Berkopiah, berbaju Melayu dan berkain pelikat itu adalah Sultan negeri saya dan yang berjubah itu adalah menteri besar negeri saya.
Inilah pemimpin contoh, bersesuaian dengan slogan kepimpinan melalui teladan. Bukan cakap tak serupa bikin seperti seorang menteri umno menyeru rakyat mencontohi akhlak Rasulullah tetapi anak sendiri mendedahkan aurat...Apa cerita? Ada pemimpin jaga undang-undang tetapi anak sendiri kaki pukul...Apa cerita?
Fikir-fikirkan...
[MK] Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.
Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.
Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk “beberapa syarikat.”
Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Kristen Stewart and Emile Hirsch merupakan pelakon utama filem 'Into the Wild'.
Saya petik:
[mstar] PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.
ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.
Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.
“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.
"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.
P/s: Tak habis-habis karenah TV3 suku ini!! Bagaimana boleh tersilap siar perkara sebegitu rupa....Itu bukan adegan kurang sopan dah...Itu sudah adegan lucah. Apa tidaknya, sudah nampak 'anu' si pelakon itu....
Sekadar hiasan
Saya petik:
[HM] KLANG: Perkenalan yang baru berputik selama enam hari bertukar tragedi buat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dirogol teman lelakinya yang berusia 16 tahun, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa, di sini.
Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar.
Mangsa yang baru saja berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan dari Teluk Intan, Perak sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama sejak enam hari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu hanya mengikut saja ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong.
“Suspek mengajak dan memujuk mangsa ke sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam selepas bersiar-siar. Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral bagaimanapun mangsa enggan.
“Bengang apabila ajakannya untuk melakukan seks ditolak, suspek berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa bertindak memperkosa mangsa.
“Mangsa kemudian pulang ke rumahnya bersendirian sebelum bersama keluarganya membuat laporan polis. Mangsa dirawat di hospital berikutan kejadian,” katanya.
Susulan laporan itu, Mohamad Shukor berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 13 April ini.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut.
P/s: Jadikan pengajaran!!
Saya petik:
[MK] Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.
Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.
Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.
Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.
Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.
P/s: Jangan esok cakap lain pulak! kah kah kah...
Saya petik:
[BERNAMA] KLANG: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan teman lelakinya, berusia 13 tahun, hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Shalina Sundiri Abdullah, 42, telah mendera mangsa dengan menyimbah air panas, memukul menggunakan getah paip dan kayu besar serta memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu.
Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kelima-lima pertuduhan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mei 2011.
Siti Noraida turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas bapa kanak-kanak itu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dengan memukulnya menggunakan kayu.
Shalina didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di sini, antara 25 Dis 2010 sehingga akhir April tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Bapa kanak-kanak malang itu yang berumur 40 tahun dan berasal dari Bentong, Pahang juga didakwa menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mangsa di tempat dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, bapa kanak-kanak itu membawa anaknya tinggal bersama-sama dengan teman wanitanya pada cuti sekolah pada akhir tahun 2010.
Sepanjang berada di sana, Shalina mengarahkan kanak-kanak itu membuat kerja-kerja rumah dan tidak membenarkan mangsa ke sekolah selepas sesi persekolahan tahun berikutnya bermula.
Malah mangsa dipukul setiap hari oleh tertuduh atas alasan kanak-kanak itu tidak melakukan apa yang disuruhnya.
Pada masa sama, budak perempuan itu turut didera oleh bapa kandungnya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.
Akhbar sebelum ini melaporkan penderaan ke atas kanak-kanak itu terbongkar apabila teman wanita bapanya menghantar mangsa ke satu pusat jagaan kanak-kanak di Taman Radzi di sini pada 6 Mei tahun lepas.
Kakitangan pusat itu ternampak kesan kecederaan pada kanak-kanak itu dan kemudian membuat laporan polis.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa melawat kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Mei tahun lepas memberitahu pemberita bahawa mangsa perlu diberikan kaunseling secara berterusan berikutan trauma penderaan dahsyat ke atasnya.
