Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: SPR GUNA DUA DAFTAR PEMILIH BERBEZA???

Label:

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan pihaknya menggunakan senarai daftar pemilih pengundi pos yang berbeza pada hari pembuangan undi pos semalam berbanding daftar pemilih pengundi pos yang diserahkan kepada calon pada hari penamaan calon sebelum ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu tidak timbul sebaliknya menyifatkan ia sebagai tuduhan melulu tanpa usul periksa yang dilakukan pembangkang.

"Tak ada... tak ada yang berbeza, daftar pemilih itulah yang digunakan pada hari penamaan calon dan juga yang digunakan semasa undi pos yang bermula semalam.

"Senarai itu sama, tetapi yang semalam itu telah dibahagikan mengikut unit kem tentera... meja-meja itu dibahagikan mengikut unit," katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Wan Ahmad berkata, SPR juga tidak akan menghentikan proses pengundian pos seperti yang digesa PAS.

"Kita tak boleh berhentikannya sebab itu hanya dakwaan mereka, semua pihak boleh bercakap apa sahaja yang mereka dakwakan.

"SPR bekerja berlandaskan undang-undang dan apabila undian berjalan, kita tak boleh tutup hanya berdasarkan satu keraguan... kerana itu satu dakwaan," katanya.

Hari ini PAS mendakwa SPR telah melanggar Peraturan 14A Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) Peraturan 1981, apabila menggunakan daftar pemilih yang berbeza di antara daftar pemilih yang diberikan kepada calon pada hari penamaan dan daftar pemilih yang digunakan di hari pembuangan undi pos Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Oleh itu, PAS menggesa supaya SPR menghentikan proses pengundian pos bagi mengelakkan keseluruhan pilihan tersebut terbatal.

Bagaimanapun menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, proses pengundian awam pada Ahad ini boleh diteruskan seperti yang dijadualkan.

Proses pengundian pos melibatkan anggota keselamatan termasuk tentera dan polis telah bermula semalam.

Anggota tentera mengundi di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Sehingga semalam seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem telah keluar mengundi manakala pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan PAS itu, Wan Ahmad berkata senarai daftar pemilih yang digunakan pada pengundian pos semalam telah dipecahkan mengikut unit-unit tertentu.

"Dalam senarai daftar yang mereka ada itu tak dibahagikan mengikut unit, tapi semalam kita pecahkan untuk tujuan pengundian.

"Sebab itu kita bahagikan kepada sembilan meja, jadi bila agen bawa senarai yg penuh, mungkin dia tak dapat mengikuti pecahan mengikut uni-unit itu... tapi dari segi jumlah pengundi, dari segi nama semuanya sama," katanya.

SUMBER di sini.

Comments (0)

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: SPR GUNA DUA DAFTAR PEMILIH BERBEZA???
Jumaat, Oktober 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Oktober 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.