[HM] KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.
Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.
Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.
Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.
Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.
P/s: Pihak berkuasa dengan bantuan pekerja di pasar raya tersebut boleh menangkap pasangan yang gian itu dan panggillah ahli keluarga mereka ini untuk khidmat kaunseling...
[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.
Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.
Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.
Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.
Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.
“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.
“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.
Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.
justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.
Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.
Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.
Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.
THAM (kiri) menceritakan kejadian yang menimpanya kepada Michael di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.
[kosmo] KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.
Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.
Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.
Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.
Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.
Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.
Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.
P/s: Alahai..Nasi sudah menjadi bubur
Saya petik:
[BH] ALOR SETAR: Seorang datuk bercucu enam dan rakannya dicekup berkhalwat dengan seorang janda beranak dua di sebuah rumah sewa di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar, di sini, awal pagi kelmarin.
Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota RELA dan rakannya berusia 50-an itu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kira-kira 1.30 pagi berdasarkan maklumat orang awam.
Rumah itu didiami keluarga dipercayai adik ipar kepada rakan anggota RELA berkenaan dan kesempatan itu digunakan dua lelaki terbabit untuk memadu asmara dengan wanita berusia 25 tahun itu dalam sebuah bilik.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati rumah itu didiami satu keluarga dan selepas diketuk berkali-kali, pintu rumah itu dibuka seorang penghuni yang membenarkan anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.
Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang lelaki berusia 50-an yang hanya berkain pelekat tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota JAIK, tetapi dia memberi kerjasama membenarkan pemeriksaan lanjut dijalankan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui lelaki warga emas yang mendakwa dia anggota RELA yang bertugas di sekitar bandar raya ini dan seorang wanita yang hanya berkemban sedang nyenyak tidur di atas tilam.
“Hasil soal siasat mendapati warga emas terbabit dan rakannya mengaku baru mengenali wanita itu ketika bersiar-siar di Dataran Paris, Lebuh Raya Darulaman, di sini, malam kelmarin sebelum membawa janda itu pulang ke rumah berkenaan untuk melakukan maksiat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Syeikh Muhammad berkata, berdasarkan rekod, JAIK pernah menahan wanita itu kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lain kira-kira dua tahun lalu di sebuah motel murah di bandar raya ini, tetapi dia masih tidak serik melakukan maksiat.
“Dia turut mendakwa pernah bekerja sebagai pelacur untuk menyara kehidupannya yang terbiar tanpa suami tetapi kita masih menyiasat berhubung kenyataannya itu.
“Warga emas itu pula mendakwa masih mempunyai isteri yang berusia lewat 50-an dan terlantar sakit sejak 20 tahun lalu dan kini menetap di kampung, manakala rakannya pula baru kematian isterinya yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu,” katanya.
Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
P/s: Udahlah Pakcik. Bertaubatlah.... Carilah yang halal...
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
“Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini.
Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.
Malahan Nazri menegaskan peluang Umno untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam, sebaliknya memperjuangkan ‘negara berkebajikan’ di mana Umno sudah pun melaksanakannya sejak merdeka.
Hadi juga menafikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai liabiliti kepada parti setelah beliau dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan pada Muktamar PAS minggu lalu.
“Bagi Umno, Mohamad Sabu adalah satu peluang untuk menjatuhkan PAS. Tetapi bagi PAS, Mohamad Sabu adalah satu senjata untuk menjatuhkan Umno,” katanya.
Hadi turut menafikan bahawa wujudnya anggota parti yang kecewa dengan perubahan dasar perjuangan parti itu setelah beliau mengumumkan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.
Malahan, katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya.
Saya petik:
[BH] KUANTAN: Seorang suri rumah cedera dipukul suami dengan anak lesung batu hanya kerana enggan makan tengah hari bersamanya di rumah mereka di perkampungan Cenderawasih di sini, Ahad lalu.
Superintendan Mohd Haris Daud, berkata mangsa yang berusia 25 tahun terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah cedera di bahagian peha, dagu dan kepala.
Beliau berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya, seorang pekerja swasta berusia 28 tahun kerana enggan makan bersama.
Katanya, mangsa mendakwa suaminya tiba-tiba bertindak ganas memukulnya dengan anak lesung batu.
Suami mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - BERNAMA
(Gambar hiasan)
(Gambar: Laporan Harakahdaily semalam)
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.
Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.
Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," kata beliau.
Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.
Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.
Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.
Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.
"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.
Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.
"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah," tegas Dr Dzulkefly (gambar).
Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.
"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya...kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.
Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau. Najib mesti telus
Sementara itu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.
"Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini," katanya.
LAPORAN BERKAITAN
[BH] PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan, Sabak Bernam, membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa meminta izin untuk ke tandas dengan ditemani abang iparnya.
Menurutnya, bagaimanapun selepas kira-kira 15 minit abang ipar kanak-kanak terbabit menunggu di luar tandas, dia bertanya kepada adiknya sama ada sudah selesai membuang air atau belum, namun mangsa memberitahu belum selesai.
“Abang ipar mangsa pergi ke kantin berhampiran tandas dan menunggu di sana.
“Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan adik iparnya dari dalam tandas menyebabkan dia berlari ke situ. Ketika itu dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Mohd Adnan berkata, abang ipar mangsa meminta bantuan orang ramai di situ sebelum mereka mengejar suspek dan menangkapnya dan diserahkan kepada polis.
“Hasil siasatan suspek yang berusia 20-an mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kes samun, bagaimanapun ujian air kencing ke atasnya negatif. Suspek juga tidak mempunyai pekerjaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan suspek direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya.
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[kosmo] KOTA BHARU - Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, tidak pernah memohon cuti sakit sejak dia memulakan kerjayanya pada tahun 1986.
"Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul kepada orang yang sakit dan tidak mampu bekerja sahaja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan sijil sakit, saya tolak.
"Biasanya, saya akan hubungi pejabat untuk ambil cuti tahun saja,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN di sini semalam.
Pada majlis itu, Mohd. Fakri yang kini Ketua Komunikasi Korporat LKTN bersama 11 kakitangan lain menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman di atas kesetiaan mereka berkhidmat lebih 25 tahun dengan organisasi itu.
Mohd. Fakri yang memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan LKTN pada 1986 juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan tidak pernah dimasukkan ke hospital
"Mungkin amalan penjagaan kesihatan yang saya lakukan turut membantu, misalnya tidak minum air sejuk dan tidak menghisap rokok,'' katanya.
Tambahnya, selepas menerima anugerah itu, dia kini berazam untuk cuba mengekalkan prestasi itu sehinggalah pencen pada usia 58 tahun nanti.
"Biarlah jadi sejarah sendiri buat diri saya. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba bertahan untuk tidak memohon cuti sakit.
"Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak bekerja sampai pencen,'' katanya.
P/s: Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang diberikan...
AIZAT menunjukkan salinan laporan polis dan hantaran untuk majlis pernikahannya yang dibatalkan secara tiba-tiba oleh pengantin perempuan melalui SMS di Kangar kelmarin.
Saya petik:
[kosmo] KANGAR – Pengantin lelaki yang kecewa setelah majlis pernikahannya dibatalkan oleh pasangannya dengan sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak akan melupakan detik hitam dalam hidupnya itu begitu sahaja walaupun selepas keluarga pihak perempuan menghantar wakil memohon maaf malam kelmarin.
Menurut pengantin itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, keluarga pihak perempuan menghantar empat lelaki termasuk dua abang ipar ke rumahnya di sini kira-kira pukul 8.30 malam untuk meminta maaf ekoran majlis tersebut dibatalkan.
Katanya, pihak keluarga perempuan ingin masalah tersebut selesai dan memohon agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi terutama mereka bimbang dengan tindakan saman yang akan diambil oleh Aizat.
“Walaupun sudah termakan hati, saya memaafkan pihak perempuan itu, namun tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Ini soal maruah, saya tetap akan bawa kes ini ke mahkamah,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan mengenai impian jurujual kereta itu untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman SMS.
Lebih melukakan hati lelaki itu, SMS tersebut dihantar cuma 11 jam sebelum majlis pernikahan mereka dilangsungkan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi kelmarin.
P/s: Aizat, buatlah apa yang patut....Anda perlu menjaga maruah anda!!

Lisa bersama lelaki 'Y'
BOSAN dan letih adalah deskripsi yang dapat disimpulkan oleh aktres pujaan ramai Lisa Surihani saat bicara kami berlegar dalam lingkungan topik cinta.
