Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Demo Besar-besaran Protes Barang Naik & Isu Mesir Jumaat Ini!!

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 1 FEB : Satu perhimpunan besar-besaran pada Jumaat ini dirancang gabungan Pakatan Rakyat bersama 71 NGO dan orang ramai yang akan berhimpun di kedutaan Amerika selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ini kerana, Amerika dianggap adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.50.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga kos minyak RON 97 pada masa ini (semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

Pelajar Malaysia trauma diacu pistol

Label:

Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang hari ini bertujuan mengguling rejim Hosni, menurut Al-Jazeera. - EPA/HANNIBAL HANSCHKE

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pelajar Malaysia di beberapa bandar yang menjadi medan utama rusuhan politik di Mesir, bingung mengenai nasib mereka kerana sehingga kini belum menerima kata putus mengenai pelan kecemasan untuk memindahkan mereka ke lokasi selamat.
Selain bimbang masa depan pengajian masing-masing andai konflik berlarutan, kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan ancaman keselamatan turut menimbulkan trauma kepada pelajar terbabit, terutama selepas ada insiden penuntut diacukan pistol ketika mahu mendapatkan makanan.

Beberapa pelajar Malaysia yang dihubungi memberitahu terdapat beberapa kes pelajar yang keluar untuk ke kedai berhampiran, didatangi kumpulan rakyat tempatan sambil mengacukan pistol tetapi mereka kemudian dilepaskan selepas memberitahu, mereka adalah pelajar dan rakyat Malaysia.

“Keadaan mencemaskan di Sabi’ iaitu kawasan menempatkan beberapa kediaman dan blok pelajar Malaysia, malah ada di kalangan rakan saya memberitahu, mereka diacukan pistol dan disoal siasat ketika dalam perjalanan membeli barang keperluan selepas waktu perintah berkurung tamat.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan pelajar dilepaskan selepas memberitahu tujuan mereka keluar hanya untuk membeli barangan keperluan dan menjelaskan mereka adalah penuntut universiti,” kata penuntut tahun satu jurusan pergigian, Universiti Al-Azhar, Dhiyauddin Athir Nadzari, ketika dihubungi semalam.

Dhiyauddin berkata, beliau yang kebetulan baru memasuki bandar raya Kaherah selepas menghabiskan cuti di Bukit Sinai yang terletak kira-kira 460 kilometer dari bandar raya itu turut berdepan puluhan sekatan jalan raya, tetapi berjaya melepasinya tanpa masalah kerana sasaran pemeriksaan ditujukan kepada rakyat tempatan.
Alauddin Mohd Tajul Arifin, yang juga penuntut tahun tiga Pengajian Syariah Universiti Al-Azhar di bandar Dumyat, 200 kilometer dari Kaherah, berkata rakyat Malaysia di bandar itu kebingungan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika mereka seakan terputus dari dunia luar sejak seminggu lalu kerana sistem telekomunikasi dilumpuhkan.

“Kami tidak dapat menghubungi keluarga. Tiada seorang pun wakil kedutaan menghubungi kami.

“Panggilan telefon hanya boleh dilakukan sejak beberapa jam lalu,” katanya sambil menegaskan, ketika ini mereka hanya dapat mengikuti perkembangan semasa menerusi rangkaian televisyen kerajaan.

Sementara itu, penuntut tahun dua jurusan pergigian Universiti Al-Azhar, Muhammad Iqbal Arifin, berkata pelajar berdepan masalah menambah nilai kredit panggilan telefon bimbit kerana kebanyakan kedai sudah kehabisan stok, malah berapa barangan keperluan harian termasuk sayur dan ikan semakin sukar diperoleh.

“Kami turut dinasihatkan beberapa penduduk tempatan supaya tidak keluar membeli barang kerana keadaan semakin tegang dan perusuh tidak lagi mempedulikan arahan pihak berkuasa. Ketika ini kami lebih selesa untuk menginap di asrama dan hanya keluar jika keadaan terlalu mendesak,” katanya.

WikiLeaks ancam dedah maklumat sulit!!

Label:

Pengasas WikiLeaks Julian Assange (gambar) semalam mengancam akan mendedahkan maklumat sulit secara besar-besaran sekiranya laman tersebut diarah tutup buat selama-lamanya.

Ancaman ini pastinya menakutkan pemimpin negara di seluruh dunia yang terlibat dengan perancangan sulit dan skandal. Adakah ada pemimpin Malaysia yang turut kecut perut dengan ancaman WikiLeaks ini?

[TERKINI] Petrol RON97 naik 10 sen lagi malam ini!!! Hadiah Tahun Baru Cina...

Label:

Satu lagi hadiah BN sempena Tahun Baru Cina...

