Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

REZEKI MENJELANG PRK MANEK URAI - 6 RIBU PELAJAR DAPAT BEG, UNIFORM SEKOLAH

Label:

Semalam, seramai 6,142 pelajar sekolah rendah dan menengah di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai yang layak menerima bantuan tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai semalam dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada beliau untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

Mustafa berkata, "Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini."

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Bagi Tok Kiyai, penduduk Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan gula-gula umno. Rakyat sudah tahu dengan taktik lama ini. Bagi penduduk Manek Urai yang majoriti petani, apa yang penting bagi mereka ialah nasib mereka sentiasa terbela, bukan pada masa pilihanraya sahaja.

Comments (0)

This entry was posted on Isnin, Julai 06, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.