Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

‘Keluar kelambu jatuh talak’

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

[SH] PENDANG - Gara-gara terdengar ‘kalau keluar kelambu, jatuh talak’, seorang isteri memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Pendang untuk mengetahui kedudukannya sama ada jatuh talak atau tidak setelah melanggar arahan itu untuk pergi ke tandas.

Masra Abdul Khalid berkata, dia terdengar kata-kata itu daripada mulut suaminya, Mahammad Khir Md Zain tetapi terpaksa meneruskan hajatnya kerana perlu ke tandas.

“Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai perkataan yang diucapkan suami pada malam itu.

“Pada malam itu, kami gaduh dan dia cakap kalau keluar kelambu, jatuh talak. Saya keluar dari kelambu kerana mahu ke tandas,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah, semalan.

Masra mengemukakan permohonan untuk pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Masra berkata, dia yakin dan jelas mendengar perkataan yang diucapkan suaminya.

Ditanya Hakim Rendah Syarie, Sheikh Shahmi Awang kenapa masih meneruskan hajatnya walaupun mendengar kata-kata itu, Masra menjelaskan perlu ke tandas tetapi tidak memaklumkan kepada suaminya.

Pasangan itu bernikah pada 1996 dan bercerai dengan talak satu pada 2008 sebelum merujuk kembali.

Sebaik selesai keterangan itu, Sheikh Shahmi bertanya kepada Mahammad Khir sama ada bersetuju dengan maklumat dan keterangan isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan alasan tidak pernah menyebut perkataan talak dan tidak bermaksud untuk menceraikan isterinya.

“Apabila balik ke rumah pada malam itu dan masuk ke bilik, saya lihat isteri bawa bantal nak tidur di luar.

“Saya tidak menyebut perkataan talak, tetapi hanya menyebut ‘kalau keluar kelambu putus’,” katanya.

Dia turut menafikan keterangan isterinya itu sambil berkata ‘itu dia yang kata’.

Sheikh Shahmi menegur sikap Mahammad Khir yang hanya mendiamkan diri sebelum itu.

“Sepatutnya kamu bertanya atau membantah selepas isteri kamu memberi keterangan,” katanya.

Sheikh Shahmi kemudian bertanya sama ada kata-katanya pada malam itu bermaksud menjatuhkan talak tetapi Muhammad Khir tidak dapat memberi kepastian.

Berikutan itu, hakim menangguhkan kes berkenaan kepada 22 Jun ini.

Rais habiskan RM100 juta dalam 1 hari - Lim Guan Eng

Label:

Saya petik:
[MK] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.

“DAP dikejutkan oleh suatu laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

NONELim (kiri) mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam
memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.

“DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

“Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," katanya.

P/s:  Alahai.....

Maafkan Saya - Daudsu

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: “Maafkan saya.” Itu luahan pemain pertahanan Kelantan, , 26, kepada hampir dua juta rakyat Kelantan, selepas dia menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, sehingga mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Terengganu, 2-1.

Mohd Daudsu berkata, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya selepas melakukan kesilapan berkenaan.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan, terutama penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya sedar, penyokong Kelantan menaruh harapan tinggi untuk melihat Kelantan menang, tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Maafkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat melelapkan mata semalaman gara-gara tertekan dengan kesilapan yang dilakukannya.

“Saya akui saya tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.

“Saya sudah mencuba segala yang termampu. Saya tidak mahu Kelantan tewas apatah lagi melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan, justeru saya berharap semua penyokong dapat menerima kekalahan itu,” katanya.

Dalam pada itu, penyokong Kelantan tidak menyalahkan Mohd Daudsu, sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pemain pertahanan itu.

Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di Facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya, ‘100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan’, ‘Jangan salahkan Daudsu okay’, ‘Maafkan Daudsu’ dan ‘Bukan salah Daudsu’.

Kewujudan laman khas itu menerima sokongan ribuan penyokong Kelantan.

Mohd Daudsu ketika ditanya mengenai sokongan diterima itu, mengakui terharu dan berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan penyokong Kelantan.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak menyalahkannya dan tetap menyebelahinya.