Akui pelakon yang mesra disapa Lisa ini, manipulasi dan desakan orang sekeliling terhadap kisah dalam kain artis atau selebriti adakalanya ‘memeningkan’ kepala.
Jika segelintir artis yang lebih selesa menyangkalkan sesuatu dakwaan yang timbul atau melarikan diri, jelitawan ini sebaliknya memilih pendekatan yang bertentangan.
Keterbukaan Lisa dalam berbicara soal hubungannya dengan pengarah filem Yusry Abdul Halim, 37, bukan lagi rahsia.Cuma seperti manusia lain dia juga punya batas kesabaran dalam menghadapi pertanyaan yang silih-berganti tentang cerita yang sama.
“Saya atau Yusry tidak pernah menyembunyikan atau menafikan hubungan kami tetapi apabila ada pihak mendakwa kami tidak mengaku pada awalnya dan kini mula mengiakan selepas cerita ini tersebar luas, itu adalah satu dakwaan yang menyakitkan.
“Sejak dua bulan lalu apabila kami semakin rapat, saya tidak pernah bermain tarik tali dalam hal ini. Cuma yang saya harapkan tidak perlulah bertanya tentang perkara yang masih jauh daripada jangkauan seperti bila hendak kahwin dan perancangan hubungan pada masa depan?
“Kami baru saja berkawan dan memerlukan ruang untuk lebih mengenali serta membina keserasian,” jelasnya.
Menyentak emosi
Tambahnya, apa yang lebih menyentak emosi adalah keterbukaannya itu di manipulasi oleh kenyataan yang kononnya mereka sengaja mengelirukan orang ramai akan kesahihan hubungan tersebut.
“Yang membuatkan saya tidak faham apabila ada yang mendakwa kami sengaja berdolak-dalik dan mengaburi orang ramai tentang kesahihan hubungan ini.
“Bukankah setiap kali ditanya tentang perkara itu, saya atau Yusry tidak pernah menafikan tetapi biarlah pertanyaan itu berasas,” katanya.
Tegas Lisa berulang-kali, biarlah orang hendak kata atau fikir apa pun kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupannya termasuklah soal peribadi.
“Saya faham dan hormati apabila orang ingin mengetahui perkembangan hubungan kami tetapi kami baru berkawan apatah lagi untuk memikirkan soal bertunang atau berkahwin.
“Saya amat hargai andai diberikan ruang untuk kami jalaninya secara semula jadi dan bersahaja. Kalau tertulis ada jodoh kami, ia tidak akan ke mana,” terangnya.
Interaksi di Facebook dan TwitterSatu industri memperakui impak kemunculan aktres ini sejak menapak ke pentas lakonan empat tahun yang lalu.
Nama dan populariti bukan calang-calang kerana dia digilai kerana keayuan dan penampilannya yang sopan dan sederhana. Lihat saja pada angka pengikutnya di dua laman media sosial popular iaitu Facebook dan Twitter.
Angka pengikut di Facebook yang mencecah 1,523,099 orang dan Twitter (138,286 orang) membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.
Bersembang tentang senario itu, anak perempuan tunggal dalam keluarga ini berkata, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.
Namun, kesibukan kerja ada kalanya menjadi penghalang untuk si manis ini aktif berinteraksi sekerap yang mungkin.
“Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.
“Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.
“Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin,” ceritanya.
Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.Risiko menjadi orang popular, Lisa tidak lepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu./MStar
Saya petik:
[MK] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein.
"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."
Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.
"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.
Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan.
Saya petik:
[HM] KUALA NERANG: “Kehidupan saya cukup menderita di Lombok sepanjang tempoh dua tahun kerana tidak mempunyai wang membeli makanan hingga terpaksa menjadikan ubi kayu dicecah air asam sebagai makanan ruji bagi menggantikan beras.”
Begitu kata seorang ibu tunggal, Zarina Abu Bakar, 30, yang tiba di rumah keluarganya di Kampung Kuala Pai, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi semalam selepas melalui perjalanan jauh dari Lombok, Indonesia sejak 2 Jun lalu.
Zarina mendakwa dia terpaksa menempuh perjalanan penuh rintangan menaiki kapal terbang ke Jakarta sebelum menuju ke Pulau Batam lalu menaiki bot pancung ke Sungai Tiram, Johor dengan bantuan orang tengah.
