Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Hanya Azmin berpuas hati, kata Zaid Ibrahim

Label:

PETALING JAYA – Penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang amat jelas dan disedari oleh semua calon namun Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menafikannya.

Bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau mengambil keputusan menarik diri bukan kerana keputusan pemilihan di Sabah tetapi beliau sudah lama menyedari penipuan dalam pemilihan terutamanya melibatkan calon Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Menurutnya, Anwar melalui Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) secara terang bertindak berat sebelah dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan Azmin walaupun sebelum ini beliau melaung-laungkan satu pemilihan parti yang bersih.
Katanya, untuk membetulkan semula perkara ini, beliau menegaskan pencalonan Azmin harus dibatalkan selain meminta Anwar berundur kerana isu ini telah memecah-belahkan parti pada semua peringkat.

“Anwar dan Azmin adalah punca segala masalah, mereka telah jadikan perkara ini serius kerana sanggup buat apa sahaja kerana mahu memenangkan Azmin. Semua calon tidak berpuas-hati kecuali Azmin seorang sahaja.

“Bagaimana mahu memimpin negara sekiranya pemilihan parti pun tidak boleh dibuat dengan cara yang betul, jelas sekali PKR adalah sebuah parti yang amat lemah,” katanya pada sidang media di rumahnya semalam.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan keluar dari PKR tetapi beliau akan terus berjuang untuk memastikan parti ini menjadi sebuah parti yang benar-benar boleh diterima rakyat.

Selain itu, Zaid turut mendesak PKR harus mempunyai satu barisan kepimpinan yang baru demi mengembalikan imej dan berupaya menjadi parti pembangkang yang kuat di negara ini serta kekal relevan dalam suasana politik negara.

“Saya harus cakap, jika PKR mahu ke hadapan, Anwar dan Azmin harus berundur, kita patut ada ketua baru, fokus yang baru dan kepimpinan yang baru,” katanya.

Ditanya sama ada Zaid melakukan semua ini kerana mahukan sesuatu, beliau menegaskan bahawa kemasukkannya dalam PKR bukan untuk main-main tetapi beliau mahukan satu perubahan politik demi masa depan negara ini.

“Dengan jujur saya cakap di sini, saya lakukan semua ini bukan untuk ‘show’, tetapi saya menegakkan kebenaran kerana jelas penyelewengan telah berlaku, jadi saya perlu bersuara,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub turut mendesak agar pemilihan parti dibatalkan kerana terdapat terlalu banyak kepincangan dan ini sekaligus menjejaskan integriti dan kredibilti JPP.

Katanya, oleh sebab itu, satu memorandum akan dihantar kepada Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah untuk mempersoalkan sistem dan perjalanan yang amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan.

“Saya mendesak supaya JPP mengistiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tiada tindakan yang dibuat, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

“Saya percaya calon yang bertanding bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
-sinarharian

Comments (0)

Hanya Azmin berpuas hati, kata Zaid Ibrahim
Selasa, November 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, November 09, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.