Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Murid mati selepas makan juadah berbuka

Label:

 Gambar sekadar hiasan

Enam turut alami muntah, cirit birit
 MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. -bharian

P/s: Takziah buat keluarga mangsa. Semua itu adalah ketentuan Allah. Kepada pembaca semua, berhati-hatilah ketika membeli juadah berbuka puasa kerana mungkin makanan yang anda beli sudah beracun...  

Comment (1)

Inilah masalah perangai orang melayu yg kununya Islam... kalau puasa tu wajib pergi bazar ramabdhan 2x wajib bagi mereka. tak boleh ke tak payah bergatung hidup dgn bazar ramadhan ni. dah lah mahal, kualiti penyediaan makanan pun tak terjaga. Itu belum sentuh bab halal-haram lagi. Lebih baik masak makanan di rumah walaupun nerlaukkan telur mata kerbau. Itu jauh lebih baik.

Kita kena pilih untuk membeli makanan dari peniaga yg menjaga solat, menutup aurat dan menjaga agama kerana makanan yg disediakan oleh mereka yg fasik akan menjejaskan jiwa umat Islam yg memakannya.

Peniaga2 bazar ni pun satu hal... nak cari rezeki tu carilah. tak sapa pun halang tapi janganlah sampat sekat jalanraya dan menyusahkan orang ramai... tak boleh ke cari rezeki tanpa menyusahkan masyarakat. pihak berkuasa pun satu hal, bukan nak kawal. duit lesen hangpa kebas.

Agak2 kalau beli ayam kat bazar ramadhan atau pasar minggu tu, pernah tak terfikir akan sembelihan ayam tu. siapa yg sembelih, siapa yg bekalkan ayam, siapa yg bersihkan ayam tu. sebab org yg jual ayam tu tak ambil tahu langsung. Mereka tak peduli ayam tu datang dari mana. Kalau ayam mampos pun dia tak tahu. Yg dia tahu dapat bekalan ayam murah dan dapat untung banyak. Yg dia tahu cincang, bungkus dan timbang...

Kita kena amat berhati2 dgn sumber makanan yg dimakan sebab tumbuhnya daging dari makanan yg tidak halal akan mendapat balasan api neraka... Nauzubillah!!!

Murid mati selepas makan juadah berbuka
Rabu, Ogos 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Ogos 10, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 10 Ogos 2011 pada 10:10 PG , otaklunyai berkata...