Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

MB gantung tugas Tim. Pengurus Besar Yayasan Selangor

Label:

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan
selesai dijalankan.

Ini berikutan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor yang berlangsung semalam.

Baginda berpendapat kos melebihi RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang mana adalah amat tinggi dan membazir.

Sehubungan itu, Khalid berkata Kerajaan Negeri memutuskan membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS sehingga laporan penuh audit siap yang dijangka akhir bulan ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri turut mengarahkan juru audit bebas untuk menyiasat semua dakwaan yang dibangkitkan berhubung dengan urustadbir PKNS.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarahkan supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan," ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dalam memastikan pentadbiran negeri, agensi kerajaan dan anak-anak syarikatnya diuruskan dengan baik dan setiap wang yang dibelanjakan digunakan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.
-S/Keadilan

Comments (0)

MB gantung tugas Tim. Pengurus Besar Yayasan Selangor
Isnin, November 15, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, November 15, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.