Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KONONNYA UMNO PEJUANG ISLAM SEBENAR TAPI...

Label:

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen PKR Negeri Pahang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, isu kalimah Allah juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya, UMNO menganggap PR sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting, PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” katanya.

Pada konvensyen tersebut, Anwar menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang berusaha ke arah itu malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di negeri ini adalah konvensyen terakhir yang mengakhiri siri jelajah PKR ke setiap negeri bagi menyatakan pendirian dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

SUMBER di sini.

TOK KIYAI nak termuntah apabila DS Anwar menyebut ...umno sebagai pejuang Islam sebenar....

Bagi Tok Kiyai tindak tanduk dan perangai pemimpin umno kini tidak menunjukkan yang umno pejuang Islam sebenar. Tengoklah isteri-isteri mereka. Berapa kerat yang pakai tudung, yang mendedahkan aurat berlambak la...Nak bela Islam macam mana??

Comment (1)

BUKAN SEKARANG SEJAK DULU-DULU LAGI OOIII

KONONNYA UMNO PEJUANG ISLAM SEBENAR TAPI...
Isnin, Januari 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Januari 18, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 18 Januari 2010 pada 10:54 PTG , azman kamarul berkata...