P/s: Sepatutnya wanita ini dilakukan seperti apa yang dia buat kepada anak teman lelakinya itu....
Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.
Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
Sumber: Youtube
Betul ke PM memakai rantai leher? Anda lihatlah sendiri dalam rakaman di atas.
Anda pun tentunya tahu hukum memakai rantai leher bagi lelaki Islam....
Saya petik:
Sri Wani: 'Akak pun mohon pada ALLAH'
[SH] SHAH ALAM - “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.
Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengusaha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.
Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.
Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinannya selamat.
“Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak,” katanya.
Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.
Dia menceritakan, sejak diperintahkan mahkamah untuk tinggal berasingan antara beliau dan suami, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan sebuah universiti, sementara menunggu prosiding selesai, dia menumpukan perhatian kepada kerja bagi menghilangkan tekanan dan derita.
“Terima kasih akak ucapkan pada saudari. Akak percaya saudari adalah seorang wartawan yang baik hati,” katanya.
Berita mengejutkan itu bukan sahaja hangat dipaparkan di beberapa muka depan akhbar arus perdana, malah di laman blog dan portal berita online (talian terus).
Sri Wani terkenal sekelip mata apabila Bahrom memfailkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur, kerana mengesyaki isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu, adalah lelaki.
Susulan permohonan yang dibuat pada 17 Januari 2011 itu, mahkamah memerintahkan pasangan itu berpisah sementara sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pula menetapkan 23 April ini untuk memutuskan Sri sama ada dia perlu jalani ujian penentuan jantina atau tidak.P/s: Kita tunggu apa kesudahannya nanti...
Saya petik:
[MK] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.
"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.
"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.
"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.
Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.
Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.
Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.
Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.
Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.
Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.
PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.
Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.
"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Saya petik:
[HD] KAJANG, 8 April: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi lebam di mata selepas diserang seorang pemuda yang dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.45 pagi tadi ketika Mohd Abd Basir Alias (gambar), 45, Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang baru sahaja memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa di masjid berkenan.
Tiba-tiba, beliau didatangi sekumpulan pemuda yang juga ahli qariah di situ yang memarahinya sambil bercakap kasar dan menunjukkan jari ke mukanya.
Dalam suasana kecoh itu, salah seorang dari mereka tiba-tiba menghantukkan kepala kepada Abd Basir. Akibat tindakan itu, mata beliau bengkak dan lebam.
Selepas beberapa ketika difahamkan Pegawai Tadbir dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat tiba di situ bagi menenangkan suasana sekaligus menangguhkan mesyuarat itu ke suatu tarikh yang lain.
Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini.
Beliau dilihat bersama peguam Ahmad Denial Roslan membuat laporan polis itu kira-kira jam 10.20 pagi.
Bercakap kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis pagi tadi, Abd Basir meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang menimpanya hari ini.
"Saya tidak menjangkakan beliau akan menggunakan kepala sebab saya dah bersedia untuk mengelak jika beliau bertindak memukul saya menggunakan tangannya.
"Ini sesuatu yang sangat dikesalkan. Sebarang unsur samseng dan keganasan tidak sepatutnya ada di masjid," luahnya kecewa lebih lebih lagi ianya berlaku dalam masjid.
Selain itu beliau yang telah empat tahun menjadi nazir di masjid itu juga kecewa kerana mesyuarat yang dirancang sejak sekian lama terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan.
"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut serta bimbang keselamatan diri saya,"katanya lagi.
Turut hadir memberi sokongan moral di balai polis pagi ini termasuk AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Sementara itu, peguam Ahmad Denial menjelaskan kes tersebut dijangkakan akan disiasat di bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan) yang menyebabkan kecederaan.
"Abd Basir telah dicederakan dengan sengaja di mata kanannya lebam apabila dihantuk dengan kepala oleh seorang individu yang dikenalinya.
"Kita berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap individu tersebut kerana terdapat bukti dan saksi yang mengesahkan kejadian tersebut," jelasnya.
