Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Calon Terbaik untuk Lawan Shahrizat Jalil?

Cabar Ketua Wanita Umno: Halimah Mahu Tunggu Dan Lihat

KOTA TINGGI: Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique meneruskan tanda tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."

Beliau demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di sini.

Anggota Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.

"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.

Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini. Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 September.

Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.

Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan anggota Umno. -BERNAMA 
-mStar

Tiada Keperluan Untuk Ahli Parlimen Isytihar Harta - Najib

PENDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan.

"Hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.

Pada Rabu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah. -mStar

P/s: Mungkin kenyataan Najib ini melegakan Ahli Parlimen BN...

Pembedahan pengerusi MyWatch berjaya, keluarga marah mengenai peluru

Perkembangan operasi pembedahan R Sri Sanjeevan doktor berjaya mengeluarkan peluru dari tulang rusuk mangsa dan peluru tersebut kini dibawa ke makmal forensik di Cheras bagi ujian dijalankan.

Ahli keluarga mangsa diberitahu Bukit Aman mengambil alih kes tersebut kini.

Bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan berkata pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor memaklumkan Sanjeevan akan memberi tindak balas respond dalam tempoh 48 jam.

Sementara itu penasihat Mywatch S Gobi memberitahu beliau akan ke Cheras bagi memastikan peluru itu berada di makmal forensik.

Awal tadi, ahli keluarga Pengerusi Mywatch pada ketika ini dilaporkan tidak bersependapat dengan polis tentang hak untuk menyimpan peluru berada dalam badan Sanjeevan.

Sanjeevan pada ketika ini menjalani operasi pembedahan bermula dari jam 2.30 petang tadi bagi mengeluarkan darah beku dari hatinya dan peluru dari tulang rusuknya.

Ramakrishnan berkata empat anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Jempol dan Seremban tiba tengah hari tadi untuk mengambil peluru bagi dijadikan bahan bukti namun ditolak oleh bapanya.

"Saya menahan mereka dan memberitahu mereka tidak boleh memasuki dalam bilik pembedahan," kata Ramakrishnan.

Beliau kemudiannya berjumpa dengan Pengarah Hospital Serdang untuk membuat permohonan melihat peluru sebaik saja selesai pembedahan.

"Pengarah itu sangat baik hati tapi beliau memberitahu kami polis negeri sembilan telah pun membuat permohonan melalui surat untuk mendapatkan peluru," katanya.

Ramakrishnan yang merasa bimbang akan nyawa anaknya itu menjelaskan mengapa beliau mahu Bukit Aman mengambil alih kes ini kerana mengesyaki polis Negeri Sembilan adalah dalang disebalik kes tembakan.

"Kita akan buat apa saja yang kita mampu untuk menghalang mereka dari mengambil peluru untuk dijadikan sebagai bukti," kata bapanya.

Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negeri Sembilan 27 Julai lalu.

Tembakan mengenai bahunya dan tulang rusuknya.

Menurut bapa Sanjeevan, sebelum insiden tersebut mangsa dikatakan menerima panggilan dari seseorang.

"Saya terdengar dia menjerit ketika bercakap dalam telefon, Sanjeevan ada menyebut tentang maklumat yang telah bocor dan akan memberitahu wartawan. Sanjeevan juga menyebut nama pegawai polis dari Negeri Sembilan," kata ayahnya.

"Setiap bukti harus di lakukan Bukit Aman termasuk siasatan kes ini," kata bapanya lagi.

Tambahnya nama pegawai polis yang disebut Sanjeevan ketika perbuatan telefon juga dilihat pernah melawat mangsa di hospital.

"Dia datang antara jam 10 malam dan 12.30 pagi. Pegawai itu datang melawat Sanjeevan tiga kali pada minggu lepas," kata Ramakrishnan.

Ramakrishnan berkata, dia tiada disitu ketika pegawai itu datang melawat kerana mereka tidak dibenarkan bermalam di hospital.

"Kami mengikut peraturan hospital. Kenapa dia tidak boleh mengikut perkara sama. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena,"katanya.

Difahami pegawai polis tersebut merupakan anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes itu.

Dua hari sebelum ini. Ramakrishnan membuat laporan polis meminta siasatan kes tembak anaknya dijalankan Bukit Aman.

Dia ditemani oleh penasihat Mywatch S.Gobi Krishnan, hadir di balai polis Travers, Kuala Lumpur.

Mereka juga menuntut untuk mengatakan pertemuan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Beberapa jam sebelum Sanjeevan ditembak, beliau menulis di laman Twitter mengenai seorang polis yang disyaki terlibat dalam sindiket telah menggut beliau dan keluarganya.

Sanjeevan juga dikatakan ada berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengadu kepada pemimpin itu mahu mendedahkan anggota polis yang turut terlibat dalam kegiatan sindiket dadah.

Sanjeevan mendakwa menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan memberi amaran kepada mangsa. - 15 Ogos, 2013.
-TheMalaysianInsider

Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya...

SHAH ALAM - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama
-sinarharian 

P/s: Tak bergaji rupanya anak Nazri ni...Bagusnya....anak bapak...Senangnya kalau bapak jadi menteri...semua boleh jadi...Kah kah kah

Padah bernikah di sempadan

SUNGAI PETANI – Sambutan Aidilfitri kali ini hambar bagi seorang ibu muda walaupun baru melahirkan bayi perempuan empat bulan lalu. Harapan mahu mengecap kebahagiaan setelah berjaya membina mahligai bersama lelaki dicintai hanya tinggal harapan semata-mata.