“Terima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

“Saya akan terus berbakti kepada pasukan Kelantan dan membantu Kelantan untuk menjuarai Liga Super,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan di laman Facebook peribadinya, bahawa tiada sesiapa perlu di persalahkan atas kekalahan Kelantan.
“Semua pemain sudah buat yang terbaik dan gol Daudsu adalah takdir. “Daudsu tidak boleh dipersalahkan,” katanya

275 bawah umur mohon nikah

Label:

(Pasangan Muda- Siti Maryam Mahmood (berumur 15 tahun) dengan suaminya Abdul Manan Othman (24 tahun) yang menimbulkan kontroversi suatu ketika dulu)

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Sejumlah 275 permohonan nikah membabitkan remaja lelaki dan perempuan bawah umur difailkan di negeri ini sejak tiga tahun lalu, dengan lebih 90 peratus daripadanya membabitkan gadis berusia kurang 16 tahun.

Perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dilapor semakin meningkat sejak 2008 dan dikatakan ada kaitan dengan beberapa masalah termasuk peningkatan gejala sosial, kemudahan teknologi komunikasi seperti penggunaan laman sosial seperti Facebook dan kesempitan hidup.

Difahamkan, ada juga ibu bapa terpaksa membenarkan anak gadis bernikah bawah umur dan mengaku di depan Hakim Syarie mereka tidak mampu menjaga anak yang didakwa terlalu 'liar' dan menganggap pernikahan jalan terbaik bagi mengelak perkara tidak baik berlaku.

Sumber Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata, sejumlah 75 permohonan kebenaran nikah bawah umur direkodkan sepanjang 2008 dan jumlah itu meningkat 35 peratus kepada 101 kes tahun lalu.

Katanya, ada juga kes membabitkan keluarga miskin di kawasan pedalaman menganggap tindakan mengahwinkan anak gadis mereka dengan orang berada, dianggap dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak.

Malah, katanya, ada ibu bapa tidak sabar mengahwinkan anak gadis masing-masing sebaik mencecah usia 16 tahun, terutama jika anak itu sudah tidak mampu meneruskan persekolahan.

"Bagi keluarga miskin yang ada anak gadis berwajah cantik, akan dibenarkan kahwin jika ada pihak `meminta' walaupun mereka baru berusia 15 tahun. Kes ini banyak berlaku di Sik dan Baling.

"Justeru, ibu bapa menganggap lebih baik anak mereka dikahwinkan awal, kerana sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan keluarga, apatah lagi jika lelaki terbabit orang berada yang diyakini dapat memberi kehidupan lebih terjamin terhadap anak mereka," katanya.

Sementara itu, bagi anak gadis yang dianggap 'liar' pula, sumber itu berkata, perkahwinan dianggap jalan penyelesaian terbaik untuk membendung pergerakan mereka, sebelum terlambat.

"Walaupun dilihat seperti memperjudikan masa depan anak gadis, namun ramai ibu bapa menganggap ia risiko sanggup ditanggung, berbanding melepaskan anak bergaul bebas sehingga mengandung luar nikah," katanya.

Difahamkan, ada di kalangan remaja yang berkahwin muda mengaku di depan Hakim Syarie mereka berkenalan melalui laman sosial sebelum membuat keputusan bernikah bagi mengelak terlanjur.

"Apabila ditanya alasan mahu berkahwin awal, mereka memberi alasan tidak mahu melakukan dosa, selain mengakui pernikahan tidak menghalang mereka terus bersekolah," katanya.

Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, had umur minimum pasangan lelaki dibenarkan berkahwin ialah 18 tahun, manakala perempuan 16 tahun. Enakmen itu juga menyebut perkahwinan bawah umur hanya boleh dilakukan dengan kebenaran Hakim Syarie.

Sumber itu berkata, ada juga kes pasangan remaja bawah umur yang berkahwin, kembali ke Mahkamah Syariah untuk bercerai tidak sampai setahun perkahwinan kerana tiada persefahaman.

Belaian manja urutan bogel di Kota Damansara

Label:

Saya petik:
 
[SH] PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang sedang menikmati belaian manja tukang urut bogel warga Thailand tersentak apabila pusat urut yang dikunjunginya diserbu pihak berkuasa malam kelmarin.

