuan Tribunal Rakyat yang dijalankan oleh Bersih 2.0 di mana banyak berlaku kepincangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Kami juga bawa isu tentang senarai pemilih, penipuan, rasuah, kempen berbentuk ugutan yang membantu kerajaan minoriti mengekalkan kuasa," katanya.
Selain Maria, antara yang berpeluang bertemu Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur semalam adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri.
"Isu rampasan Injil berbahasa Melayu juga diberi perhatian dan saya bangkitkan mengenai jurang sempit yang dihadapi penganut agama Kristian di sini, di mana kami sering terperangkap dalam tekanan antara majoriti lawan minoriti," kata Dr Herman.
Selain itu, isu-isu seperti pendakwaan berat sebelah oleh Putrajaya serta pelaksanaan undang-undang baru yang bertentangan dengan hak asasi manusia juga dibincangkan.
"Kami juga bangkitkan mengenai penggunaan Akta Hasutan sebagai alat dakwaan bermotifkan politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga aktivis sosial.
"Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong menjelaskan secara terperinci mengenai penggunaan akta yang menindas dalam negeri serta pengenalan akta baru yang membawa perbicaraan tanpa bicara atau Akta Pencegahan Jenayah (PCA)," kata Maria.
Malah, semasa perbincangan itu, pihak Suhakam juga memberitahu Obama mengenai kuasa terhad yang diberikan kepada mereka, kata Maria lagi.
Lebih mengecewakan lagi, Maria berkata Najib juga tidak mempunyai keberanian dan mengambil inisiatif untuk bertemu dengan kumpulan sivil, walhal Obama sanggup meluangkan masa hampir sejam berbincang dengan mereka.
"Kami juga beritahu Obama, Perdana Menteri tidak pernah berjumpa dengan kami.
"Tapi beliau ambil masa hampir sejam untuk bertemu dengan kami, malah menjemput kami," kata beliau.
Obama tiba di Malaysia pada Sabtu dalam siri lawatan tiga harinya serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Malaysia.
"Kami juga menerangkan berkenaan situasi hak asasi di Malaysia, dan meminta AS tidak lagi menggelar Malaysia sebagai negara demokratik dan negara sederhana, kerana ia memberi kesan kepada tugas hak asasi manusia," kata Maria.
"Kita memerlukan transformasi demokratik.”
Maria berkata, Obama mempunyai tahap diplomasi yang tinggi dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap segala isu yang dibangkitkan mereka.
Hari ini, Obama akan berlepas ke Filipina sebagai destinasi terakhir lawatannya ke Asia sebelum pulang ke AS. – 28 April, 2014. -TheMalaysianInsider
|