Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS
[HD] LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.
“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.
"Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.
Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.
(Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya)
Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.
“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya.
Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.
Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.
Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.
“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang pengasas butik kecantikan hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap seorang peguam syarie dan firma guaman yang didakwa mengeluarkan kenyataan memburukkan dirinya kepada media.
Plaintif, Sri Wani Choo Abdullah, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau menamakan Muhammad Hafiz Abdul Rashid dan Tetuan Irsamuddin Hafiz & Associates sebagai defendan.
Dalam penyataan tuntutannya, Sri Wani mendakwa Muhammad Hafiz memberi kenyataan fitnah pada 5 April lepas kepada media.
Sri Wani mendakwa peguam itu turut mengeluarkan kenyataan di laman Youtube bertajuk 'Isteriku lelaki' yang didakwa memalukan dirinya, walhal beliau sedang berdepan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berkaitan isu jantina dan kes tersebut dijalankan secara tertutup.
Sri Wani mendakwa sebagai peguam syarie, Muhammad Hafiz sepatutnya bertindak profesional dan mematuhi etika kerana menjadi satu larangan di bawah Arahan Amalan No.4 2002, untuk memberi kenyataan kepada media tentang kes yang masih dalam perbicaraan, apatah lagi ia dijalankan secara tertutup, yang akan memalukan plaintif dan anak guam defendan sendiri iaitu suami Sri Wani, Bahrom Sanugi.
Plaintif yang hadir bersama peguamnya, Ahmad Izuddin Fakhrullah ketika memfailkan saman ini, turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah tersebut, perniagaannya mengalami kerugian lebih RM20,000 sebulan.
Selain menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi teruk, Sri Wani turut memohon ganti rugi teladan, satu injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan artikel dan video berkaitan dirinya, kos serta relif lain.
Ditanya tentang penyerahan writ saman kepada defendan, Ahmad Izuddin berkata ia dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi. - Bernama
|
Foto: Rakan FB
Terharu melihat foto ini...Tak RUGI mendekati dan menyayangi ulama...Dekatilah mereka selagi mereka masih ada....
|
|
|
Kah kah kah...Berkat kesabaran Shahrizat dan doa dari puluhan ribu golongan yang bergelar ibu dan isteri. Shahrizat didapati tidak terlibat dalam pemberian projek NFC kepada ahli keluarganya.
|

[HD] MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.
"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.
"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.
Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya.
"Perdana Menteri jawab 'no comment', Timbalan Perdana pun jawab 'No Comment', ini isu besar bukannya isu kecil, mengapa mereka tidak mahu komen.
"Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini berkata beliau melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi gambar itu tiada dalam simpanannya," tambahnya.
Ceramah yang julung kali dianjurkan atas nama Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang majoritinya orang Tionghua.
Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.
|

[SH] Kemaman – Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam.
Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.
"Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya keras tetapi tidak bersisik, ikan ini juga memiliki sirip berwarna merah," kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar, 63.
Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.
Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.
"Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.
|
|

[SH] IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
|
|
Nazmi Faiz Mansor
[SH] JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
Dengarkan pada minit 1.36
Anak dara ini mengatakan:
pada muka Tun Mahathir ada nur
pada muka Najib ada nur...
|
Persembahan Kumpulan Dal Shabet Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya Pada 26 Mei 2012
|