Ketika ditahan lelaki dan wanita itu terpinga-pinga dan hanya sempat mengenakan tuala untuk menutup sebahagian tubuhnya.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa (hiburan) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Khir Johari turut menahan empat lagi wanita warga Thailand berusia 20 hingga 25 tahun yang bekerja sebagai tukang urut dan seorang penjaga kaunter berusia 40 tahun di premis sama selepas siasatan mendapati ke semuanya masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong.

Berdasarkan pemantauan, pusat urut yang beroperasi di Kota Damansara sejak beberapa bulan lalu itu menjadi tarikan dan popular dalam kalangan lelaki hidung belang kerana menawarkan perkhidmatan ‘tambahan’.

Pusat urut yang mengenakan bayaran di antara RM150 untuk perkhidmatan selama satu jam itu dipercayai turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya.

Operasi bersepadu MBPJ, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat D7 IPD Petaling Jaya kemudiannya turut menyerbu lima lagi pusat urut yang beroperasi di sekitar Desa Mentari dan SS2 .

Hasilnya dua daripada lima premis terbabit didapati tidak berlesen manakala 11 tukang urut wanita Islam berumur 20 hingga 30 tahun termasuk seorang tukang urut yang sarat mengandung turut ditahan bersama seorang pelanggan lelaki.

Pengarah Penguat Kuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, tujuan operasi itu dibuat adalah untuk mengesan premis tidak berlesen yang melanggar syarat lesen termasuk membanteras aktiviti tidak bermoral dalam kalangan umat Islam.

Menurutnya, dua premis tidak berlesen dan satu kompaun dikeluarkan kerana melanggar syarat lesen.

“Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (MBPJ) 2007 manakala warga asing berkenaan ditahan polis kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Rompak bank guna mercun

Label:

Saya petik:

[HM] KAJANG: Bermodalkan sepucuk pistol palsu dan dua biji mercun, seorang perompak melarikan wang tunai kira-kira RM80,000 dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Taman Taming Jaya, Balakong, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu berlaku begitu pantas, apabila perompak berkenaan yang memakai rambut palsu separas pinggang mengacukan pistol ke arah kakitangan dan pelanggan bank.

Difahamkan, suspek turut melemparkan mercun sebelum melarikan diri bersama hasil rompakan.

Seorang saksi enggan dikenali yang berada di dalam bank ketika kejadian berkata, perompak itu mengugut mahu mencederakan sesiapa yang melawan sebelum melompat masuk ke kaunter dan mengacukan pistol ke arah kepala salah seorang kakitangan bank.

Katanya, perompak itu mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam beg yang dibawanya.

“Selepas mengambil wang itu, dia memanggil kakitangan bank lain supaya keluar untuk dijadikan tebusan sebelum meloloskan diri dari bank itu.

“Sambil mengacukan pistol ke arah pinggang kakitangan bank itu, dia berjalan keluar sejauh sepuluh meter sebelum terus bertindak melarikan diri dan mencampakkan pistol mainan itu ke dalam parit berdekatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Saksi itu berkata, suspek kemudian melarikan diri sejauh 50 meter sebelum menaiki sebuah motosikal yang menghala ke jalan utama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, rompakan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang memakai rambut palsu separas pinggang dan dipercayai menggunakan pistol palsu bagi menakutkan orang awam.

Katanya, suspek melompat ke kaunter dan mengacukan pistol di kepala seorang kakitangan bank serta menyuruhnya memasukkan wang ke dalam beg yang diberi.

“Selepas selesai, suspek melompat keluar dan mengacukan pistol ke arah kakitangan lelaki yang dijadikan tebusan sebelum dapat keluar dari bank itu.

“Suspek melarikan diri dengan menggunakan motosikal jenis Honda EX5,” katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
 
(Gambar hiasan)

Apa la PAS ni...Tiru "Negara Berkebajikan BN". Kah kah kah....

Label:

Saya petik:

[SH] PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara berkebajikan, baru terfikir oleh Pas, sudah lama dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN berkata, Pas patutnya tidak mengambil modal dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra menepati ciri kebajikan, yang semuanya sudah dinikmati rakyat sejak sekian lama.

