Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bos Suruh Bunuh Sosilawati

KUALA LUMPUR - Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.

Perbuatan kejam itu ada kaitan dengan majikan mereka yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian.

Berikutan kejadian itu, kata Bakri, polis yakin telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan menghentikan operasi mencari bahan bukti di sekitar Ladang Gadong.

"Polis percaya kes pembunuhan empat mangsa itu telah dapat diselesaikan berdasarkan urutan peristiwa, tindakan-tindakan dan juga bukti yang telah diperoleh.

"Kita akan mengemukakan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara, berkemungkinan minggu hadapan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

-kosmo

Comments (2)

Tahniah pihak Polis PDRM memang cekap dalam soal mencari bukti, menyiasat dan membuat tangkapan. Kita mungkin akan kecewa bila bab sipembunuh ini nanti mungkin boleh terlepas dan hanya dmenerima hukuman penjara utk beberapa tahun.. Mungkin konco-konconya sahaja yang menerima hukuman bunuh. Tambah lagi sipembunuh itui seorang peguam dan mungkin telah bersedia dari segenap sudut untuk tidak sabit dalam pembunuhan ini..

Sebelum ini ada kes bunuh yang telah kumpul semua bukti tapi lepas, yang telah ada lakunan semula tapi lepas, yang ada keterangan saksi tapi lepas....

Sama-sama kita tunggu dan lihat!!!

Kes ni memang kes kes berat beb..kalaulah terlepas gitu saja..huishhh itu nak kiamat namanya, bahaya tu namanya..

Bos Suruh Bunuh Sosilawati
Sabtu, September 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Sabtu, September 18, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 19 September 2010 2:22 PTG , ZHAM berkata...

Tahniah pihak Polis PDRM memang cekap dalam soal mencari bukti, menyiasat dan membuat tangkapan. Kita mungkin akan kecewa bila bab sipembunuh ini nanti mungkin boleh terlepas dan hanya dmenerima hukuman penjara utk beberapa tahun.. Mungkin konco-konconya sahaja yang menerima hukuman bunuh. Tambah lagi sipembunuh itui seorang peguam dan mungkin telah bersedia dari segenap sudut untuk tidak sabit dalam pembunuhan ini..

Sebelum ini ada kes bunuh yang telah kumpul semua bukti tapi lepas, yang telah ada lakunan semula tapi lepas, yang ada keterangan saksi tapi lepas....

Sama-sama kita tunggu dan lihat!!!

On 24 September 2010 12:22 PTG , Anok Kelate Jati berkata...