Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Sultan Kelantan Selamat Pulang Ke Istana Mahkota

Label:

(Foto: Pemangku Raja Kelantan)

KOTA BHARU, 9 Mei - Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota pada Ahad selepas lima hari menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Amir Hamzah Ibrahim, yang mengesahkan perkara itu, berkata Sultan Kelantan dibawa pulang ke Istana Mahkota kira-kira 5 petang dan tiba di istana 10 minit kemudian.

Baginda yang berkerusi roda dilihat keluar dari hospital dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, anakanda baginda Tengku Amalin A'Ishah Puteri, Pengarah HUSM Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan anggota kerabat diraja lain.

Baginda kemudian menaiki kenderaan Toyota Alphard dengan kawalan ketat pihak keselamatan menuju ke Istana Mahkota.

Amir Hamzah berkata polis mendapat makluman oleh Istana Kelantan pada 4 petang mengenai keberangkatan pulang baginda itu.

"Baginda Sultan telah selamat pulang ke Istana Mahkota sekarang dalam keadaan kesihatan baginda yang baik," katanya.

Beliau berkata sepanjang Sultan Kelantan dirawat di HUSM, polis menempatkan seramai 20 anggota termasuk pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) pada setiap syif untuk menjaga keselamatan baginda.

Amir Hamzah juga berkata sepanjang tempoh itu pihak polis telah melaksanakan tugas dengan baik tanpa sebarang insiden.

"Tidak ada berlaku sebarang kekasaran dan keadaan sangat terkawal sepanjang tempoh itu. Keadaan sekarang sudah kembali seperti biasa," katanya.

Pada malam Selasa lepas, Sultan Kelantan dibawa ke HUSM atas pilihan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra untuk baginda menjalani rawatan susulan di situ.

-- BERNAMA

Tidak Mustahil Johor Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat - Anwar

Label:

JOHOR BHARU - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.

"Bahkan presiden pertama Umno, Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn turut meninggalkan parti dan melawan Umno," kata Anwar pada ceremah di Plentong Jumaat lalu.

Anwar berkata walaupun Johor dikatakan kubu kuat Umno namum beliau optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti melihat kepada gelombang sokongan rakyat kepada Johor yang semakin meningkat.

Ia berdasarkan sokongan serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini yang dahagakan maklumat terkini mengenai situasi politik dan ekonomi negara.

"Dengan izin Allah, kalau Selangor boleh kita tawan, tidak mustahil Johor pun boleh tumbang kepada kita. Yang penting kita istiqamah dan teguh dengan perjuangan," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun program ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kempas dan Plentong diganggu polis dan provokasi daripada Pemuda Umno, namun ia tidak menghalang lebih 6,000 rakyat mendengar amanat Anwar dalam lawatan sehari beliau ke Johor untuk menemui pucuk pimpinan KEADILAN negeri serta rakyat.

Turut sama dalam ceramah yang diadakan termasuk Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfuz Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Meng serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh.

Dalam program di Taman Dahlia, Kempas, Anwar terpaksa memendekkan jadual beliau di situ selepas dinasihatkan pihak polis atas faktor keselamatan.

Pemuda Umno dikatakan datang ke majlis ceramah dan melakukan provokasi dengan membuat bising bagi menganggu perjalanan program.

Pihak polis jelas menunjukkan sikap berat sebelah apabila menahan Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat atas alasan menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Gangguan yang sama turut dilakukan oleh Pemuda Umno di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong dengan bersorak dan menghamburkan kata-kata kesat, membakar mercun dan membaling objek ke arah orang ramai.

Tindakan kasar dan biadap Pemuda Umno itu hampir mencetuskan pergaduhan namun berjaya ditenangkan oleh petugas yang mengawal keselamatan.

"Ribuan yang hadir tanpa upah ini membuktikan ledakan suara rakyat Johor cuba dimusnahkan oleh gerombolan yang semakin gusar dan cemas.

"Kita akan teruskan ikhtiar untuk sampaikan maklumat kepada rakyat walaupun banyak halangan yang menduga kita.

