[SH] KOTA BAHARU - Keputusan untuk menyaman Petronas             berhubung tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan akan diketahui esok             selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri membuat keputusan.
      Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri,             Datuk Husam Musa berkata, peguam yang dilantik mengenai urusan itu terlebih             dahulu akan mengadakan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
"Jika semua berjalan lancar fail saman itu akan didaftarkan di Kuala Lumpur             pada 30 Ogos ini iaitu sehari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan.
"Perbincangan esok bagi membolehkan pihak peguam membuat penjelasan dan             berbincang mengenai draf writ saman yang akan dikemukakan nanti," katanya kepada             pemberita di sini, hari ini.
      Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac lalu sebulat suara meluluskan             usul untuk memberikan mandat kepada kerajaan negeri untuk mengambil sebarang             tindakan termasuk tindakan mahkamah bagi menuntut royalti minyak seperti mana             yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.
      Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf penyaluran wang ihsan menggantikan             royalti minyak oleh kerajaan pusat, dan telah menuntut lebih RM1 bilion royalti             tersebut berikutan hasil minyak yang dikatakan dikeluarkan dari kawasan perairan             negeri ini sejak beberapa tahun lalu.
      Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek             Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan             Petroleum 1974.
      Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak             RM25 juta yang telah diberikan kepada rakyat Kelantan pada Mei lalu.
      Mengulas perkara itu lagi Husam berkata, mantan Pengerusi Petronas yang juga             Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan             persetujuan untuk memberikan afidavit bertulis dalam kes saman itu nanti.
"Apa pun pintu rundingan masih terbuka antara kerajaan Kelantan dan Pusat             dan terpulanglah bagaimana kaedah untuk menyelesaikannya," katanya.                                                                                                   
Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA
Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI
Sembang & Pesanan

Comments (0)
Catat Ulasan