 (Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)Antara tanda-tanda awal berlaku kiamat ialah berleluasanya perbuatan zina dalam masyarakat. Tunggulah azab daripada Allah.....
[METRO] MELAKA: Seorang isteri tidak menyangka sekumpulan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama anggota polis yang mengiringi suaminya turun dari rumah mereka sebenarnya mencekup lelaki terbabit selepas disyaki melakukan kesalahan berkhalwat, kelmarin.
Apabila melihat  suaminya dalam keadaan mencurigakan, wanita itu segera meluru, namun  suaminya meminta  mengikutnya ke balai polis.
Sebaik tiba di  balai polis baru isteri  mengetahui rupa-rupanya suaminya berusia 24  tahun itu berlaku curang di belakangnya bersama seorang wanita berusia  26 tahun di rumah mereka.
Drama berkenaan terbongkar  apabila  sekumpulan pegawai penguat kuasa Jaim dan polis menyerbu rumah itu   selepas menerima maklumat awam  kes khalwat itu kira-kira jam 2.30  petang.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin  Bani, berkata pihaknya terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu  rumah berkenaan dibuka.
Bagaimanapun, katanya, selepas pasti  rumah berkenaan berpenghuni, pegawainya kemudian bertindak memotong  kunci pintu jeriji rumah dan kemudian mengetuk pintu sekali lagi sebelum  tindakan pecah dilakukan.
“Bagaimanapun, sebaik membuka  pintu dan pemeriksaan lanjut dijalankan dalam rumah itu menemui satu  pasangan.
“Hasil soal siasat dilakukan, lelaki terbabit  mengaku itu rumahnya dan sudah berumah tangga serta tinggal bersama  isterinya dan seorang anak.
“Lelaki terbabit mengaku wanita  ditahan bersamanya itu adalah teman wanitanya sebelum mereka ditahan  untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini.
Menurutnya, ketika dibawa ke kenderaan Jaim sebelum ke balai polis, secara kebetulan dia terpaksa melalui kereta yang dinaiki isterinya.
Katanya, ketika itu, isterinya baru tiba dan terkejut melihat suaminya dalam keadaan mencurigakan.
“Pasangan terbabit  kemudian terus dibawa ke balai polis dengan isterinya turut sama sebelum  wanita malang itu baru mengetahui mengenai penangkapan suaminya kerana  berkhalwat dengan seorang wanita lain,” katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments (0)
Catat Ulasan