"Tuan-tuan jangan layan provokasi mereka di luar sana. Kita patut berasa simpati kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

"Inilah akibatnya apabila pemimpin yang zalim terus memperbodoohkan rakyat. Anak-anak kita rosak kerana perbuatan mereka," kata Anwar kepada ribuan penyokong.

Beliau berkata ketakutan pimpinan Umno-BN kini semakin ketara.

Fitnah, dakwaan yang dilakukan dan usaha untuk menggantungnya dari Parlimen hanya akan menjadikan rakyat semakin jijik dengan tindakan Umno-BN.

Persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mampu dijawab, tetapi menggunakan kuasa majoriti yang ada untuk membungkam pandangan lain, kata Anwar.

Antara isu yang dikupas beliau termasuk isu keselamatan negara, pentadbiran yang pincang, kehakiman serta isu jenayah yang semakin meningkat.

Anwar turut menyarankan anggota keselamatan supaya bersikap rasional dengan tidak membuta tuli mematuhi arahan tetapi melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang.

"Paling baru kes Aminulrasyid. Arwah ditembak dan kini dalam siasatan. Kes Kugan dan Beng Hock belum selesai, datang pula kes terbaru. Macam mana kita nak yakin dengan keselamatan negara kita?" soal beliau lagi.

-SuaraKeadilan

Kickdefella Alat BN Untuk Gugat Kelantan

Label:

SHAH ALAM - Dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz bahawa PAS membelanjakan wang kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM4 juta kononnya bagi tujuan Operasi Perang Saraf adalah tidak berasas serta bertentangan dengan realiti.

"Syed Azidi telah memberi gambaran lima orang terlibat bersamanya dan memberikan dana RM4 juta dalam bentuk wang, peralatan, bangunan dan sebagainya.

"Jika dibandingkan dengan ahli PAS, saya boleh mengaitkan seorang ahli yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sebuah bangunan untuk kegunaan yayasan dan wang yang digunakan adalah wang ahli itu sendiri.

"Dari mana pula datangnya fitnah PAS membelanjakan wang rakyat?" tanya Khalid pada sidang media di pejabat beliau Khamis lalu.

Khalid menerangkan siasatan awal parti menunjukkan lima individu yang dituduh oleh penulis blog itu sebagai kroninya merupakan beberapa individu yang mempunyai reputasi yang baik di arena politik.

"Mereka sentiasa memberikan sumbangan daripada wang mereka sendiri yang digunakan untuk membeli pelbagai kegunaan dan juga untuk kebajikan masyarakat," kata beliau.

Menurut Khalid lagi, salah seorang peguam yang digambarkan oleh Syed Azizi hampir sama seperti rakan sepejuangannya di dalam PAS dan rakannya hanya menunggu sahaja untuk blogger itu mengungkitkan namanya.

"Sebaik sahaja Syed Azidi menyebut namanya, dia akan terus mendakwa Syed Azidi di mahkamah kerana menburukkan namanya," tambah Khalid.

Menurut Khalid, dakwaan Syed Azidi bertujuan supaya Suruhanjaya Pencegfahan Rasuah Malaysia menahan dan menyoalsiasat pemimpin Kelantan dan memburukkan nama mereka.

Insiden ini, katanya, sama seperti apa yang berlaku di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah di mana Umno-Barisan Nasional menuduh dua anggota Dewan Undangan Negeri KEADILAN menyalahguna dana dan memperbesarkan isu ini sehingga menyebabkan KEADILAN kehilangan dua ADUN kepada BN.

Peristiwa ini menyebabkan Pakatan Rakyat Perak hilang majoriti dan terpaksa menyerahkan Perak kepada BN.

"Yang peliknya bagaimana tuduhan yang dibuat oleh SPRM kepada dua bekas ADUN KEADILAN itu hilang begitu sahaja apabila mereka menyertai BN.

"Ini jelas menunjukkan salah satu taktik kotor BN yang digunakan untuk merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak," jelas beliau.

-suarakeadilan

Pemuda DAP Tak Setuju. Pemuda Umno BN Setuju?

