Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Internet mungkin diganggu menjelang BERSIH

Label:

Saya petik:

[MK] Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.

“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Comments (0)

Internet mungkin diganggu menjelang BERSIH
Khamis, Julai 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Khamis, Julai 07, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.