
Tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel pada 1993, 1997 dan 1999 yang didedahkan oleh akhbar tempatan benar-benar menginsafkan. Ia menonjolkan keprihatinan Dr Mahathir terhadap nasib buruk rakyat Palestin.
Sekaligus ia juga melaungkan sikap Dr Mahathir mahu sengketa sesama jiran diselesaikan melalui rundingan. Di segi perhubungan antarabangsa, ia membuktikan betapa konsisten dasar Malaysia bila berhadapan dengan konflik di antara negara serantau.
Bagaimanapun agak malang, keluhuran dasarnya ini kini tercemar oleh keghairahan pihak berkuasa dan peneraju media Malaysia hari ini untuk menjadikan dasar dan sikap negarawan ini sebagai modal untuk kepentingan politik semasa Malaysia.
Sama ada sengaja atau tidak, dalam usaha mengaut dividen politik, soal dasar yang mulia ini telah dipesongkan. Gejolak untuk memomokkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh pemimpin kerajaan hari ini, termasuk Menteri Luar yang mengizinkan surat-surat Mahathir disiarkan pada umum, meninggalkan natijah yang menonjolkan kedangkalan dan niat buruk mereka sendiri.
Perhatikan kandungan surat Dr Mahathir pada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 8 Jun 1999. Antara perkara utama Dr Mahathir mengisyaratkan:
1. Beliau (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri Malaysia mengiktiraf sistem pilihan raya umum Israel. Sebab itu beliau mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak yang baru memenangi pilihan raya negara itu.
2. Jika Dr Mahathir menganggap kemenangan itu sah, ini bererti Barak berdiri sebagai perdana menteri Israel dengan cara sah sekaligus mengakui kesahihan kewujudan Negara Israel. Ini ditokok dengan hakikat bahawa Israel adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Bersatu (United Nations).
3. Dr Mahathir juga sebelum itu mengalu-alukan Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama Di antara Israel dan PLO seperti dalam surat 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Malah Dr Mahathir menegaskan penglibatan Malaysia menjadi Negara Penderma dan diwakili dalam Persidangan Damai di Washington.
4. Dr Mahathir mengingatkan Ehud Barak bahawa untuk menjamin perdamaian benar-benar berlaku di rantau itu, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Anak kuncinya, menurut Dr Mahathir, ialah bertolak ansur. Katanya, rakyat Palestin tidak lagi menuntut penghapusan Israel. “Mereka malah bersedia berkongsi Baitulmaqdis,” kata beliau.
5. Sebab itu, Dr Mahathir menegaskan pendirian “Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak , sama ada rakan atau musuh”.
6. Sebagai kemuncak meraikan iltizam tulen untuk mencari damai di bumi Palestin dan Israel, Dr Mahathir “mengula-gulakan” bahawa “penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel”.
Demikian hatibudi dan sikap kenegarawanan Mahathir.
Kini bandingkan sikap Anwar Ibrahim apabila memberitahu Wall Street Journal bahawa “keselamatan Israel perlu dijamin sementara hak sah rakyat Palestin perlu dipertahankan”. Apa bezanya sikap Anwar dengan bekas sifunya, Dr Mahathir sendiri?
Kedua-duanya tahu bahawa menggertak Israel bererti mencabar Amerika Syarikat. Malah ada sosek politik antarabangsa bahawa Dr Mahathirlah yang menasihati Almarhum Yasser Arafat supaya menerima penyelesaian menurut dasar “Dua Negara” dengan Israel.
Ini mungkin ada kebenarannya jika surat Dr Mahathir kepada Benjamin Netnyahu pada 14 Mac 1997 dijadikan sandaran.
Tambahan pula perkembangan mutakhir selepas Gelombang Kebangkitan Arab” atau “Arab Spring” menunjukkan kebijaksanaan ahli-ahli politik yang mendapat inspirasi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih kuasa di Mesir, Tunisia dan Libya mula “bercakap” dengan Israel.
Bukankah ini selari dengan pemikiran Dr Mahathir yang mahu pemimpin-pemimpin Palestin memberi peluang pada diri mereka sendiri membina Negara Palestin tanpa “gangguan” Israel dengan mengadakan “engagement” dengan Yahudi?
Namun kalangan yang berfikir tahu hasrat dan mengapa media arus perdana serta politikus kurang daya berfikir di Malaysia membesar-besarkan isu yang tercetus daripada wawancara Anwar dengan Wall Street Journal.
Pertama, mereka mahu mengkiaskan Anwar memang berbaik dengan Yahudi dan mahu menggunakan hubungan intim ini untuk melonjakkan peluang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malangnya kini, surat-surat Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel sebenarnya mengesahkan pemikiran Anwar tidak jauh daripada dasar Dr Mahathir.
Kedua, politikus muflis dan pengarang dangkal ini mahu mengadu-domba Anwar (PKR) dengan sekutunya, PAS. Malangnya, ini sebenarnya memberi kesempatan pada Anwar untuk memperjelaskan di antara doktrin PAS dalam hubungan Yahudi dengan dasar Pakatan Rakyat dalam menentukan dasar luarnya apabila memerintah Malaysia. Ini ada beza dan PAS faham perbezaan ini.