Label:

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Mei ini.

Beliau melihat tindakan berkenaan hanya sebagai penyumbang kepada masalah sosial terbesar dalam negara ini.

"Jika kerajaan memberi lesen untuk perjudian bola, ini seolah-olah menggalakkan lebih ramai orang muda pergi berjudi dalam pertandingan bola sepak. Saya rasa ini akan meyebabkan keadaan yang tidak sihat dan menyebabkan lebih banyak masalah sosial," katanya.

Anthony Loke menganggap tindakan kerajaan Umno BN ini bertentangan dengan usaha mengawal aktiviti perjudian haram.

"Apabila kerajaan memberikan lesen ini, ia adalah tidak tepat. Mereka mengatakan perkara ini untuk mengawal perjudian haram ssekali gus menyalurkan cukai kepada kerajaan.

"Saya rasa ini sesuatu yang walaupun betul menjanakan sedikit pendapatan kepada kerajaan tetapi masalah akan bertambah lebih besar," katanya yang terkilan kerana hal ini banyak kali dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada penyelesaian sebaliknya langkah berlawanan pula diambil.

Anthony Loke menyifatkan keadaan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dan terlalu bergantung kepada cukai judi.

"Mereka ingat ini cara mudah untuk menambah cukai kerajaan dengan memberi lebih banyak special draw, lesen judi lesen bola dan sebagainya? Ini cara mudah untuk menambah cukai tetapi saya rasa ini kaji kesan sosial dulu," katanya.

Beliau menyeru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mengkaji dengan lebih teliti hal ini dan tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja.
-tvselangor-

Lagi Mangsa Tembakan Polis Fail Saman RM 1 Juta

Label:

KLANG - Sejak tragedi Aminulrashid mendapat perhatian ramai, semakin ramai individu tampil membuat laporan polis berikutan gelagat polis yang didakwa sewenang-wenang melepas tembakan.

Kali ini, Siti Nasrinda Sumirin, 23, pula membuat pendedahan mendakwa ditembak polis di Klang Ogos tahun lalu dan menyebabkan kecederaan di pinggang manakala satu peluru mengenai tudungnya.

Sehubungan itu, beliau memfail saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Beliau menuntut anggota polis yang menembak kepadanya dan tunang, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun, sebagai pengajaran kepada anggota polis tidak mengulangi tabit itu.

Anggota polis yang didakwa berbuat demikian berpangkat korporal dan konstabel.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain tuntutan RM1 juta, tunang yang kini suaminya juga menuntut bayaran RM500,000.
-tvsel

Bukti BN Sebenarnya Yang Menyalahgunakan Masjid semasa PRK Hulu Selangor

Label:

Kain rentang di atas tertulis "Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat untuk calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor".

Inilah politik berpartian, dimana BN dengan terang dan jelas telah mengadakan satu majlis untuk calon BN di masjid. Dari segi politik berpartian, BN adalah pihak yang menyalahgunakan masjid.

Menurut kain rentang itu, majlis itu diadakan pada 23 April di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, dua hari sebelum pilihan raya jelas menunjukkan bagaimana BN memanipulasikan masjid untuk menyebarkan propoganda parti.

Masjid tidak boleh digunakan untuk politik berpartian, tetapi isu politik secara am boleh dibincangkan asalkan kita tidak berat sebelah kepada mana-mana parti....

Manohara Oh Manohara!

Label:

Model cantik Indonesia Manohara Odelia Pinot mengaku senang hati apabila mendengar berita penangkapan suaminya, Tengku Fakhry pada Selasa lalu. Meski penangkapan itu tidak berkaitan dengan kes penganiayaan terhadap dirinya, wanita yang mesra disapa Mano itu gembira kerana akhirnya Fakhry dihadapkan kepada polis.

Fakhry ditahan polis kerana terlibat dalam cubaan membunuh. Lantas Mano menggelarkan suaminya sebagai penjahat.

"Mano kata dia (Fakhry) penjahat. Dia mengaku sangat gembira kerana akhirnya suaminya berjaya ditangkap," kata Farhat Abbas ketika berbincang dengan detikhot semalam.

