KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara  dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ  telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat  siber haram Jalan Air Putih dekat sini. Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. Beliau ditangkap ketika sedang asyik bermain "mesin kuda"  di premis berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak  beberapa hari yang lalu sebenarnya. Namun, dek kerana takut mendapat aib  dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes  tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Namun,  atas sikap prihatin beberapa orang saksi  pada hari kejadian maka  perkara ini akhirnya didedahkan. Sementara itu, beberapa orang penduduk  yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan. "Sungguh  memalukan, beliau yang disanjung sebagai pemimpin masyarakat peneroka  di sini tiba-tiba menconteng arang ke muka kami. Jika inilah sikap  pemimpin yang kami pilih, maka sia-sia sahaja harapan yang diberikan  kepada beliau selama ini. Tergamak dia berjudi, sedangkan dia tau  perbuatan itu  haram di sisi agama. Malah, tindakan berjudi mesin kuda  itu juga jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin berkenaan", kata mereka.
Sumber: pahangdaily 


Comments (0)
Catat Ulasan