Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide

Label:

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.

Notis itu berbunyi: "Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara."Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu. -tvs

Comments (0)

This entry was posted on Selasa, April 06, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.