Saya petik:

[MK] Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Cabul kanak-kanak: USTAZ dipenjara 18 bulan

Label:

Saya petik:

[kosmo] ALOR SETAR – Seorang guru agama kelu apabila Mahkamah Tinggi Alor Setar mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 kerana mencabul seorang kanak-kanak di sebuah rumah yang dijadikan pusat Qiraati lima tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Nasruddin Niamat, 36, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 13 Okt 2009.

Mohd Azman berkata keputusan Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 adalah mematuhi prosedur mahkamah.

Guru agama itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.

"Walaupun rayuan awak ditolak, ini bukan keputusan akhir kerana awak masih ada peluang. Awak boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan,” kata Mohd Azman.

Menurut kertas pertuduhan, Nasruddin dituduh mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah bilik yang dijadikan kelas mengaji al-Quran di sebuah rumah di Lorong Teratai 1, Taman Berjaya, Jalan Pegawai pada 9.45 pagi, 8 Jun 2006.

Dalam rayuannya, tertuduh yang mempunyai seorang isteri dan empat anak, memberi alasan kanak-kanak itu masih di bawah umur dan tidak dapat memberi keterangan selain tidak memahami kepentingan mengangkat sumpah.

Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim mengendalikan kes itu manakala tertuduh diwakili peguam Rahmatullah Baharuddeen. - Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Ini dia wajah LANUN Somalia!!

Label:

Antara tujuh orang lanun Somalia yang ditahan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Teluk Aden pada 21 Januari lalu kerana merampas kapal dagang MT Bunga Laurel tiba di negara ini pada Isnin untuk diadili. - AZMAN GHANI / The Star

Saya petik:

[Bernama] PELABUHAN KLANG, 31 Jan — Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia semasa cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, tiba di Pelabuhan Klang pagi ini untuk menghadapi kemundkinan didakwa di negara ini.

Mereka tiba dengan sebuah kapal sebelum dibawa dengan sebuah bas pada 9.15 pagi, diiringi beberapa kenderaan polis dari Terminal Cecair Pukal ke Pangkalan Polis Marin di sini dan kemudian ke pangkalan Polis Marin Pandamaran, sebelum menjalani pemeriksnaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan sebelum mengemukakan laporan kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin.

Dalam kejadian pada 11.40 malam 20 Januari itu, anggota tentera Malaysia yang ditugaskan memberi pelindungan kepada kapal-kapal minyak dan dagang negara ini yang melalui perairan Teluk Aden dekat Somalia, telah menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel yang ditawan oleh tujuh lanun dari Somalia itu yang bersenjatakan senapang dan pistol.

Kesemua 23 tiga anak kapal terselamat manakala tiga daripada lanun itu cedera dalam kejadian tembak menembak.

[VIDEO PORNO] Ariel Peterpan dipenjara tiga setengah tahun

Label:

Saya petik:

[kosmo] BANDUNG — Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.

Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah. — Bernama

Gambar pasangan Diraja di kotak KONDOM. Umno tentu marah!!

Label:

(Gambar: Kondom oleh-oleh perkahwinan diraja)

Kalau di Malaysia, agak-agaknya berani tak Syarikat kondom berbuat sedemikian? Kalau perkara ini berlaku di Malaysia, umno pastinya berarak sebagai tanda protes!!

Saya petik:

Kondom oleh-oleh perkahwinan diraja

[BH] LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati.Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’

Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu.

William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey.

Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru.

Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah.

“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan.

“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.”

Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan. – Agensi

Motel seks diserbu!!

Label:

PEGAWAI JAIK menyiasat dokumen peribadi pasangan dicekup berkhalwat di sebuah hotel murah di Bukit Pinang.

Saya petik:

JAIK tahan tiga pasangan di premis Jalan Bukit Pinang

[BH] ALOR SETAR: Sebuah motel yang terletak di hujung kampung yang menawarkan harga serendah RM80 semalam untuk setiap bilik menjadi lokasi pilihan pasangan ‘bercinta’ untuk melempiaskan nafsu sejak beberapa tahun lalu.
Kegiatan itu didedahkan Bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menyerbu motel di Jalan Bukit Pinang, dekat sini dan menahan tiga pasangan termasuk tiga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan pada kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, penjaga motel yang berusia awal 20-an dikatakan terkejut apabila melihat sepasukan 15 anggota penguatkuasa JAIK membuat pemeriksaan di situ.

Hasil siasatan mendapati penjaga motel itu memberi jaminan kepada pelanggannya yang beliau akan menghantar SMS jika ada serbuan JAIK untuk membolehkan mereka melarikan diri sebagai tarikan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan ke motel itu kerana ia dikategorikan ‘selamat’.

