Antara tanda akhir zaman dan tanda awal berlakunya kiamat ialah berleluasanya perzinaan dalam masyarakat Islam. Kerana itulah masyarakat Islam akan rosak akhlak dan musnahnya institusi kekeluargaan. Kes di bawah adalah antara buktinya....[KOSMO] KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.
Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.

Comments (0)
Catat Ulasan