Tambah Farhat, penangkapan Fakhry membuktikan Tengku Temenggong Kelantan itu memang salah dan harus diadili. Dia juga menyentuh tentang pemerintah Indonesia yang ragu-ragu meneruskan kes Manohara.

"Pekara ini sekaligus membuktikan baginda yang selama ini dikatakan baik, ternyata adalah penjahat. Ini juga sebagai petunjuk kepada kes sebelum ini," jelas Farhat.

Mano juga berharap pihak polis tempatan akan menyiasat Fakhry atas kes penganiayaan terhadap dirinya.

Tengku Fakhry ditangkap oleh sekelompok orang bertopeng dan polis pada Selasa lalu. Penangkapan itu didakwa kerana Fakhry terlibat dalam komplot pembunuhan abangnya, Tengku Muhammad Faris Petra.

Namun suami Manohara itu tidak dipenjarakan dan telah dibebaskan pada malam itu. Namun polis telah menyita senjata api yang dibawa Pangeran Kerajaan Kelantan, Malaysia itu.

Sementara itu, perbicaraan kes cerai Fakhry dan Mano belum selesai sehingga ke saat ini kerana Fakhry enggan menceraikan Mano.

-Mstar

Kickdefella Dedah Nama Husam Di Sebalik GMC

Label:

Oleh: Ariffuddin Ishak

PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella.

Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu.

Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC.

Memandangkan Nik Abdul Aziz akan membuat kunjungan kali pertama ke GMC, Syed Azidi berkata beliau telah mengajukan soalan kepada Husam mengenai pemilikan agensi berkenaan.

“Kalau Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” tanya Syed Azidi kepada Husam.

“Kata ini hok (hak milik) Tok Guru,” itu arahan daripada Husam menurut Syed Azidi yang dipetik dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com/.

Menurut Syed Azidi, beliau tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.

Bukan itu sahaja, dakwa Syed Azidi, nama GMC juga disebut beberapa kali dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi menaikkan imej seseorang.

“Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula GMC kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya,” kata bloger itu lagi.

Syed Azidi baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Katanya lagi, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga pernah menghadiri taklimat media PRU-12 di GMC.

“Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya,” katanya sambil mendakwa Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah menghabiskan masa di GMC.

Malah dedah Syed Azidi, Takiyuddin pernah mengumumkan bahawa Majalah Kelantan Gateway milik kerajaan negeri diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan Kerajaan Negeri iaitu GMC.

-Mstar

Kes Aminulrasyid: Pemilik Kereta yang Bergesel sebagai Saksi Baru

Label:

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan individu baru iaitu pemilik kereta yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam mangsa ditembak mati oleh polis, Isnin lalu.

Pemilik kereta berkenaan, dakwa tokoh PAS itu tampil mengesahkan kebenaran kenyataan saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Khalid berkata, pemilik kereta itu meminta pandangan sama ada beliau perlu membuat laporan polis atau tidak memandangkan pihak polis sedang mencarinya.

"Saya menasihatkan pemilik kereta tersebut membuat laporan polis dan beliau akhirnya membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

"Berdasarkan cerita pemilik kereta itu, mengesahkan lagi kenyataan Azamuddin yang kini memasuki kali ketiga diambil keterangan oleh pihak polis," katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Menurut Khalid, selain pemilik kereta terbabit, seorang penunggang motosikal yang mengejar mangsa (Aminulrasyid) sehingga terjatuh pada hari kejadian turut membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Dalam laporan polis tersebut, Azamuddin yang turut berada bersama mangsa dikejar oleh tiga penunggang motosikal selepas menggesel kereta terbabit di Restoran Ali Maju di Shah Alam.

Sementara itu, Khalid turut menggesa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendedahkan fakta terbabit kerana ia secara langsung mengesahkan laporan polis Azamuddin.

Malah beliau khuatir fakta tersebut disembunyikan daripada dimaklumkan daripada pengetahuan rakyat.

