Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BN Mahu Selesaikan Tiga Isu Sebelum Bubar Parlimen

Label:

Tiga isu utama yang ditekankan oleh pemimpin umno BN untuk diselesaikan sebelum membubarkan parlimen.

1. Skandal PKFZ

2. Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

3. Kes kematian Teoh Beng Hock

Semua kes-kes di atas adalah yang berprofil tinggi yang boleh melemahkan umno BN. Sebab itulah BN seolah-olah hendak menyelsaikannya dengan cara yang terbaik supaya rakyat tidak terus menolak BN pada PRU 13 nanti.

[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengutamakan penyelesaian perkara-perkara berkaitan tiga isu utama — skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian misteri Teoh Beng Hock sebelum mempertimbangkan idea mengadakan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN dalam pertemuan mereka baru-baru ini telah bersetuju agar memberi tumpuan kepada ketiga-tiga isu ini bersama dengan usaha menangani persekitaran ekonomi sebelum BN boleh yakin untuk membubarkan Parlimen.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

“Ketiga-tiga isu ini perlu diselesaikan,” kata seorang pemimpin BN kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu sambil menekankan, tiada pilihan lain bagi mereka untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Meskipun ada cakap-cakap yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan mahu memanggil pilihan raya tergempar bersama pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011, tetapi konsensus kalangan pemimpin BN ialah negeri terbesar itu mengadakan pilihan rayanya terlebih dahulu.

Ada yang meletakkan Oktober ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri sebagai kemungkinan pilihan raya umum negeri Sarawak.

Kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) pula kemungkinan tidak akan mengikut langkah BN sekiranya diadakan pilihan raya tergempar di peringkat persekutuan atas alasan memerlukan masa untuk menunaikan janji-janji pilihan raya mereka.

Ia turut disahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Jumaat lalu.

Economist Intelligence Report edisi Ogos 2010, yang menyentuh soal Malaysia menyebut bahawa ia tidak yakin Najib sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum 2012.

“Walaupun prestasi baik dalam pilihan raya umum ke-13 akan memperkukuhkan mandat beliau, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini mengesyorkan bahawa pengundi kelihatan mudah berubah hati khususnya bukan Melayu, dan tiada jaminan yang pelan pembaharuan kerajaan, yang memihak kepada Bumiputera memenuhi selera kalangan etnik minoriti,” kata laporan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berpandangan bahawa paling cepat kemungkinan Najib akan memanggil pilihan raya adalah 2012.

Abdul Aziz juga menyenaraikan beberapa alasannya dalam mengetengahkan hujah itu.

Pemimpin-pemimpin BN juga berkata, soal kenaikan harga barangan ekoran penyelarasan subsidi dan protes berhubung soal agama, perjudian dan undang-undang pencegahan keselamatan juga kemungkinan akan melewatkan langkah kerajaan pusat memanggil pilihan raya umum.

Bagaimanapun difahamkan Najib telah meminta agar pihak berkuasa menyelesaikan beberapa isu semasa yang dilihat sebagai beban kepada BN.

Antaranya ialah tindakan membawa beberapa lagi individu yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan. Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik muncul sebagai individu berprofil tinggi dihadapkan di mahkamah kerana menipu Kabinet persekutuan dalam soal penilaian tanah pada 2002. Termasuk beliau setakat ini lima orang telah dibawa ke mahkamah.

Pentadbiran Najib juga dikritik kerana mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang, pemilik PKFZ, agar menjelaskan bon-bon yang diambil oleh vendor tanah dan kontraktor utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) meskipun wujudkan litigasi antara kedua-dua pihak berkenaan.

Isu kedua ialah kes liwat Anwar yang disambung semula hari ini dengan peguam-peguam beliau akan meneruskan sesi soal balas ke atas saksi-saksi berkaitan dengan aduan dibuat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah kes itu menjadi perhatian ramai apabila Saiful dikatakan menjalin hubungan romantis dengan salah seorang timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif. Pasukan pendakwa telah menggugurkan Farah Azlina minggu lalu.

Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen, mendakwa kes itu sengaja direka untuk memasukkannya beliau kembali ke penjara selepas PR memperoleh 82 kerusi di Dewan Rakyat dua tahun lalu.

Salah satu lagi isu yang menghantui BN ialah menyelesaikan misteri kematian Teoh, yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009. Pembantu politik DAP itu ditemui mati pada pagi dia sepatutnya mendaftar perkahwinan dengan tunangnya.

Inkues itu mengejutkan ramai apabila pakar dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor memberitahu bahawa kematian dia kemungkinan “80 peratus adalah kerana dibunuh”, bukannya membunuh diri.

Penganalisis-penganalisis politik berpendapat Najib kini memfokus terhadap isu-isu ini yang boleh menjejaskan populariti BN, selain isu-isu sosioekonomi yang muncul selepas beliau menerajui kerajaan pada April 2009.

“Najib juga memfokus terhadap soal ekonomi khususnya untuk menggerakkan Model Baru Ekonomi (MBE),” kata seorang pegawai Najib kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun ada yang berpandangan bahawa Najib tidak dapat mempertahankan syor-syor MBE ekoran protes daripada kumpulan-kumpulan mempertahankan hak Melayu seperti Perkasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berazam untuk membuka ekonomi yang berdaya saing dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bulan lalu pentadbiran Najib memperkenalkan dasar penyelarasan subsidi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat - langkah yang dilihat akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

BN juga perlu berhadapan dengan bantahan berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang di mana lebih 10,000 orang telah ditahan sepanjang lima dekad kewujudannya. Kerajaan berjanji untuk meminda akta itu dan hanya akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.

Malam tadi, polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan seorang di Ipoh yang menyertai kempen nyalaan lilin mendesak agar undang-undang itu dimansuhkan.

Kerajaan BN juga berusaha untuk menyelesaikan isu dan ketegangan yang bersangkutan dengan polemik penggunaan kalimah “Allah” selepas Mahkamah Tinggi akhir tahun lalu membenarkan akhbar gereja Katolik menggunakan perkataan itu dalam penerbitan mereka.

Comments (0)

BN Mahu Selesaikan Tiga Isu Sebelum Bubar Parlimen
Isnin, Ogos 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Ogos 02, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.