Namun yang menggelisahkan ialah, strategi dan langkah dangkal editor pengamal media arus perdana membayangkan ada kemungkinan ketiga – dengan menguar-uarkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merestui pendedahan surat Dr Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya.
Mungkinkah Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel? Adakah Najib juga mahu memutuskan rantai kebergantungannya pada “petunjuk” Mahathir dalam politik. Adalah jelas bahawa mutakhir ini Mahathir memang mendapat banyak publisiti.
Tidak mungkinkah Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara? Adakah Najib hendak menyamakan “nafsu Mahathir untuk terus memerintah Malaysia” dengan keghairahan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah mesej yang hendak dilontarkan Najib bahawasanya kedua-dua (Mahathir dan Anwar menyokong dan mengiktiraf Israel?)
Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi. Terima kasih pada Anifah Aman, editor media arus perdana dan politikus bankrap dalam kerajaan serta bekas rakan-rakan Anwar.
Inisiatif ini nampaknya sudah menjadi senjata makan tuan. -Malaysiakini
Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, 2 Mac: Sultan Muhammad V berharap projek-projek yang telah dirancang dilaksanakan di negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Titah baginda bagi RMK-10 yang bermula 2011 hingga 2015 menggunakan pendekatan format pelan pusingan (rolling plan) yang dilaksanakan sejak tahun lepas memfokus pembangunan tempoh dua tahun.
“Pembangunan kepada tempoh dua tahun berdasar keupayaan kewangan semasa kerajaan Persekutuan.
“Beta berharap projek-projek yang telah dirancang untuk Kelantan melalui RMK-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya,” titah baginda pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-12 semalam.
Menurut baginda juga pada tahun lepas Kelantan menerima pelaburan hampir RM1.4 bilion meliputi bidang hartanah, pertanian, pembuatan dan tenaga diperbaharui.
Oleh itu baginda berharap kemasukan pelaburan tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali yang dijangka siap pembinaan tahun ini.
Selain itu pembangunan Bandar Baru Tunjung semakin rancak, di samping rakyat akan menerima kesan berganda daripada projek-projek yang dilulus tahun lepas.
Sultan Kelantan juga bertitah gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) sudah mulai dikeluarkan.
“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,” titah baginda.
Saya petik:
[HM] AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.
“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.
BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.
Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.
Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.
Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.
Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP
Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Pas mendakwa sebuah unit belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat parti itu Januari lalu, dalam masa terdekat ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Saya difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan Ali diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh daerah.
"Saya mahu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan sumber peruntukan itu, kerana cawangan strategi urat saraf itu tidak diiktiraf JBA," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.
Mahfuz turut tidak menolak Barisan Nasional menggunakan Hasan bagi mendekati kumpulan belia sebagai persediaan pilihan raya akan datang.
"Kajian telah menunjukkan, sejak PRU 2008, 65 peratus hingga 75 peratus pengundi muda mula beralih arah kepada pembangkang.
"BN sedar hakikat ini, maka mereka menggunakan Hasan Ali untuk mengubah persepsi golongan muda ini," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.
"Saya nak tengok mereka jawap apa... Apakah programnya, siapa, saya akan dedahkan pada sesi parlimen akan datang. "Saya juga percaya selepas saya mendedahkan perkara ini, kemungkin siri jelajah itu akan dihenti atau dilakukan secara senyap-senyap," katanya.
Tuk Kiyai: Jika benar, patut la 'rajin' sangat buat road tour...kah kah kah. Menghabiskan duit rakyat

KUANTAN, 2 Mac - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mendakwa Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz (foto) kemungkinan besar akan menfailkan tindakan saman terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Ustaz Dr. Badrul Amin Bahron bahawa jabatan itu (JAIP) terlibat dengan konspirasi untuk mengaibkan beliau. Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak sejak kes ini menjadi kontroversi baru-baru ini. Tindakan saman juga boleh diambil terhadap tokoh agama itu, atas tuduhan mensabotaj JAIP dan menghina sultan. Ia berikutan tindakan Dr.Badrul Amin mutakhir ini yang jelas telah mendahului siasatan, sedangkan JAIP hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan dalam enakmen dan perkara itu telah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang sendiri. Menurut kenyataan itu lagi Timbalan Pengarah JAIP sedang membuat pertimbangan untuk menyaman Dr.Badrul Amin dan kesemua mereka yang terlibat memalukan nama jabatan terbabit. Sebelum ini PDO ada melaporkan bahawa PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah JAIP berhubung kenyataannya yang dilihat meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik Dr.Badrul dan juga parti itu (Parti Keadilan Rakyat). Tambahan pula kes itu berlaku sehari menjelang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb lalu.
