Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

NYALAAN LILIN TIDAK HARAM, HANYA MERAGUKAN: NIK AZIZ

Label:

KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu walaupun Dewan Ulama Pas meragui perbuatan itu.

“Dewan Ulama Pas hanya meragui tapi ia tak sama dengan haram. Macam saya, selalu orang Hindu jemput saya pergi ke majlis mereka. Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2009, di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.

Beliau berkata, tindakan meniup lilin merupakan satu simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa yang sudah merebak ke dalam budaya masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyifatkan penyertaan Mohammad Nizar pada majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu sebagai meragukan.

Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin kedua Pas yang mempertahankan tindakan Mohammad Nizar selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang turut mempertahankan tindakan itu dengan alasan ia tidak menyalahi ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

“Sebelum ini masyarakat sibuk, duduk bising fasal pemimpin Cina DAP membaca al-Quran. Sibuk kata haram. Jadi saya jawab, Nabi Muhamad SAW sewaktu dia menulis surat kepada raja dia menulis ayat al-Quran.

“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, masalah ini sengaja diuar-uarkan oleh golongan yang tidak terdedah kepada politik.

“Kalau begitu kita naik motokar sekarang tak boleh juga, itu akan dikaitkan dengan Inggeris. Teruk sangatlah begitu.

“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu tetapi mari (datang) daripada Hindu. Teruk kalau kita tidak mengikut politik,” katanya.
SUMBER: Di sini.

Comment (1)

BUAT RENUNGAN PEMBACA

Disini ingin saya jelaskan mengenai Islam Allah tidak memandang keislaman seseorang hambanya dengan melihat serban,janggut.kopiah,jubah,tasbih tetapi Allah hanya memandang hati..seseorang hambanya.Jika kita Islam belum tentu kita Iman jika kita Iman sudah tentu kita Islam..Apa lagi jika seseorang Ulama menceburkan diri didalam politik yang mereka sendiri mengetahui betapa kotornya politik itu bergelumang dgn berbagai najis fitnah merosakkan keimanan serta menyesatkan akidah umat dengan fatwa mengarut mereka jika benar Ulama syumul mereka tidak akan menceburi politik lebih baik mereka memperbanyakkan amalan ibadah terhadap Allah SWT.Islam adalah agama Islam bukan sebuah parti.Sebut saja Islam seluruh isi Alam berhak untuk mempersoalkannya.Harapan saya kepada semua janganlah dipolitikkan Islam cukuplah Islam telah dinodai kesuciannya oleh penganutnya sendiri dicop sebagai penganas oleh orang barat.Apakah kita masih tidak mau sedar lagi.Kafir mengafir sesama seagama tidak pernah terjadi dizaman Nabi dan para sahabat.Siapa kah yang kafir adakah mereka kafir disebabkan mereka bukan beragama Islam.Tapi lebih baik mereka kerana tak tahu dari orang Islam yang berlagak tahu.Orang Budha,Hindu,Kristian pun belum lagi saya dengar mereka mempolitikkan agama mereka sedang di malaysia ini tiap tiap hari agama jadi satu permainan mereka yang mengaku diri mereka ulama.Semoga selepas ini Allah azabkan mereka dengan bala yang amat dahsyat kerana memecah belahkan umat serta mendustai kalam Allah SWT.. Amin.

NYALAAN LILIN TIDAK HARAM, HANYA MERAGUKAN: NIK AZIZ
Jumaat, Julai 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Julai 24, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 25 Julai 2009 11:00 PTG , RadenMas berkata...