Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Hukum Pengetua Rasis Sebagai Bukti Kerajaan Serius Tangani Perkauman

Label:

(Gambar: Pengetua Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan rasis)

IPOH 8 Sept - Kerajaan mesti memastikan tidak ada tempat bagi pengetua dan guru yang mempunyai sikap rasis dalam sistem pendidikan negara dan sehubungan itu tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang terlibat membuat kenyataan berbaur perkauman.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata walaupun beliau mengalu-alu surat pekeliling Kementerian Pelajaran yang memberi amaran kepada pengetua dan guru bahawa tindakan akan diambil sekiranya mereka yang membuat sebarang kenyataan rasis namun apa yang perlu dilakukan kini ialah menghukum sekerasnya dua pengetua rasis didedahkan media baru-baru ini.

"Kerajaan mesti memberi hukuman seberatnya kepada kedua pengetua tersebut untuk menghantar mesej jelas bahawa cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan tentukan tidak ada lagi pendidik yang rasis.

"Cara hukuman tradisi dengan menukar guru atau pengetua ke sekolah lain tidak lagi boleh diterima sebagai hukuman yang wajar. Malah ini dilihat hanya memindahkan masalah sediada.

"Saya yakin sekiranya tinjauan dibuat dikalangan orang ramai, majoriti rakyat Malaysia sudah tentu akan mengatakan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan yang tegas," tegas Kula Segaran dalam satu kenyataan media Isnin lalu.

Laporan media memetik surat pekeliling dari Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom bertarikh 26 Ogos bahawa beliau memandang serius dakwaan yang melibatkan segelintir pendidik yang membuat kenyataan perkauman di sekolah.

Kula Segaran yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata pendidik dipandang tinggi dalam masyarakat serta memainkan peranan penting membentuk peribadi, siasah dan pemikiran pelajar.

Malah kata beliau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengatakan persoalannya bukan samada pendidik bersikap rasis adalah kumpulan minoriti tetapi hakikatnya pastikan tidak ada langsung pendidik yang rasis.

Beliau berkata rakyat menunggu bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Bukit Selambau yang didakwa membuat kenyataan perkauman berdasarkan komen Perdana Menteri bahawa tidak ada toleransi ke atas perkauman.

"Hukuman yang lambat akan menimbulkan persoalan mengapa kerajaan terlalu lambat bertindak.

"Kegagalan pemimpin kerajaan untuk mengutuk kenyataan pengetua tersebut sejak awal lagi bermakna mereka kehilangan peluang keemasan untuk menghantar mesej bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap pendidik yang bersikap perkauman," ujar beliau lagi.

-Suara Keadilan

Comment (1)

ambil tindakan juga terhadap namewee dan katy budak cina

Hukum Pengetua Rasis Sebagai Bukti Kerajaan Serius Tangani Perkauman
Rabu, September 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, September 08, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 8 September 2010 12:19 PTG , Awanama berkata...