[Sesuatu yang sungguh mengejutkan melihat perkembangan terbaru kes ini. Pihak JAIP berhak mempertahankan agensi terbabit memandangkan begitu banyak dakwaan dan tohmahan yang mereka terima sejak kes ini dihebohkan. Apapun, semua pihak kini keliru dengan perkembangan kes ini. Berbagai-bagai versi dan persepsi yang diwar-warkan oleh berbagai pihak menyebabkan ia semakin panas dan cukup mendebarkan. Apa yang pasti, sama ada ia berlaku atau pun tidak maka biarlah pihak yang berkenaan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Tindakan pihak yang tertuduh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan pasti akan mengundang lebih banyak persoalan. Maka itu, eloklah kesemua pihak mengambil sikap berlapang dada dalam hal ini. Jika, tidak bersalah maka sudah pasti tiada masalah yang akan timbul. Namun, jika ada masalah sudah pasti ia akan lebih merumitkan nanti. Justeru, berhati-hatilah buat kenyataan. Jangan sampai orang melihat kita cuba sembunyikan sesuatu].
Sumber: Pahangdaily
Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar letupan amat kuat sebelum melihat adik melambung dan jatuh tertiarap dalam keadaan badannya berlumuran darah serta berasap.”
Demikian kata Saiful Eszwan Md Esa, 35, menceritakan kejadian adiknya, Norasyikin, 27, menjadi mangsa bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di depan pagar rumah mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina, di sini, semalam.
Saiful Eszwan, 35, berkata ketika kejadian pada jam 8.40 pagi itu, dia membaiki motosikal di bangsal kira-kira tujuh meter dari pintu pagar rumahnya.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika adiknya hendak keluar dari pagar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu, Norasyikin memberitahu ada satu kotak bersaiz kotak kasut diletakkan di luar pintu pagar rumah.
“Saya menasihatinya supaya tidak menyentuh kotak itu. Saya tahu dia membuka pintu pagar, tetapi tidak perasan dia mengangkat kotak itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Saya petik:
[kosmo] JOHOR BAHRU — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor hari ini membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Kota Masai di sini yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta menyebarkan gambar tersebut di Internet Disember tahun lepas.
Laporan dibuat oleh Pegawai JKM, Mohd. Faizal Abu Bakar tengah hari tadi di Balai Polis Sentral dengan diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Timbalannya, Bazlan Ismail.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khatijah berkata, laporan terhadap wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis, memandangkan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap kanak-kanak.
"JKM membuat laporan mengikut Seksyen 29 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengasuh terbabit mencederakan kanak-kanak dari segi fizikal dan emosi dan tidak memaklumkannya kepada JKM. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi Seksyen berkenaan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Berikutan itu, polis telah memanggil dua bekas pengasuh yang sudah diberhentikan dari Taska berkenaan sejak Januari lepas untuk direkodkan keterangan mereka. — BERNAMA
Saya petik:
[MK] Bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Chandra berkata, keadaan itu berlaku walaupun dalam Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.
"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.
Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.
Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."
Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.
Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.
Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.
Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.
(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)
Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.
Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).
Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.
Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).
Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu tadbirnya, Rosli Busro membayar denda RM400,000 setiap seorang bagi lapan pertuduhan yang disabitkan terhadap mereka.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh juga mengarahkan kedua-dua tertuduh dipenjarakan selama enam tahun bagi setiap kesalahan dan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh hukuman.
Beliau turut mengarahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara selama setahun bagi setiap hukuman denda sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.
Saya petik:
[kosmo] KUANTAN - Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.
"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.
"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.
"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.
Tuk Kiyai: Jangan pula nanti ada tangan-tangan 'setan' yang menghalang rakaman CCTV ini didedahkan..Kalau CCTV itu didedahkan, dapatlah kita tengok muka-muka mereka yang terlibat.
Saya petik:
[SH] KOTA BHARU – Seorang warga emas gagal menahan sebak lalu menangis di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.
Pengutip kotak berusia 61 tahun dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku memperdayakan seorang wanita warga Indonesia bagi tujuan pemuas nafsu seks yang dilakukannya antara Jun dan Disember tahun lalu.
Terdahulu tertuduh, Yusoff Mat Rani ataupun dipanggil “Pak Su” diiringi anggota Imigresen tenang ketika keluar dari mahkamah, namun selang beberapa minit kemudian dilihat mengesat air matanya.
Tertuduh didapati bersalah memperdagangkan mangsa, yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Limau Manis di sini.
Hakim Azman Mustapha dalam keputusannya mensabitkan tertuduh mengikut Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 19 Januari lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin dalam hujahannya memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan menjelaskan tindakan tertuduh itu mungkin boleh menggugat hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tertuduh bagaimanapun merayu supaya dikenakan hukumannya ringan dengan alasan dia sudah tua.
“Pakcik sudah tua dan pakcik juga sudah jujur dengan Yang Arif. Pakcik mohon hukuman pakcik diringankan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan berita seorang wanita Indonesia terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki berusia selepas melarikan diri dari majikannya di sini, Jun lalu.
Tidak tahan dengan situasi itu, mangsa sekali lagi melarikan diri dan meminta bantuan Imigresen.
Saya petik:
[MK] Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.
Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.
Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.
Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.
P/s: Tahu nak cekik duit rakyat je...