Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

MUNGKINKAH MP ZUL & PENGIKUTNYA AKAN KELUAR PKR AKHIR FEB INI?

Label:

TOK KIYAI: MP Zul meramalkan akan ada ahli PKR akan keluar beramai-ramai akhir Feruari ini.. Entah benar atau tidak. Kalau benar mungkin MP Zul sendiri dan pengikut setianya. Mengapa keluar parti? Kecewa dengan PKR? Setelah keluar PKR, lompat parti mana pula? PAS atau Umno?

[themalaysianinsider] KUALA LUMPUR, Feb 9 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar daripada PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

Peguam itu berkata demikian ketika PKR berhadapan dengan desas-desus beberapa wakil rakyatnya akan keluar parti itu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun wakil rakyat berkenaan yang dihubungi menafikan mereka akan berbuat demikian.

Malam tadi bekas Bendahari PKR Wilayah Persekutuan keluar parti dan kembali ke pangkuan Umno.

Dakwanya senario itu berkemungkinan akan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang langsung tidak mengendahkan aduan mereka berhubung masalah yang dihadapi dengan DAP.

“Dah lama aduan dibuat tentang DAP... sejak awal-awal Pakatan Rakyat

ditubuhkan lagi.

“Bukan tak guna saluran dalaman... sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya tetapi tiada tindakan diambil,” katanya dalam Program Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.

Beliau mendakwa DAP tidak diperlukan dan merupakan ‘duri dalam daging’ kepada pakatan tersebut.

“DAP merupakan punca masalah-masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Seperti di Kedah di mana DAP ugut kerajaan tentang pusat pembelaan babi... bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin ditekan sehingga berhenti,” katanya.

Ditanya risiko tindakan mengeluarkan DAP daripada Pakatan Rakyat akan

menyebabkan pakatan itu hilang kuasa di negeri-negeri yang mereka tadbir sekarang, Zulkifli berkata risiko itu perlu diambil kerana apa yang penting ialah rakyat dan negara.

Selain itu, Zulkifli juga berkata PAS dan PKR seharusnya mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan ‘Islamiah’ dengan Umno dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.

“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tak kiralah PKR, PAS atau Umno,” katanya.

Baru-baru ini Zulkifli membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana perbezaan pendapat dalam isu penggunaan nama Allah.

Beliau kini menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa tindakan beliau itu sebagai melampaui batas.

Comments (0)

MUNGKINKAH MP ZUL & PENGIKUTNYA AKAN KELUAR PKR AKHIR FEB INI?
Selasa, Februari 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Februari 09, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.