Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi  dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai  Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan  kerajaan bersetuju membayar pampasan.
Penyelesaian kes itu  dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee  Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
Hemy  Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan  mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada  2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak  RM10 juta dan berkata apa yang  berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di  khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.
Pada  Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang  bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri  mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi  manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Bagaimanapun  sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi  sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan  di bahagian tertentu tubuh seseorang. - m'kini
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments (0)
Catat Ulasan