Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KERAJAAN PERPADUAN: DATUK NIK AZIZ TARIK BALIK DESAKAN PERLETAKAN JAWATAN NASHARUDDIN

Label:

(Foto-the malaysian insider)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam telah mengumumkan bahawa beliau menarik balik kenyataannya yang menggesa Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika menyokong idea kerajaan perpaduan (Unity Government) dengan Umno.

Datuk Nik Abdul Aziz menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, petang semalam di Pejabat Agung PAS di ibu negara.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan pimpinan tertinggi PAS.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Comments (0)

This entry was posted on Selasa, Jun 23, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.