Katanya, sebaik tiba di negara ini, dia menaiki bas ekspres ke Hentian Puduraya, Kuala Lumpur sebelum menyambung perjalanan memenatkan ke Alor Setar dengan penuh debaran untuk bertemu kembali keluarga terutama ibu bapanya.
“Saya tidak akan percaya lagi lelaki Indonesia, malah menyesal dengan tindakan diambil kerana hanya dijadikan pemuas nafsu. Sepanjang di sana, saya hanya mampu menangis mengenangkan nasib malang.
“Justeru, saya ingin menasihatkan mana-mana gadis atau wanita di negara ini tidak mudah terpedaya dengan lelaki Lombok. Jangan berkawan dengan mereka kerana akhirnya menimbulkan pelbagai masalah.
“Pada mulanya, saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup tetapi rupa-rupanya anggapan saya meleset,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumah keluarganya, di sini.
Sepanjang berada di Lombok, Zarina difahamkan turut mempunyai seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditinggalkan bersama lelaki dikenali sebagai Sulhemi, 29.
Harian Metro pada 28 Mei lalu melaporkan Zarina yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara enam hingga 10 tahun hidup menderita selepas mengikuti Suhelmi ke Lombok dengan tujuan untuk berkahwin.
Bagaimanapun, sebaik tiba di negara jiran itu lelaki berkenaan enggan berkahwin tanpa alasan kukuh menyebabkan kehidupan wanita berkenaan bertukar menjadi menderita.
Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam menyebabkannya mengikut apa saja arahan hingga sanggup mengikut lelaki berkenaan ke Lombok.
Katanya, kehidupan lelaki berkenaan begitu daif, malah ramai jirannya juga miskin menyebabkan dia dianggap amat bernasib baik jika dapat makan nasi setiap hari.
“Di Lombok, Suhelmi bekerja di sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50). Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup dan hanya mampu makan ubi kayu mengalas perut saban hari.
“Keadaan kehidupan yang melarat menyebabkan fikiran berkecamuk sehingga saya menerima RM3,000 daripada seseorang hasil kutipan dan sumbangan penduduk kampung di sini (Malaysia) untuk pulang ke Malaysia,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur kerana Zarina kembali ke pangkuan keluarga biarpun masih terkejut seolah-olah berlaku keajaiban apabila anak perempuannya kini berada di depan mata.
Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih apabila adik angkatnya memohon sumbangan penduduk Kubur Panjang, Pendang sehingga mampu mengumpul RM3,000 dalam tempoh seminggu untuk membawa pulang anaknya. “Saya gembira kerana masalah ini akhirnya selesai dan mampu tidur berbanding ketika anak di negara orang yang tidak diketahui nasibnya.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu, dan hanya Allah SWT saja dapat membalas budi baik penduduk yang menghulurkan bantuan itu,” katanya.
P/s: Buang anak, buang saudara kerana kekasih aku turutkan. Sudah jadi macam ini barulah menyesal....
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[MK] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan perwakilan PAS yang mengkritik ulama Umno dan mufti sebagai "syaitan bisu" kerana diam dalam isu video seks.
Katanya, mereka tidak tidak boleh menghukum seseorang dengan melabelkannya sebagai "kumpulan yang salah atau syaitan bisu".
"Bila kita sebut syaitan (bisu) ini, saya ingat (ia) ungkapan yang tradisi dengan PAS.
"Jadi kita tengok ungkapan-ungkapan ini, saya rasa elok kita jaga adab (dan) akhlak Islam kerana dalam Islam, hanya Tuhan yang menentukan.
"Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," katanya.
Perwakilan dalam muktamar PAS semalam mengkritik tindakan mufti dan ulama dalam Umno yang didakwanya gagal bersuara dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nor Azli Musa yang mewakili PAS Perak menyifatkan golongan itu sebagai "syaitan bisu" dan "lebih teruk daripada syaitan" ketika membahaskan usul mengutuk"fitnah" terhadap ketua pembangkang.
Beliau juga menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah daripada berlaku.
P/s: Takut nyatakan kebenaran la tu...
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Jun — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya — kali yang ketiga — mahu melucutkan Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar kes liwat beliau.
Hakim memutuskan bahawa permohonan pasukan pembela tiada merit untuk dipertimbangkan.
“Permohonan tiada merit, oleh itu ditolak,” kata Mohd Zabidin.