Difahamkan Abd Basir akan membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang berhubung kecederaan yang dialami olehnya selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis.
P/s: Agak-agaknya pemuda "syaitan" itu ahli solat berjemaah lima waktu di masjid itu atau ahli karaoke? Kalau ahli solat berjemaah lima waktu, tak mungkin perangai macam setan...Adik-beradik Abdullah bin Ubai gamaknya...Tak bolehkah berunding secara baik? Atau pemuda itu hendak menjadi "imam"? Pemuda itu ingat orang akan panggil tukang 'make up' untuk mandikan jenazah dan tahlil arwah...
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Suami kepada wanita yang sekelip mata mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana dipertikaikan status jantinanya memohon masyarakat menghentikan tuduhan negatif.
Berkongsi situasi bersama Sinar Harian, Bahrom Sanugi, 61, menerusi peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya tertekan dengan kritikan masyarakat. “Beliau minta diberi ruang agar tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar kepada umum, pelbagai spekulasi dan komen diterima," katanya.
Sekadar hiasan
Dilaporkan lebih 100 orang penduduk di Presint 8 Putrajaya telah berhimpun menyaksikan upacara mengoyak Harakah akhbar lidah rasmi Pas. Mulanya mereka bercadang untuk membakar tetapi tukar tektik kerana mungkin ingin menjaga suasana alam sekitar atau kerana dimurih polis.
Mereka mengoyak dan bencikan Harakah kerana akhbar lidah rasmi Pas itu boleh mempengaruhi penduduk. Pas sebelum ini dikatakan telah memberi secara percuma sebanyak 1000 hingga 1,500 naskah setiap minggu kepada penduduk dan warga Putrajaya.
Tindakan itu bagi saya sesuatu yang kurang cerdik kalau pun tidak sampai kebodohan. Tindakan didakwa Pas itu sebahagian oleh orang Umno tidak sepatut berlaku kerana ia lebih rendah dari tindakan kebudak-budakan. Orang Asli pun tidak koyak surat khabar.
Kenapa begitu takut kepada pengaruh Harakah? Kalau ikut logik Harakah hanya sebuah sahaja berbanding dengan puluh media milik Umno yang menghentam pembangkang dan melakukan propagan dan provokasi kepada rakyat.
Apabila mereka mengoyak Harakah menandakan media mereka tidak dapat memandingi pengaruh Harakah. Media penjilat buntut sudah hilang pengaruh dan wibawa. Sebelum berfikir untuk koyak mereka perlu membuat kajian kenapa Harakah diterima dan media penjilat buntut lain ditolak. Hasil kajian itulah nanti perlu dibuat pembaikan.
Saya dapat tahu media penjilat buntut tidak laku di Putrajaya. Naskah yang dihulur atau ditinggalkan di tempat-tempat awam termasuk masjid dan surat dibiarkan berlambak dan menjadi tempat kucing berak dan menyapu kencing.
Tindakan 100 orang itu juga memalukan dan mencemar Putrajaya dikenali sebagai kawasan elit di mana warganya berpendidikan tinggi dan hidup bergaya kelas. Kawasan itu di mana rumahnya tidak terpagar menandakan mereka mempunyai pemikiran educated, memiliki gaya hidup yang tinggi nilainya penuh dengan tolenrasi serta berakhlak.
Jadi apabila ada segelintir mereka yang berkudis di punggung bertindak mengoyak media masa ia telah mencemarkan imej keseluruh masyarakat yang dianggap berkelas di situ. Wajarlah kalau mereka yang terlibat dengan acara mengoyak Harakah itu keluar dari kawasan itu dan tinggal di Sembrong, Johor Machat Melaka atau di mana-mana tempat didiami samseng dan mereka yang tidak terkena angin tamadun yang suka menaikan sepanduk busuk dan menyembur kereta orang dengan cat biru. [wm.kl.5:03 pm 07/04/12]Sumber; MSO