"Polis kenal pasti dan cam pemilik kereta yang digesel mangsa. Saya khuatir fakta disembunyikan dan tidak dimaklumkan kepada rakyat.

"Lebih-lebih lagi kini Azamuddin diheret oleh polis sehingga diambil kenyataan sehingga tiga kali," kata beliau.

Malah beliau turut menggesa polis yang melakukan tembakan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa.

"Jika sudah tersilap jangan buat kesilapan untuk tutup. Tampil ke hadapan, mengaku dan minta maaf dengan keluarga mangsa.

"Jangan bersekongkol dengan mendiamkan diri sedangkan tahu apa yang terjadi sebenarnya," katanya.

-freeMalaysiaToday

Berita Baik dari Awang Adek kepada Kaki Judi...

Label:

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram. Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
-bernama

Pendapat Peribadi Sultan?

Label:

SHAH ALAM – Perlembagaan menetapkan Sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang menjadikan masjid sebagai tempat berkempen politik sebagai pendapat peribadi kerana ia tidak dirujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Baginda memberikan titah yang berniat ikhlas tetapi mungkin diambil kesempatan pihak tertentu untuk mempolitikkannya.

"Arahan dan pandangan peribadi merupakan dua perkara berbeza dan titah baginda sebelum dan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini itu adalah pendapat peribadi baginda," katanya dalam posting terbaru blognya, myzaidibrahim.wordpress.com.

Zaid menyifatkan ianya bukan sebagai arahan, perintah atau 'decree' kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja-Raja Melaka dahulu.

“Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja,” katanya.

Zaid berkata, persoalan mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan melanggar arahan Sultan Selangor seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak timbul sama sekali memandangkan di dalam perlembagaan menyebut, tidak sependapat hanya bererti berbeza pandangan, bukannya ingkar seperti didakwa.

Menurutnya, selain Nik Abdul Aziz ramai lagi yang tidak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan termasuklah beberapa perkara sebelum ini seperti di dalam kes bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi yang dihukum sebat kerana kesalahan minum arak.

“Sultan Pahang menitahkan supaya Kartika tidak perlu dirotan adalah keputusan yang sah kerana baginda ada kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri untuk berbuat demikian.

“Itu pun ramai yang membantah dan melenting malah, ada yang mengkritik keputusan Sultan Pahang, termasuk dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), justeru perbezaan pendapat oleh Nik Abdul Aziz bukanlah satu kesalahan atau perbuatan menghina,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, perintah Sultan Sharafuddin adalah satu peraturan yang wajib dipatuhi kerana titah tersebut adalah undang-undang yang mengikut prosedur.

Katanya kepada :Sinar Harian, baginda bukan mengeluarkan pandangan peribadi sebaliknya peraturan larangan tersebut dipersetujui dan ditandatangani Mais.

Menurutnya, di dalam perlembagaan juga menyatakan Raja-Raja Melayu memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan Adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa yang perlu dipatuhi semua pihak.

“Tuanku bukan memberikan pandangan peribadi sebaliknya titah baginda adalah di bawah penguatkuasaan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 iaitu mengajar tanpa tauliah.

“Undang-undang itu bertujuan membendung penyebaran fahaman yang boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam dalam Negeri Selangor,” katanya.
-sinarharian

Ezam Bakal Ketua Pemuda Umno Malaysia? Kj Gigit Jari?

Label:

Setelah dilantik secara rasmi sebagai anggota Dewan Negara 3 Mei lalu, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Mohamad Ezam Mohd Nor kini didakwa 'berminat' serta mengalihkan pandangan mata politiknya kepada jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang disandang oleh Khairy Jamaluddin.

Pemerhati politik berpendapat dengan kuasa politik baru yang ada pada tangan bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, beliau berpeluang untuk merebut jawatan yang kini disandang Khairy.

Sehingga berita ini ditulis Khairy masih lagi Ketua Pemuda Umno yang dinafikan sebarang jawatan kabinet.

Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Ghafar tidak menolak jawatan Khairy akan dicabar Senator Ezam dalam pemilihan parti akan datang.

