Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bekas ketua umno cawangan ini kembali kepada umno selepas 3 hari sertai PAS. Adakah beliau diugut?

Label:

(Gambar: Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25, Muzammil menyerahkan borang kepada Presiden PAS)

Selepas tiga hari menyertai PAS, Muzammil Muallif, 51, pada Sabtu mengumumkan pendirian untuk kembali ke pangkuan Umno.

Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25 itu berkata, tindakannya menyertai PAS merupakan satu kesilapan besar apabila menyedari bahawa tidak ada mana-mana parti selain Barisan Nasional (BN) dan Umno yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakannya kembali kepada Umno adalah pertimbangan peribadi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Setelah difikir dengan semasak-masaknya, tanpa dipaksa, ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka dengan ini saya mengisytiharkan untuk kembali kepada Umno.

"Melihat kepada hasil perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat di negara ini termasuk pembukaan Felda dan Felcra, saya tidak yakin mana-mana parti terutama PAS dan Pakatan Rakyat mampu menandingi sumbangan BN," katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia turut menafikan membawa bersama 11 orang ahli Umno dari Jengka 25 menyertai PAS bersamanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak membawa mana-mana ahli Umno Jengka 25 semasa saya keluar (Umno) tempoh hari.

"Berkemungkinan 11 orang yang diuar-uarkan oleh PAS itu terdiri daripada penyokong PAS sendiri," katanya.

Rabu lalu Muzammil dilaporkan bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan itu disifatkan PAS sebagai tekanan kepada terhadap Umno.

Comments (2)

bukan senang nak jadi pejuang yg asli...tapi kalau jujur kerana Allah swt...insyallah segalanya boleh ditempuhi.

drp pemuda ampang

Mudahnya Pimpinan PAS ditipu dan dimanipulasi.PGS PAS terlalu lemah menilai,kemasukkanya dulu pun diupah untuk meleka dan menyedapkan petugas PAS,kembalinya keUMNOAPCO pun diupah kerana tindakan itu memberi keuntungan yang besar disudut politik kepada BN.Kebanyakkan orang UMNO(melayu)mudah gelap mata bila kilauan wang ringgit serta jawatan ditawarkan.Lupakah kita kepada Dato Nasaruddin Hashim,yang berpidato dengan penuh keinsafan,dihadapan puluhan ribu warga Bota,akhirnya dialah dalang yang meruntuhkan kerajaan PR di Perak darul Ridzuan.Bukti kelemahan PGS dalam Pakatan Rakyat,untuk menilai sesuatu peristiwa dan suasana.

This entry was posted on Sabtu, Mac 05, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 5 Mac 2011 pada 8:45 PTG , Tanpa Nama berkata...

bukan senang nak jadi pejuang yg asli...tapi kalau jujur kerana Allah swt...insyallah segalanya boleh ditempuhi.

drp pemuda ampang

On 7 Mac 2011 pada 11:02 PG , melor45 berkata...