Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KENYATAAN AWE ADEK (PAKAR EKONOMI TERSOHOR) TENTANG BELANJAWAN KELANTAN

Label:

[BERNAMA] Bachok - 27 Okt - Kelantan akan terus mengalami defisit belanjawan selagi negeri itu ditadbir oleh parti PAS yang gagal mencari punca hasil baru bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata defisit belanjawan sebanyak RM29.5 juta pada tahun depan sebagaimana yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam tidak mengejutkan.

"Kita sudah menjangkakan kerana kerajaan yang dipimpin oleh PAS itu tidak bijak mengurus sumber hasil yang ada," katanya ketika ditemui di sini, Selasa.

Beliau berkata ketika diminta mengulas pembentangan belanjawan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa yang antara lain menyaksikan peningkatan defisit kepada RM29.5 juta apabila perbelanjaan mengurusnya dijangka mencapai RM416.88 juta berbanding hasil RM387.38 juta.

Husam berkata defisit tahun depan meningkat kepada RM9.21 juta berbanding kadar defisit dicatatkan pada belanjawan 2009 yang berjumlah RM20.2 juta.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak terlalu bergantung kepada hasil kayu balak semata-mata kerana punca hasil itu kini berada pada paras penyusutan yang semakin ketara dari setahun ke setahun.

Beliau berkata sepatutnya kerajaan negeri mempelbagaikan punca pendapatan baru ini termasuk berusaha menarik pelabur asing melabur di Kelantan untuk membolehkan kerajaan memungut pelbagai cukai bagi menambahkan pendapatan.

Katanya sejajar dengan itu kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa harus dikembangkan lagi supaya lebih ramai rakyat Kelantan yang kini terpaksa bekerja di negeri orang kerana kekurangan peluang, berpeluang bekerja di negeri sendiri.

Dr Awang Adek berkata jika kerajaan negeri terus gagal mencari punca hasil baru pembentangan bajet belanjawan pada tahun-tahun akan datang akan berlaku lebih buruk lagi dan kesannya akan turut ditanggung oleh rakyat Kelantan.

KOMEN: OLEH KERANA UMNO TERLEBIH BIJAK MENGURUS NEGERI KELANTAN MENYEBABKAN PAS TERPAKSA MEMBAYAR TAHIK HUTANG YANG DITINGGALKAN OLEH UMNO SEMASA MEMERINTAH KELANTAN DAHULU. JADI SIAPA YANG BIJAK MENGURUS NEGERI SEBENARNYA???

Comments (0)

This entry was posted on Selasa, Oktober 27, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.