"Ezam baru saja terima 'hadiah' dari Najib (Perdana Menteri) dalam bentuk lantikan sebagai Senator dan tidak mustahil akan dapat hadiah yang lebih besar kalau dilantik timbalan menteri.

"Saya tidak menolak kemungkinan Ezam akan cuba membina kekuatan beliau mulai sekarang dan seterusnya bertanding melawan Khairy. Lagi pun dia masih muda dan mempunyai cita-cita politik yang besar," kata anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Malah Naib beliau, Datuk Razali Ibrahim diberikan jawatan empuk sebagai timbalan menteri, seolah-olah meletak garam ke luka yang sudah parah terhadap Khairy.

Kini dengan kemunculan Senator Ezam yang popular dengan "enam kotak rahsianya', nasib Khairy lagi terumbang-ambing.

Walaupun kalah kepada Khairy, Datuk Mukhriz Mahathir, anak mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai 'lembik' dan tidak berkarismatik seperti Senator Ezam yang dikenali sebagai orator yang hebat dan mampu mengkagumkan penonton seperti juga Anwar, bos lama beliau.

Sekiranya Senator Ezam pandai mengambil hati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak seperti mana yang dibuktikan pada kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, laluan beliau menuju ke puncak kuasa dalam Umno melalui jawatan Ketua Pemuda Umno dianggap cerah.

Apatah lagi sekiranya Najib melantik Senator Ezam sebagai timbalan menteri maka berputih matalah Khairy dan kuncu rapatnya di parlimen dan didalam Umno.

-suarakeadilan

Segala Pergerakan Sultan Perlu Mendapat Perkenan Pemangku Raja Kelantan

Label:

KOTA BHARU - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda.

Serentak itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dititah supaya memastikan pasukan polis memberi perhatian serius terhadap keselamatan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra.

Semua langkah itu diambil adalah bagi menjaga keselamatan dan kesihatan Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berikutan titah itu, polis telah mempertingkatkan kawalan terutama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini bermula kelmarin. -kosmo

Nik Aziz Minta Najib Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadapnya

Label:

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri menarik balik kenyataan terbukanya yang mengatakan beliau mengingkari perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Mursyidul Am Pas itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian pada 25 April, adalah suatu pandangan bertujuan melaga-lagakan-nya dengan pihak Istana Selangor.

Nik Abdul Aziz juga mendakwa akhbar itu memfitnahnya dalam sebuah laporan sehari sebelum itu bahawa beliau telah mempertikai larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.

Saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, semalam.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di negeri Selangor tidak digunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan politik, bagi memelihara perpaduan.

Nik Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah membuat kenyataan yang mempertikai perintah Sultan Selangor tersebut. Beliau berada di Hulu Selangor untuk membantu kempen calon pembangkang.

“Saya tidak pun memberi respons dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” katanya.
-sinarharian

Happy Birthday, Altantuya (6th May)

Label:

KUALA LUMPUR : “Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam beberapa tahun lalu, berkemungkinan beliau akan merayakan ulangtahunnya buat kali yang ke 32 pada 6 Mei ini.

Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan.

Menurutnya, imej negara kian parah ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berhubung kes itu.

“Kira-kira 19 buah media seluruh dunia menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.

Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Badrul yang juga Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu, terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.

“Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ?

Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.

Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini di bawah arahan siapa,” soal beliau.

Badrul menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah?

Pistol, arahan siapa dan milik siapa?

“Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan?

Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.

Maka dengan ini bersempena dengan Ulang tahun Kelahiran Altantuya pada 6 Mei ini, SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan tuntutan berikut;

  • menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara.
  • Untuk makluman, Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.
  • Menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya.
  • Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini.
  • Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.
  • Mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini.
  • Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa.
  • Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

“Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara.

Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

SAMM merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota keluarganya,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.

Kini pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.

Pihaknya juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.

“SAMM mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.

Terdahulu, Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari lalu.

Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.

Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.

-erapakatan

Sultan Kelantan Selamat Pulang Ke Istana Mahkota
Ahad, Mei 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Sabtu, Mei 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mei 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai