Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PAS kalah di Galas kerana faktor...

Label:

(Ketua Pemuda PAS Gua Musang)

Mungkin ini salah satu faktor PAS kalah di Galas...

Saya petik:

[FMT] GALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof.

Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.

Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.

Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.

"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.

"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.

"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.

Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.

Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.

"Dalam kes Dr Zul, ramai pengundi PAS berkata beliau tidak sesuai lagi menjadi calon Galas kerana sudah kalah dalam pilihanraya lalu ketika bertanding kerusi parlimen Gua Musang.

"Ini kawasan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Mana boleh kita letak calon sembarangan.

"Jangan kata kita menang di Galas pada 2008 kerana kita akan kuat selalu. Itu faktor nasib," katanya.

Dalam pilihanraya umum 2008, calon PAS Che Hashim Sulaima mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Bagaimanapun Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat barah.

Comment (1)

apa duk mengarut ni, kalah PRK Galas tiada kaitan dgn calon. Kalau turun calon dari langit pun, PAS akan kalah. PAS akan menang di Galas hanya dengan pertolongan dari Allah, atau tuah.
Bagaimana PAS nak menimbus undi orang asal, cina, india dan pos yang berjumlah 3000.
Kemenangan Chek Hasyim dalam pilihanraya PRU12 sesuatu yg ajaib dan dikakalkan oleh Allah hanya selama 2 tahun.
Yang benar adalah kita telah kembalikan Galas kepada tuannya. Terima kasih Galas kerana memberi kesempatan kepada PAS selama 2 tahun.
إنا لله وإن اليه راجعون

PAS kalah di Galas kerana faktor...
Sabtu, November 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Sabtu, November 06, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 6 November 2010 pada 2:43 PTG , antiPengarut berkata...