“Saya pelik dan ajaib, ada mencanangkan negara berkebajikan... mereka baru terfikir?” katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di sini, semalam. Terbaru, Pas melaungkan untuk memperjuangkan negara berkebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang bagi menubuhkan negara Islam.

Berucap pada majlis, Najib turut menyatakan umat Islam sewajarnya memperbetulkan ehwal mereka dahulu sebelum mampu menjadi obor umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.

“Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah-olah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar,” katanya. 
P/s: Komisyen kapal selam scorpene beratus-ratus juta kerana nak buat negara berkebajikan ke?.... 

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi

Label:

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

“Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

“Ini gambaran bahawa pentadbiran Umno selama ini berlaku kebobrokan,” ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, beliau percaya Khir Toyo menjadi mangsa kambing hitam pimpinan Umno Selangor sendiri, iaitu Datuk Noh Omar yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

“Ini semua satu perangkap yang dipasang Noh serta rakan pimpinan Umno Selangor dan mangsa yang dikambing hitam ialah Khir,” kata Shuhaimi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Khir dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran daripada Pengarah Ditamas, Shamsudin Haryoni.

Bagaimanapun, Shamsuddin dibebaskan mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan Khir awal bulan ini.

Dalam pada itu, Shuhaimi menyuarakan kesangsiannya sekiranya Khir akan disabitkan bersalah, berdasarkan kes-kes rasuah sebelum ini yang ditutup dengan pelbagai alasan.

“Kes ini kemungkinan besar akhirnya ditutup seperti contoh kes melibatkan Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Rafidah Aziz, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi terlepas dengan alasan mengaitkan kesilapan teknikal dan sebagainya.

“Sebab itu kita menyarankan supaya memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diletakkan fungsinya dan diberi tanggungjawab kepada Parlimen,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya bijak memilih kerajaan yang menolak amalan rasuah.

“Rakyat boleh menilai dengan melihat apa yang berlaku dan selagi kes-kes rasuah ditutup dan disembunyikan, maka lagi bertambah keraguan rakyat kepada pemerintah.

“Oleh itu, rakyat perlu bangkit sokong usaha Pakatan Rakyat untuk menangani gejala rasuah dan penyelewengan oleh pemimpin Umno,” katanya.

PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam

Label:

Saya petik:
[HD] SHAH ALAM, 10 Jun: Isu Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir 2010, hari ini dilapor secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyerahkan memo bantahan kerana mempunyai unsur penyelewengan dalam projek hospital itu kepada SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut Khalid, pihaknya telah menerima beberapa dokumen berhubung projek bernilai RM482 juta itu yang kini terbengkalai.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, dokumen-dokumen itu menimbulkan kesangsian pihaknya terhadap ketelusan perjalanan projek serta pengurusannya.

Laporan berlangsung selama dua jam itu telah diterima sendiri Pengarah SPRM Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ja'afar Mahad di pejabatnya.

Kata Khalid, dokumen itu adalah surat Frontier Structure (FS) Sdn Bhd pada 23 Ogos 2010 kepada Pengarah Sunshine Fleet (SF) Sdn Bhd yang menawarkan nilai sub-kontrak bernilai RM30 juta sekiranya pembinaan diserahkan kepada FS.

Dokumen lain adalah surat Kementerian Kewangan pada 22 Mac 2011 mengarahkan tender yang telah diputus dibatalkan dan dipanggil kembali GM Healtcare Sdn Bhd dan FS dalam tender baru.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam itu, SF merupakan kontraktor utama projek ini yang berjaya mendapat projek ini secara rundingan terus pada 2008.

"Kemampuan mereka mendapat projek ini secara rundingan terus adalah bukti hubungan rapat mereka dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia .

"Tawaran RM30 juta dijangka sebagai insentif menggunakan pengaruh mereka supaya tender dipanggil semula dengan FS dijemput menyertai tender baru," jelasnya.

Khalid berkata amat menghairankan bagaimana syarikat tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor Kelas A disebut untuk dijemput menyertai tender sebegini.

