Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

YDP AGONG BOLEH PECAT PM?

Label:

Mahkamah Rayuan petang 21 Mei 2009 telah mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal DS Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Bagi Naib Presiden Pas yang juga ahli exco kerajaan Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa, keputusan Mahkamah Rayuan itu memberi implikasi besar.

Menurut Husam dalam blognya, "Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agong atau Sultan boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar yang baru tanpa Perdana Menteri atau Menteri Besar berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya."
"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik Perdana Menteri yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?"

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry, Husam menjelaskan bahawa posting beliau dalam blognya tiga hari sebelum keputusan telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan.

Kata Husam, "Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.”

“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini?”

Beliau menjelaskan bahawa bukanlah tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa.

Husam menyatakan, tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka dilihat wajar.

Beliau seterusnya "meramalkan" Majlis BN akan bersidang dan kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat Perak dengan mengadap Sultan Azlan Shah untuk pembubaran.

"Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya." jelas Husam

Comment (1)

kalau tak kena dgn peruntukan yg di beri ,apa salahnya .itulah yg orang melayu inginkan dari Yang Dipertuan Agung -mempunyai kuasa untuk menjaga kedaulatan negara serta keamananya . Institusi kepartian akan berkubur bila2 masa namun umat melayu tidak akan menguburkan sistem beraja dan kesultanan melayu . Andainya ini berlaku , ini bermakna melayu sudah tiada dibumi Malaysia . Daulat Tuanku .

YDP AGONG BOLEH PECAT PM?
Ahad, Mei 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Ahad, Mei 24, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 24 Mei 2009 pada 6:12 PTG , Tanpa Nama berkata...