Menceritakan masalah dihadapinya, Azlina (bukan nama sebenar), 18, sanggup mengorbankan masa remaja untuk mendirikan rumah tangga walaupun pertemuan dengan bakal suami pada mulanya diatur oleh keluarga kedua-dua pihak.

Menurut Azlina, sebelum disatukan, mertuanya sering ke kampungnya di Tawar, Kedah kerana menguruskan proses pajak pokok getah berdekatan rumahnya.

Kemesraan yang terjalin antara bapa mertua yang dikenali sebagai Ahmad dengan kedua ibu bapa akhirnya menyebabkan Ahmad tertarik untuk menjadikan Azlina sebagai menantu.

Konflik tercetus 
Azlina berkata, kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran berkenaan dan akhirnya proses perbincangan diteruskan ke peringkat merisik dan bertunang. Dengan hanya berkenalan selama tempoh empat bulan, kedua-dua keluarga mengambil keputusan untuk menikahkan mereka.

Difahamkan, bagaimanapun, konflik tercetus apabila wang hantaran diletakkan kedua ibu bapa Azlina mendapat tentangan daripada pihak lelaki.

Disebabkan isu terbabit, keluarga pihak lelaki naik marah menyebabkan Ahmad membawa pulang Azlina ke kampungnya di Jeniang, Kedah dengan kerelaan Azlina.

Azlina yang sudi untuk berkahwin dengan bakal suami, Kamal, 26, (bukan nama sebenar) juga tidak bersetuju dengan keputusan keluarga yang meletakkan wang hantaran sebanyak RM7,824 kerana membebankan pihak lelaki.

Disebabkan mabuk cinta, Azlina kemudian bersetuju cadangan Ahmad supaya mereka dibawa ke sempadan Siam iaitu di Betong, Thailand untuk dinikahkan tanpa wali bapa yang berada di Ladang Ketemba, Tawar.

Menurutnya, bakal suami nampak sempurna, mendengar kata orang tua dan bertanggungjawab, tetapi setelah diijabkabulkan, hidup mereka seperti menempah neraka.

Tinggal asing dengan mertua 
Kamal dan Azlina dibenarkan tinggal di sebuah rumah kecil belakang rumah Ahmad bagi memberi peluang kedua pengantin baru itu menjalani hidup berdikari sebagai pasangan suami isteri.

Selepas itu, bermulalah episod duka dalam hidup Azlina yang kemudiannya dikurniakan seorang bayi pada Mac 2013.

“Hari demi hari, saya mulai kenal sikap Kamal sebenar. Sejak mula, dia sudah meminta wang dengan saya.

“Sekiranya tidak diberi, dia mula mengamuk dan memukul hingga saya tidak tahan. Apa lebih memalukan, dia mula ketagih air ketum menyebabkan keluarga terabai,” katanya.

Azlina berkata, Kamal ada menyatakan hasrat berhenti dari perbuatannya itu setelah mengetahui Azlina mengandung, tetapi, ia sekadar angan-angan kosong sahaja.

“Dia tetap ketagih minuman itu sehinggalah saya melahirkan anak. Bagaimanapun, dia masih dengan dunianya sendiri tanpa mempedulikan makan minum saya dan anak kami,” katanya.

Azlina berkata, sejak berpindah ke rumah belakang, kedua ibu bapa Kamal sudah tidak lagi mencampuri urusan mereka dan kesemuanya ditanggung sendiri.

“Cuma ada sesekali saya mengadu kepada mereka sekiranya tidak tahan dengan perangai panas baran dan suka memukul suami, namun dengan sikap Kamal yang sebegitu, mereka juga tidak mahu ambil kisah langsung kisah keluarga kami,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan sering dipukul dan diherdik, dia mengambil keputusan pulang ke kampung halaman mendapatkan bantuan kedua ibu bapa yang telah lama ditinggalkan.

Katanya, mujur kedua ibu bapa kandung memaafkan dan masih mengambil berat tentang dirinya selain bertekad mahu berpisah dengan suaminya. Bagi menjalankan proses perceraian, Azlina mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Perlu pengesahan dokumen kahwin sebelum cerai 
Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, pasangan tersebut perlu ke Mahkamah Syariah untuk proses tersebut.

“Mereka perlu mendapatkan surat akuan nikah terlebih dahulu untuk mendaftarkan nikah sebelum melakukan proses perceraian di Malaysia.

“Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan surat pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Thailand mengatakan pernah berlaku pernikahan di Betong serta beberapa dokumen sokongan berkaitan diperlukan,” katanya.

Menurut Zaiferi, segala dokumen berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Agama Daerah dan Mahkamah Syariah.

“Perbuatan bernikah di sempadan amat mengganggu institusi kekeluargaan Islam kerana seandainya berlaku konflik rumah tangga, pasangan sukar untuk mendapatkan kaunseling atau pun perkara berkaitan tuntutan faraid atau harta sepencarian.

“Dia juga sudah melahirkan anak, ia semakin sukar dan bagaimana untuk bercerai di Malaysia sedangkan pernikahan pun tiada dalam rekod (tidak didaftarkan),” katanya.

Beliau bagaimanapun menasihati remaja atau ibu bapa supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan tindakan keterlaluan yang boleh membawa padah.

Katanya, kebanyakan kes seumpama ini telah mengganggu institusi kekeluargaan dan lebih sukar sekiranya pasangan telah lama berkahwin dan mempunyai anak hasil perkahwinan di sempadan. -sinarharian

Penoreh Getah mati ditembak selepas bersahur

ZAINAB menunjukkan tempat Amirul ditembak selepas bersahur.

Pasir Puteh: “Saya terdengar lelaki itu menceritakan kepada rakannya ada orang diupah untuk menembaknya dan beberapa minit kemudian dia ditembak di depan mata saya.” 

Itu kata Norhadiyana Zakaria, 25, yang menyaksikan seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir, 40, mati ditembak enam das selepas bersahur di kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Norhadiyana yang bekerja di kedai makan berkenaan turut terkena satu das tembakan di lutut kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Amirul yang baru selesai bersahur bersama dua rakannya di kedai itu mati selepas ditembak di dada, perut dan punggung oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal.

 Norhadiayana berkata, dia memang mengenali mangsa yang menjadi pelanggan tetap gerai makan itu yang dibuka awal bulan lalu dan dimiliki ibu angkatnya, Zainab Derani, 44.

Suami pukul isteri kerana tak bantu untuk dia kahwin lain....

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.- hmetro
 
P/s: Suami bangang!!!

Pegawai SPRM ditahan polis. Mengapa? Ini puncanya

 Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu. 

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu.

Ditahan lepas kejadian
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.

“Polis merampas tiga senapang, sebilah parang dan dua kereta yang digunakan untuk kegiatan itu dan merakam keterangan pemilik kerbau dan beberapa individu bagi membantu siasatan terutama motif empat suspek bertindak sedemikian. Semua suspek ditahan reman,” katanya.

Tidak berkompromi
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan tingkah laku pegawai yang boleh menjejaskan reputasi suruhanjaya itu, sama ada ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas.

“SPRM juga memandang serius sebarang bentuk tindakan dan perbuatan mana-mana pegawai yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan semalam, sambil menambah pihaknya sudah mengambil tindakan secara dalaman terhadap pegawai berkenaan.-BeritaHarian

P/s: Gaji tak cukup....So, buat part time le...Kah kah  kah...

Mufti tunggu fatwa isu jenazah pengikut Syiah

ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah belum memutuskan sama ada jenazah pengikut fahaman Syiah boleh dikebumikan bersama pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah ataupun tidak di tapak perkuburan Islam yang sama.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, pihaknya memerlukan penelitian lebih terperinci mengenai perkara itu sebelum boleh dikuatkuasakan.

“Selagi belum diwartakan fatwa itu, kita tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang berkenaan.

“Kita perlu tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang tindakan dan penguatkuasaan kepada jenazah atau pengikut ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, meskipun perkara ini menjadi persoalan penting, namun beliau terpaksa menunggu arahan dan keputusan daripada pihak Pusat terlebih dahulu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, jenazah pengikut Syiah juga dikafankan dengan kain putih. Bezanya dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kain itu yang dibeli dari Iran, tertulis dengan doa-doa.
Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa telah berlaku satu insiden apabila jenazah pengikut fahaman Syiah tidak dibenarkan dikebumikan di satu tanah perkuburan dekat sebuah masjid di Pendang.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas imam masjid berkenaan mendapat aduan bahawa jenazah pengikut berkenaan diuruskan dengan cara yang bertentangan dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, jenazah tersebut kemudiannya dikebumikan bersebelahan pagar masjid berkenaan. -sinarharian

Di Malaysia, mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000), dakwa The New Paper

Gambar Hiasan

Malaysia Kesal Tajuk Berita The New Paper, Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kesal dengan akhbar The New Paper, Singapura yang menerbitkan tajuk berita mengelirukan dan sensasi yang mendakwa pembunuhan murah di Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan pada Jumaat berkata tajuk berita itu mempunyai niat jahat dan menyebarkan tanggapan salah tentang keadaan keselamatan di Malaysia.

"Kami menggesa agar The New Paper tidak mensensasikan apa-apa perkara yang boleh memberi kesan menjejaskan ke atas mana-mana pihak," katanya.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. BERNAMA
-mStar

Saman Fitnah: Raja Petra Diarah Bayar RM300,000

KUALA LUMPUR: Editor Malaysia Today Raja Petra Kamarudin diperintahkan membayar RM300,000 kepada peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Farah Hana Hashim pada Rabu mengarahkan Raja Petra membayar kadar faedah lima peratus bermula Rabu sehingga bayaran penuh dijelaskan.

Muhammad Shafee berjaya mendapatkan penghakiman terhadap Raja Petra pada 2011 di atas tiga artikel berunsur fitnah di laman web Malaysia Today tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara pada bulan Februari 2011 memutuskan bahawa semua kata-kata menyinggung tersebut adalah artikel memfitnah Muhammad Shafee dan mengarahkan sejumlah ganti rugi yang akan dinilai.

Pada Selasa, Farah Hana berkata anugerah itu adalah disebabkan oleh kedudukan Muhammad Shafee dan sebagai seorang peguam yang mempunyai pengalaman yang luas dan telah memegang jawatan dalam pelbagai bidang.

Dalam penghakimannya, beliau menganggap Muhammad Shafee telah menubuhkan firma guaman sendiri merupakan pemilik tunggal sehingga kini.

Farah Hana berkata beliau mengambil kira kelakuan Muhammad Shafee yang tidak pernah dalam apa jua cara membuat provokasi terhadap Raja Petra untuk membuat kenyataan fitnah.

Beliau berkata kenyataan itu membawa tohmahan memfitnah yang serius terhadap Muhammad Shafee dan memusnahkan reputasi dan penghormatan beliau bukan sahaja sebagai seorang peguam profesional tetapi sebagai seorang yang berwibawa.

Beliau berkata Raja Petra juga tidak pernah membuat apa-apa percubaan untuk mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik balik kenyataannya.

Peguam telah memfailkan saman terhadap Raja Petra, 60, pada bulan Ogos 2008 kerana menyiarkan tiga artikel bertajuk "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire", "Money, Power and Sex: What Motivates Man" dan "The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation" pada 6, 7 dan 11 Ogos tahun yang sama di laman web, yang didakwa telah memfitnah beliau.

Dalam satu kenyataan pembelaan yang difailkan pada 25 November 2008, Raja Petra menafikan bahawa tiga artikel adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah peguam. -mStar

Foto Pertemuan Sulit yang dihadiri Tokoh PAS?

Isu kerjasama di antara Umno dengan Pas kononnya untuk kebaikan bangsa dan agama nampaknya terus diperkatakan. Walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas sudah menegaskan berkali-kali tiada kerjasama dengan Umno kerana sebab-sebab sedia maklum, namun penegasan itu seakan tidak dipedulikan.
Mereka yang percaya dan yakin dengan Umno terus berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertemuan, membincang masalah Melayu atas kepentingan agama Islam. Usaha ini bukan dilakukan oleh orang tegah atau individu-individu yang dekat dan rapat dengan kedua-dua belah parti tetapi ia juga melibat pemimpin sendiri.
Khabar terbaru satu pertemua sulit yang khusus membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdikpandai telah diadakan, di mana pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.
Persoalan timbul apakah kehadiran mereka atas sifat peribadi ataupun atas arahan pemimpin tertentu dalam Pas. Saya menerima kiriman beberapa keping gambar rakaman pertemuan berkenaan. Menurut catatan ia dilangsungkan di sebuah rumah salah seorang cerdikpandai yang menjadi penganjurnya terletak di Damansara?
Mungkin bagi pihak mereka yang tidak senang dengan aktiviti sebegini pertemuan itu boleh dianggap membelakangkan parti di mana ia memerlukan penjelasan. Pemimpin Pas yang menghadiri pertemuan berkenaan perlu memberi penjelasan agar rakaman gambar yang tertera ini tidak menimbulkan fitnah.
(Gambar berkenaan telah saya masukkan dalam facebook saya).
Bagaimana pun jika diteliti kepada rakaman gambar-gambar itu ia serius lengkap dengan agenda yang dibincangkan. [wm. kl.6:02 am 30/07/13]
-mso

Rakyat Malaysia Didakwa Jalankan Perniagaan Dadah Dari Dalam Penjara Cipinang

Gambar hiasan

JAKARTA, 30 Julai (Bernama) -- Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara.

Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah dan semasa ditahan dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa.

Berikutan penangkapan ketujuh-tujuh mereka, polis merampas 10.576 kilogram syabu dan 500 biji pil ekstasi daripada mereka, yang dianggarkan bernilai Rp22 bilion.

Berita penglibatan rakyat Malaysia itu menyusul kontroversi tentang skandal perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang yang menjadi perhatian media tempatan sejak beberapa hari lalu.

Kontroversi itu tercetus selepas seorang model majalah dewasa Vanny Rossyane mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau sering berkunjung ke Penjara Cipinang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang banduan yang juga kekasihnya dan mereka bebas mengambil dadah di dalam penjara itu.

-- BERNAMA

Seorang maut, tiga parah kena tembak

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera parah ditembak dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Kampung Simee, Perak dan Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam kelmarin dan malam tadi.

Dalam kejadian di Lebuh 5, Kampung Simee, jam 10.15 malam kelmarin, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta, di sini, manakala rakannya berusia 28 dan 55 tahun masing-masing cedera di tangan kiri serta bahagian pipi dan telinga menerima rawatan di sebuah hospital.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata ketika mangsa minum di restoran berkenaan bersama dua lagi rakan lain, dua lelaki tiba-tiba menyerang mereka.

Dua suspek terbabit

“Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga mangsa terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran selepas orang ramai memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, seorang daripada mangsa mati dalam perjalanan ke hospital.
Siasatan awal dan keterangan daripada beberapa saksi kejadian mendapati sekurang-kurangnya dua suspek terbabit dalam kejadian tembakan itu dengan seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

“Suspek dilihat ke restoran itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau dan melepaskan tembakan sebelum memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada mangsa yang cedera turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau termasuk tersenarai dalam individu dikehendaki polis.

Di Bukit Mertajam, G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa memandu kereta Proton Saga FLX seorang diri apabila kenderaannya dihampiri dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC dan seorang daripadanya melepaskan sekurang-kurangnya sembilan das tembakan yang mengenai betisnya. Suspek kemudian melarikan diri. -BeritaHarian

Pegawai Polis Cabul Gadis dalam Kereta Peronda Akhirnya dihukum

ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.

KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman. -kosmo

Calon Terbaik untuk Lawan Shahrizat Jalil?
Sabtu, Ogos 17, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Cabar Ketua Wanita Umno: Halimah Mahu Tunggu Dan Lihat

KOTA TINGGI: Bekas Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohd Sadique meneruskan tanda tanya sama ada beliau akan menandingi jawatan tertinggi sayap itu apabila berkata: "Kita tunggu dan lihat, masa masih panjang."

Beliau demikian apabila ditanya pemberita apakah tuan punya badan mahu bertanding atau tidak, ketika ditemui pada rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Dewan Serba guna Taman Kota Jaya di sini.

Anggota Parlimen Tenggara yang enggan memberi jawapan sahih itu, turut menegaskan yang penting sekarang ialah usaha memperkukuhkan parti bukan soal siapa bertanding.

"Kita perlu tentukan parti belajar daripada pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan siap sedia untuk hadapi PRU14," katanya.

Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara yang disebut-sebut bakal mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meneraju Wanita Umno pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini. Pendaftaran calon bagi kepimpinan sayap itu dijadualkan pada 21 September.

Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dilapor menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.

Mengulas lanjut, Halimah berkata beliau mengharapkan pemilihan parti kali ini akan dijadikan platform untuk menyatukan anggota Umno. -BERNAMA 
-mStar
Tiada Keperluan Untuk Ahli Parlimen Isytihar Harta - Najib
Jumaat, Ogos 16, 2013 | Author: Tuk Kiyai

PENDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan.

"Hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.

Pada Rabu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah. -mStar

P/s: Mungkin kenyataan Najib ini melegakan Ahli Parlimen BN...

Perkembangan operasi pembedahan R Sri Sanjeevan doktor berjaya mengeluarkan peluru dari tulang rusuk mangsa dan peluru tersebut kini dibawa ke makmal forensik di Cheras bagi ujian dijalankan.

Ahli keluarga mangsa diberitahu Bukit Aman mengambil alih kes tersebut kini.

Bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan berkata pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor memaklumkan Sanjeevan akan memberi tindak balas respond dalam tempoh 48 jam.

Sementara itu penasihat Mywatch S Gobi memberitahu beliau akan ke Cheras bagi memastikan peluru itu berada di makmal forensik.

Awal tadi, ahli keluarga Pengerusi Mywatch pada ketika ini dilaporkan tidak bersependapat dengan polis tentang hak untuk menyimpan peluru berada dalam badan Sanjeevan.

Sanjeevan pada ketika ini menjalani operasi pembedahan bermula dari jam 2.30 petang tadi bagi mengeluarkan darah beku dari hatinya dan peluru dari tulang rusuknya.

Ramakrishnan berkata empat anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Jempol dan Seremban tiba tengah hari tadi untuk mengambil peluru bagi dijadikan bahan bukti namun ditolak oleh bapanya.

"Saya menahan mereka dan memberitahu mereka tidak boleh memasuki dalam bilik pembedahan," kata Ramakrishnan.

Beliau kemudiannya berjumpa dengan Pengarah Hospital Serdang untuk membuat permohonan melihat peluru sebaik saja selesai pembedahan.

"Pengarah itu sangat baik hati tapi beliau memberitahu kami polis negeri sembilan telah pun membuat permohonan melalui surat untuk mendapatkan peluru," katanya.

Ramakrishnan yang merasa bimbang akan nyawa anaknya itu menjelaskan mengapa beliau mahu Bukit Aman mengambil alih kes ini kerana mengesyaki polis Negeri Sembilan adalah dalang disebalik kes tembakan.

"Kita akan buat apa saja yang kita mampu untuk menghalang mereka dari mengambil peluru untuk dijadikan sebagai bukti," kata bapanya.

Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negeri Sembilan 27 Julai lalu.

Tembakan mengenai bahunya dan tulang rusuknya.

Menurut bapa Sanjeevan, sebelum insiden tersebut mangsa dikatakan menerima panggilan dari seseorang.

"Saya terdengar dia menjerit ketika bercakap dalam telefon, Sanjeevan ada menyebut tentang maklumat yang telah bocor dan akan memberitahu wartawan. Sanjeevan juga menyebut nama pegawai polis dari Negeri Sembilan," kata ayahnya.

"Setiap bukti harus di lakukan Bukit Aman termasuk siasatan kes ini," kata bapanya lagi.

Tambahnya nama pegawai polis yang disebut Sanjeevan ketika perbuatan telefon juga dilihat pernah melawat mangsa di hospital.

"Dia datang antara jam 10 malam dan 12.30 pagi. Pegawai itu datang melawat Sanjeevan tiga kali pada minggu lepas," kata Ramakrishnan.

Ramakrishnan berkata, dia tiada disitu ketika pegawai itu datang melawat kerana mereka tidak dibenarkan bermalam di hospital.

"Kami mengikut peraturan hospital. Kenapa dia tidak boleh mengikut perkara sama. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena,"katanya.

Difahami pegawai polis tersebut merupakan anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes itu.

Dua hari sebelum ini. Ramakrishnan membuat laporan polis meminta siasatan kes tembak anaknya dijalankan Bukit Aman.

Dia ditemani oleh penasihat Mywatch S.Gobi Krishnan, hadir di balai polis Travers, Kuala Lumpur.

Mereka juga menuntut untuk mengatakan pertemuan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Beberapa jam sebelum Sanjeevan ditembak, beliau menulis di laman Twitter mengenai seorang polis yang disyaki terlibat dalam sindiket telah menggut beliau dan keluarganya.

Sanjeevan juga dikatakan ada berjumpa dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengadu kepada pemimpin itu mahu mendedahkan anggota polis yang turut terlibat dalam kegiatan sindiket dadah.

Sanjeevan mendakwa menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan memberi amaran kepada mangsa. - 15 Ogos, 2013.
-TheMalaysianInsider
Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya...
Jumaat, Ogos 16, 2013 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama
-sinarharian 

P/s: Tak bergaji rupanya anak Nazri ni...Bagusnya....anak bapak...Senangnya kalau bapak jadi menteri...semua boleh jadi...Kah kah kah
Padah bernikah di sempadan
Rabu, Ogos 14, 2013 | Author: Tuk Kiyai

SUNGAI PETANI – Sambutan Aidilfitri kali ini hambar bagi seorang ibu muda walaupun baru melahirkan bayi perempuan empat bulan lalu. Harapan mahu mengecap kebahagiaan setelah berjaya membina mahligai bersama lelaki dicintai hanya tinggal harapan semata-mata.

Menceritakan masalah dihadapinya, Azlina (bukan nama sebenar), 18, sanggup mengorbankan masa remaja untuk mendirikan rumah tangga walaupun pertemuan dengan bakal suami pada mulanya diatur oleh keluarga kedua-dua pihak.

Menurut Azlina, sebelum disatukan, mertuanya sering ke kampungnya di Tawar, Kedah kerana menguruskan proses pajak pokok getah berdekatan rumahnya.

Kemesraan yang terjalin antara bapa mertua yang dikenali sebagai Ahmad dengan kedua ibu bapa akhirnya menyebabkan Ahmad tertarik untuk menjadikan Azlina sebagai menantu.

Konflik tercetus 
Azlina berkata, kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran berkenaan dan akhirnya proses perbincangan diteruskan ke peringkat merisik dan bertunang. Dengan hanya berkenalan selama tempoh empat bulan, kedua-dua keluarga mengambil keputusan untuk menikahkan mereka.

Difahamkan, bagaimanapun, konflik tercetus apabila wang hantaran diletakkan kedua ibu bapa Azlina mendapat tentangan daripada pihak lelaki.

Disebabkan isu terbabit, keluarga pihak lelaki naik marah menyebabkan Ahmad membawa pulang Azlina ke kampungnya di Jeniang, Kedah dengan kerelaan Azlina.

Azlina yang sudi untuk berkahwin dengan bakal suami, Kamal, 26, (bukan nama sebenar) juga tidak bersetuju dengan keputusan keluarga yang meletakkan wang hantaran sebanyak RM7,824 kerana membebankan pihak lelaki.

Disebabkan mabuk cinta, Azlina kemudian bersetuju cadangan Ahmad supaya mereka dibawa ke sempadan Siam iaitu di Betong, Thailand untuk dinikahkan tanpa wali bapa yang berada di Ladang Ketemba, Tawar.

Menurutnya, bakal suami nampak sempurna, mendengar kata orang tua dan bertanggungjawab, tetapi setelah diijabkabulkan, hidup mereka seperti menempah neraka.

Tinggal asing dengan mertua 
Kamal dan Azlina dibenarkan tinggal di sebuah rumah kecil belakang rumah Ahmad bagi memberi peluang kedua pengantin baru itu menjalani hidup berdikari sebagai pasangan suami isteri.

Selepas itu, bermulalah episod duka dalam hidup Azlina yang kemudiannya dikurniakan seorang bayi pada Mac 2013.

“Hari demi hari, saya mulai kenal sikap Kamal sebenar. Sejak mula, dia sudah meminta wang dengan saya.

“Sekiranya tidak diberi, dia mula mengamuk dan memukul hingga saya tidak tahan. Apa lebih memalukan, dia mula ketagih air ketum menyebabkan keluarga terabai,” katanya.

Azlina berkata, Kamal ada menyatakan hasrat berhenti dari perbuatannya itu setelah mengetahui Azlina mengandung, tetapi, ia sekadar angan-angan kosong sahaja.

“Dia tetap ketagih minuman itu sehinggalah saya melahirkan anak. Bagaimanapun, dia masih dengan dunianya sendiri tanpa mempedulikan makan minum saya dan anak kami,” katanya.

Azlina berkata, sejak berpindah ke rumah belakang, kedua ibu bapa Kamal sudah tidak lagi mencampuri urusan mereka dan kesemuanya ditanggung sendiri.

“Cuma ada sesekali saya mengadu kepada mereka sekiranya tidak tahan dengan perangai panas baran dan suka memukul suami, namun dengan sikap Kamal yang sebegitu, mereka juga tidak mahu ambil kisah langsung kisah keluarga kami,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan sering dipukul dan diherdik, dia mengambil keputusan pulang ke kampung halaman mendapatkan bantuan kedua ibu bapa yang telah lama ditinggalkan.

Katanya, mujur kedua ibu bapa kandung memaafkan dan masih mengambil berat tentang dirinya selain bertekad mahu berpisah dengan suaminya. Bagi menjalankan proses perceraian, Azlina mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Perlu pengesahan dokumen kahwin sebelum cerai 
Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, pasangan tersebut perlu ke Mahkamah Syariah untuk proses tersebut.

“Mereka perlu mendapatkan surat akuan nikah terlebih dahulu untuk mendaftarkan nikah sebelum melakukan proses perceraian di Malaysia.

“Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan surat pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Thailand mengatakan pernah berlaku pernikahan di Betong serta beberapa dokumen sokongan berkaitan diperlukan,” katanya.

Menurut Zaiferi, segala dokumen berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Agama Daerah dan Mahkamah Syariah.

“Perbuatan bernikah di sempadan amat mengganggu institusi kekeluargaan Islam kerana seandainya berlaku konflik rumah tangga, pasangan sukar untuk mendapatkan kaunseling atau pun perkara berkaitan tuntutan faraid atau harta sepencarian.

“Dia juga sudah melahirkan anak, ia semakin sukar dan bagaimana untuk bercerai di Malaysia sedangkan pernikahan pun tiada dalam rekod (tidak didaftarkan),” katanya.