Katanya, dengan dibekalkan surat dari FS kepada SF adalah jelas ia dilakukan bukan secara kebetulan sebaliknya hasil penyalahgunaan pengaruh yang didorong ganjaran tertentu.

Adalah juga disyaki penundaan tender adalah untuk memungkinkan FS memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hilmi Radzuan mendesak pihak berkaitan segera selesaikan pembinaan hospital itu kerana melibatkan kebajikan rakyat Shah Alam sekitar sejuta orang.

"Amat malang Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah ibu negeri Selangor yang paling maju di negara ini tetapi belum mempunyai hospital sendiri dan terpaksa menumpang di Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.

"Perasaan rakyat lebih menderita bila timbul isu projek terbengkalai sudah beberapa tahun terakhir sedangkan sakit setiap hari menyerang rakyat," tegasnya

Pemandu bas ini tayang video lucah dalam bas kena tiga tahun

Label:

Saya petik:

[BH] AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa

Pemimpin Gerakan akan hadir perhimpunan BERSIH 2

Label:

Saya petik:
[MK] Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat.

"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya neg

Awas!! Bomoh pun kena saman

Label:

 Saya petik:

Bomoh saka kalah saman

[BH] JOHOR BAHRU: Seorang bomoh diperintah oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, supaya membayar balik RM19,500 kepada seorang wanita ekoran kegagalannya mengubati penyakit bapa pemohon yang didakwanya terkena saka.

Bomoh yang juga seorang jurunikah dari FELDA Waha, Kota Tinggi, Zakaria Lagiman, 49, diperintahkan oleh Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membayar balik wang terbabit dalam tempoh 14 hari bermula semalam, selepas meluluskan tuntutan yang difailkan oleh suri rumah, Zaharah Yusuf, 51.
Dalam tuntutannya, Zaharah berkata, pada Disember 2008, bapanya, Yusuf Abdul, yang ketika itu berusia 108 tahun dibawa mendapatkan rawatan tradisional daripada Zakaria di rumahnya.
“Ketika itu, saya dan dua lagi adik, diberitahu oleh Zakaria yang 12 saka menghuni dalam tubuh bapa kami, menyebabkan beliau mengalami masalah kesihatan
ketika itu.

“Ekoran itu, kami tiga beradik membelanjakan wang RM19,500 itu seperti diminta Zakaria untuk mengubati bapa. Kami membelanjakan wang yang banyak untuk melihat bapa pulih sepenuhnya, apatah lagi bomoh itu berkata kos dikenakan termasuk membeli lima helai daun epal jin yang berharga RM1,500 sehelai serta minyak wangi Firdaus.

“Namun, kami kecewa kerana Zakaria langsung tidak mengubati bapa kami dengan alasan dia sendiri tidak sihat, sedangkan wang dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali antara Disember 2008 hingga akhir 2009,” katanya.
Zaharah berkata, bapanya meninggal dunia pada 17 Februari tahun lalu, tanpa menjalani sebarang proses perubatan yang dijanjikan Zakaria. Berikutan itu, beliau dan keluarganya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit.

Ketika prosiding TTPM berlangsung semalam, Zaharah hadir bersama ahli keluarganya, manakala Zakaria yang tidak hadir sekadar mengutuskan sepucuk surat memaklumkan beliau tidak sihat.

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Zaharah berkata, tindakannya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit adalah sebarang pengajaran.

“Mungkin ada yang tidak berani bersuara. Namun saya dan keluarga hanya mahukan keadilan untuk Allahyarham bapa kami, kerana selepas banyak wang dilaburkan untuk tujuan perubatan, namun dia (pengamal perubatan terbabit) tidak mengambil sebarang langkah mengubati penyakit bapa kami seperti yang didakwanya,” katanya

Jururawat diculik nyaris dijual

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.

Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.

(Gambar hiasan)

Surat Mahathir kepada Tok Guru Nik Aziz - "Penolakan Hukum Hudud"

Label:

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Ahli politik ini cadang lelaki simpan hamba seks!!

Label:

Saya petik:

[kosmo] KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.

Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik.

Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi
P/s: Benarkah dakwaan si wanita ini? 
‘Keluar kelambu jatuh talak’
Isnin, Jun 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Sabtu, Jun 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Jun 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai