Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

GARA-GARA BEREBUT KERBAU, SEORANG LELAKI MATI DITETAK

Label:

TANAH MERAH: “Saya serah kes ini untuk siasatan polis,” kata Mohamad Azahan Mohamed, 27, anak kepada seorang warga emas yang meninggal dunia akibat ditetak dengan sabit oleh rakan sekampung berkaitan masalah kerbau dalam kejadian di Kampung Salak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Mohamed Jusoh, 71, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kejadian itu berpunca daripada perebutan seekor kerbau antara Mohamed dan rakan sekampung sebelum berlaku ancam-mengancam menggunakan senjata tajam.

Mohamad Azahan berkata, kecederaan terbabit menyebabkan ayahnya yang dirawat hampir sembilan jam terpaksa bertarung nyawa sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin.

“Ayah seorang yang rajin. Ketika arwah ibu, Sapiah Sulaiman, 57 masih ada tiga tahun lalu, dia menyara keluarga sebagai pemandu lori dengan membawa muatan kayu balak.

“Tidak sangka kejadian ketika mencari kerbau yang baru dibelinya kelmarin bertukar tragedi pergaduhan sehingga kami sekeluarga kehilangannya buat selama-lamanya,” katanya.

Dia berkata, arwah bapanya itu tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh tetapi sememangnya dikenali ramai orang kampung kerana rajin bekerja dan bapa bertanggungjawab kepada anak.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abd Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan sudah menahan reman seorang suspek untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan.

“Setakat ini, polis sudah merampas sabit yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Siasatan lanjut terhadap punca kejadian itu sedang dijalankan, manakala jenazah sudah dituntut keluarganya,” katanya.

Sementara itu, jenazah Mohamed disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak pada jam 5.30 petang semalam selepas solat Asar.

SUMBER di sini.

Comments (0)

GARA-GARA BEREBUT KERBAU, SEORANG LELAKI MATI DITETAK
Rabu, Oktober 21, 2009 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Oktober 21, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.