Beliau bagaimanapun menasihati remaja atau ibu bapa supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan tindakan keterlaluan yang boleh membawa padah.

Katanya, kebanyakan kes seumpama ini telah mengganggu institusi kekeluargaan dan lebih sukar sekiranya pasangan telah lama berkahwin dan mempunyai anak hasil perkahwinan di sempadan. -sinarharian
Penoreh Getah mati ditembak selepas bersahur
Selasa, Ogos 06, 2013 | Author: Tuk Kiyai
ZAINAB menunjukkan tempat Amirul ditembak selepas bersahur.

Pasir Puteh: “Saya terdengar lelaki itu menceritakan kepada rakannya ada orang diupah untuk menembaknya dan beberapa minit kemudian dia ditembak di depan mata saya.” 

Itu kata Norhadiyana Zakaria, 25, yang menyaksikan seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir, 40, mati ditembak enam das selepas bersahur di kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Norhadiyana yang bekerja di kedai makan berkenaan turut terkena satu das tembakan di lutut kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Amirul yang baru selesai bersahur bersama dua rakannya di kedai itu mati selepas ditembak di dada, perut dan punggung oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal.

 Norhadiayana berkata, dia memang mengenali mangsa yang menjadi pelanggan tetap gerai makan itu yang dibuka awal bulan lalu dan dimiliki ibu angkatnya, Zainab Derani, 44.

Suami pukul isteri kerana tak bantu untuk dia kahwin lain....
Isnin, Ogos 05, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.- hmetro
 
P/s: Suami bangang!!!
Pegawai SPRM ditahan polis. Mengapa? Ini puncanya
Isnin, Ogos 05, 2013 | Author: Tuk Kiyai
 Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu. 

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu.

Ditahan lepas kejadian
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.

“Polis merampas tiga senapang, sebilah parang dan dua kereta yang digunakan untuk kegiatan itu dan merakam keterangan pemilik kerbau dan beberapa individu bagi membantu siasatan terutama motif empat suspek bertindak sedemikian. Semua suspek ditahan reman,” katanya.

Tidak berkompromi
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan tingkah laku pegawai yang boleh menjejaskan reputasi suruhanjaya itu, sama ada ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas.

“SPRM juga memandang serius sebarang bentuk tindakan dan perbuatan mana-mana pegawai yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan semalam, sambil menambah pihaknya sudah mengambil tindakan secara dalaman terhadap pegawai berkenaan.-BeritaHarian

P/s: Gaji tak cukup....So, buat part time le...Kah kah  kah...
Mufti tunggu fatwa isu jenazah pengikut Syiah
Sabtu, Ogos 03, 2013 | Author: Tuk Kiyai

ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah belum memutuskan sama ada jenazah pengikut fahaman Syiah boleh dikebumikan bersama pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah ataupun tidak di tapak perkuburan Islam yang sama.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, pihaknya memerlukan penelitian lebih terperinci mengenai perkara itu sebelum boleh dikuatkuasakan.

“Selagi belum diwartakan fatwa itu, kita tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang berkenaan.

“Kita perlu tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang tindakan dan penguatkuasaan kepada jenazah atau pengikut ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, meskipun perkara ini menjadi persoalan penting, namun beliau terpaksa menunggu arahan dan keputusan daripada pihak Pusat terlebih dahulu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, jenazah pengikut Syiah juga dikafankan dengan kain putih. Bezanya dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kain itu yang dibeli dari Iran, tertulis dengan doa-doa.
Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa telah berlaku satu insiden apabila jenazah pengikut fahaman Syiah tidak dibenarkan dikebumikan di satu tanah perkuburan dekat sebuah masjid di Pendang.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas imam masjid berkenaan mendapat aduan bahawa jenazah pengikut berkenaan diuruskan dengan cara yang bertentangan dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, jenazah tersebut kemudiannya dikebumikan bersebelahan pagar masjid berkenaan. -sinarharian
Gambar Hiasan

Malaysia Kesal Tajuk Berita The New Paper, Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kesal dengan akhbar The New Paper, Singapura yang menerbitkan tajuk berita mengelirukan dan sensasi yang mendakwa pembunuhan murah di Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan pada Jumaat berkata tajuk berita itu mempunyai niat jahat dan menyebarkan tanggapan salah tentang keadaan keselamatan di Malaysia.

"Kami menggesa agar The New Paper tidak mensensasikan apa-apa perkara yang boleh memberi kesan menjejaskan ke atas mana-mana pihak," katanya.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. BERNAMA
-mStar
Saman Fitnah: Raja Petra Diarah Bayar RM300,000
Khamis, Ogos 01, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Editor Malaysia Today Raja Petra Kamarudin diperintahkan membayar RM300,000 kepada peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Farah Hana Hashim pada Rabu mengarahkan Raja Petra membayar kadar faedah lima peratus bermula Rabu sehingga bayaran penuh dijelaskan.

Muhammad Shafee berjaya mendapatkan penghakiman terhadap Raja Petra pada 2011 di atas tiga artikel berunsur fitnah di laman web Malaysia Today tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara pada bulan Februari 2011 memutuskan bahawa semua kata-kata menyinggung tersebut adalah artikel memfitnah Muhammad Shafee dan mengarahkan sejumlah ganti rugi yang akan dinilai.

Pada Selasa, Farah Hana berkata anugerah itu adalah disebabkan oleh kedudukan Muhammad Shafee dan sebagai seorang peguam yang mempunyai pengalaman yang luas dan telah memegang jawatan dalam pelbagai bidang.

Dalam penghakimannya, beliau menganggap Muhammad Shafee telah menubuhkan firma guaman sendiri merupakan pemilik tunggal sehingga kini.

Farah Hana berkata beliau mengambil kira kelakuan Muhammad Shafee yang tidak pernah dalam apa jua cara membuat provokasi terhadap Raja Petra untuk membuat kenyataan fitnah.

Beliau berkata kenyataan itu membawa tohmahan memfitnah yang serius terhadap Muhammad Shafee dan memusnahkan reputasi dan penghormatan beliau bukan sahaja sebagai seorang peguam profesional tetapi sebagai seorang yang berwibawa.

Beliau berkata Raja Petra juga tidak pernah membuat apa-apa percubaan untuk mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik balik kenyataannya.

Peguam telah memfailkan saman terhadap Raja Petra, 60, pada bulan Ogos 2008 kerana menyiarkan tiga artikel bertajuk "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire", "Money, Power and Sex: What Motivates Man" dan "The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation" pada 6, 7 dan 11 Ogos tahun yang sama di laman web, yang didakwa telah memfitnah beliau.

Dalam satu kenyataan pembelaan yang difailkan pada 25 November 2008, Raja Petra menafikan bahawa tiga artikel adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah peguam. -mStar
Foto Pertemuan Sulit yang dihadiri Tokoh PAS?
Rabu, Julai 31, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Isu kerjasama di antara Umno dengan Pas kononnya untuk kebaikan bangsa dan agama nampaknya terus diperkatakan. Walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas sudah menegaskan berkali-kali tiada kerjasama dengan Umno kerana sebab-sebab sedia maklum, namun penegasan itu seakan tidak dipedulikan.
Mereka yang percaya dan yakin dengan Umno terus berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertemuan, membincang masalah Melayu atas kepentingan agama Islam. Usaha ini bukan dilakukan oleh orang tegah atau individu-individu yang dekat dan rapat dengan kedua-dua belah parti tetapi ia juga melibat pemimpin sendiri.
Khabar terbaru satu pertemua sulit yang khusus membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdikpandai telah diadakan, di mana pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.
Persoalan timbul apakah kehadiran mereka atas sifat peribadi ataupun atas arahan pemimpin tertentu dalam Pas. Saya menerima kiriman beberapa keping gambar rakaman pertemuan berkenaan. Menurut catatan ia dilangsungkan di sebuah rumah salah seorang cerdikpandai yang menjadi penganjurnya terletak di Damansara?
Mungkin bagi pihak mereka yang tidak senang dengan aktiviti sebegini pertemuan itu boleh dianggap membelakangkan parti di mana ia memerlukan penjelasan. Pemimpin Pas yang menghadiri pertemuan berkenaan perlu memberi penjelasan agar rakaman gambar yang tertera ini tidak menimbulkan fitnah.
(Gambar berkenaan telah saya masukkan dalam facebook saya).
Bagaimana pun jika diteliti kepada rakaman gambar-gambar itu ia serius lengkap dengan agenda yang dibincangkan. [wm. kl.6:02 am 30/07/13]
-mso
Gambar hiasan

JAKARTA, 30 Julai (Bernama) -- Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara.

Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah dan semasa ditahan dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa.

Berikutan penangkapan ketujuh-tujuh mereka, polis merampas 10.576 kilogram syabu dan 500 biji pil ekstasi daripada mereka, yang dianggarkan bernilai Rp22 bilion.

Berita penglibatan rakyat Malaysia itu menyusul kontroversi tentang skandal perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang yang menjadi perhatian media tempatan sejak beberapa hari lalu.

Kontroversi itu tercetus selepas seorang model majalah dewasa Vanny Rossyane mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau sering berkunjung ke Penjara Cipinang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang banduan yang juga kekasihnya dan mereka bebas mengambil dadah di dalam penjara itu.

-- BERNAMA
Seorang maut, tiga parah kena tembak
Selasa, Julai 30, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera parah ditembak dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Kampung Simee, Perak dan Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam kelmarin dan malam tadi.

Dalam kejadian di Lebuh 5, Kampung Simee, jam 10.15 malam kelmarin, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta, di sini, manakala rakannya berusia 28 dan 55 tahun masing-masing cedera di tangan kiri serta bahagian pipi dan telinga menerima rawatan di sebuah hospital.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata ketika mangsa minum di restoran berkenaan bersama dua lagi rakan lain, dua lelaki tiba-tiba menyerang mereka.

Dua suspek terbabit

“Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga mangsa terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran selepas orang ramai memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, seorang daripada mangsa mati dalam perjalanan ke hospital.
Siasatan awal dan keterangan daripada beberapa saksi kejadian mendapati sekurang-kurangnya dua suspek terbabit dalam kejadian tembakan itu dengan seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

“Suspek dilihat ke restoran itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau dan melepaskan tembakan sebelum memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada mangsa yang cedera turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau termasuk tersenarai dalam individu dikehendaki polis.

Di Bukit Mertajam, G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa memandu kereta Proton Saga FLX seorang diri apabila kenderaannya dihampiri dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC dan seorang daripadanya melepaskan sekurang-kurangnya sembilan das tembakan yang mengenai betisnya. Suspek kemudian melarikan diri. -BeritaHarian

Pegawai Polis Cabul Gadis dalam Kereta Peronda Akhirnya dihukum
Isnin, Julai 29, 2013 | Author: Tuk Kiyai