Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kerana meminta alihkan motor, lelaki dibelasah dan dihumban ke dalam gaung

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Gara-gara meminta kerjasama sekumpulan ‘mat motor’ mengalihkan motosikal untuk memberi laluan kepada lori dipandu, seorang pemandu lori menerima padah selepas dibelasah dan dicampakkan ke dalam gaung dalam satu kejadian di Kampung Seberang Marang, Marang, awal pagi kelmarin.

Akibat kejadian tragis itu, mangsa, Zulkifli Sulung, 45, dari Shah Alam cedera parah di muka, pendarahan di mata kiri serta lebam di badan kesan dipukul dengan topi keledar dan cota oleh kumpulan ‘mat motor’ lebih 10 orang itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 4.45 pagi ketika dia bersama seorang rakannya membawa muatan barangan untuk dihantar ke kedai serbaneka 24 jam di situ.

“Sebaik tiba di lokasi terbabit, kumpulan ‘mat motor’ itu sedang melepak dan disebabkan lori saya sukar melalui laluan sempit itu, saya meminta kerjasama mereka mengalihkan motosikal diparkir. Namun, permintaan saya tidak diendahkan,” katanya.

Zulkifli berkata, disebabkan kumpulan ‘mat motor’ terbabit enggan memberi kerjasama, dia mengalihkan sendiri motosikal itu.

“Namun, sejurus saya mengalihkan motor itu, pemiliknya memberontak dan memaki hamun saya. Dalam masa sama, dia menghubungi rakannya dan beberapa minit kemudian, sebuah kereta tiba lalu menyerang saya.

“Mereka menutup muka saya dengan kain dan saya dibelasah teruk walaupun merayu meminta maaf,” katanya.

Menurutnya, selepas dibelasah, kumpulan itu membawanya masuk ke dalam kereta dan diletakkan di tempat letak kaki dan dipijak.

“Ketika itu, saya hanya ingat mati. Saya tidak berdaya melawan kerana mereka terlalu ramai sedangkan saya seorang. Manakala rakan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana takut,” katanya.

Zulkifli berkata, dia dibawa ke kawasan perindustrian Bukit Koh, Marang dan dia dicampakkan ke dalam gaung.

“Sebelum dicampak, mereka sempat membelasah dan merampas telefon bimbit serta beg duit saya,” katanya.

Zulkifli berkata, dia terpaksa merangkak dalam kesakitan sejauh kira-kira satu kilometer untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

(Gambar hiasan)

Comments (0)

This entry was posted on Isnin, Jun 27, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.