Bagaimanapun, kelmarin, penjaga motel itu terpaksa akur dengan memberi kerjasama dan mengetuk bilik pelanggannya yang disyaki melakukan maksiat itu. Motel itu mempunyai 15 bilik membabitkan tiga blok.

Ketua Operasi JAIK, Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan itu membuat serbuan di motel itu dan menahan tiga pasangan berusia 19 hingga 33 tahun di tiga bilik sewa di motel itu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, ketiga-tiga pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah atau suami isteri menyebabkan timbul syak mereka melakukan maksiat.

"Kita sudah banyak kali menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di motel itu sejak beberapa tahun lalu, tetapi kita perlu menjalankan siasatan menyeluruh termasuk membuat rondaan serta risikan maklumat dan membuat pengesahan berhubung aduan itu terlebih dulu sebelum membuat serbuan.

"Hasil serbuan kita menemui tiga pasangan terbabit di bilik berasingan dan percaya lebih ramai pelanggan menyewa di situ setiap malam disebabkan lokasinya yang jauh daripada pandangan orang ramai dan terletak di hujung kampung," katanya.

Mat Nasir berkata, berdasarkan siasatan kebanyakan mereka yang dicekup itu berasal di sekitar negeri ini dan ada di kalangan mereka mengaku sudah beberapa kali datang ke motel itu untuk melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Semua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Kepala Batas, di sini untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat JAIK untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mat Nasir berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pengadu, motel itu kerap disewakan untuk pasangan Islam yang belum berkahwin terutama penuntut universiti dan pelajar sekolah kerana jalan masuk ke situ gelap gelita dan sudah lama beroperasi.

"Disebabkan banyak hotel dan motel murah di sekitar bandaraya ini diserbu JAIK, lokasi ini menjadi pilihan utama pasangan remaja untuk melakukan maksiat kerana ia terletak di kawasan yang terpencil dan tidak diketahui ramai,” katanya.

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN TENANG: BN MENANG Selesa!! Majoriti 3707

Label:

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN TENANG

BN - 6699 undi
PAS - 2992 undi

Majoriti - 3707 undi

Undi ditolak - 140 undi

Peratusan Mengundi - 67 peratus

Lee Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan

Label:

HEBAT...Pemain pilihan keenam, Lin Dan meraikan kejayaannya menundukkan jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei pada aksi final Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Ahad. Lin Dan menang 21-19, 14-21, 21-16.

[TERKINI] BN sudah MENANG!! Sila baca ini....

Label:

Saya petik:

Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

[MK] Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengahari tadi, berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz.

Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar.

Baca juga berita ini: PAS gesa SPR tangguhkan pengundian

PRK TENANG: Pengundian ditangguh kerana banjir?

Label:

TENGGELAM...Para sukarelawan membantu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terperangkap dalam banjir antara Jalan Tenang dan SMK Kamarul Ariffin di Tenang. Foto THE STAR Oleh Abdul Rahman Embong

Saya petik:

[HD] LABIS, 30 Jan: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng.

Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia.

Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter.

Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup.

Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi.

SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi.

Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi.

Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

Peratusan Cina mengundi rendah, DAP panik!!

Label:

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo (gambar) di laman Twitter.

Saya petik:

[MK] Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang Asli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008. Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG

4.02pm: Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

3.40pm:
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.

2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.

Sekolah berkenaan hanya di sebelah SMK Kamarul Ariffin.

Petugas BN cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.

2.45pm
Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.

Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm:
Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

1.20pm Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengundi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”

12.48pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007. "Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter. NONE

12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis. "Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.

11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. NONEDi Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.

11.36am: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.

NONE11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.

"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

NONENormala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib. Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".

Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.

11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.

11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

NONESPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

NONEAnggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi.

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.

NONEKawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN. "Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN. Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan. Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi. NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

NONE8.50am

Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

NONE9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas. Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong. NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian. Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir. Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am
Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR). Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi. NONEDi Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi. "Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya. Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am

Peti undi dibuka.

[18SX] Kalau derma dapat ramas tetek model!!

Label:

Ini berita menderma sambil buat lucah. Jadi kepada sesiapa yang nak banyak dapat derma bolehlah ikut cara depa ni.. tentu lumayannn

Beginilah aksi untuk mendapatkan wang banyak dalam waktu sekejap....cukup unik dan nekad..boleh dikatakan gila..mengutip dana untuk AIDS dilakukan dengan aksi meramas payudara para model . Sampai macam ni sekali cara untuk mengutip derma.....

Nasib baik benda ni jadi kat negara Jepun, kalau buat kat Malaysia aku pun nak pi derma jugak..

Sumber: Abu Nawas
Demo Besar-besaran Protes Barang Naik & Isu Mesir Jumaat Ini!!
Selasa, Februari 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Januari 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Januari 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Sabtu, Januari 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai