Saya petik:
 [HD] KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS  Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian  semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.
Sambil  membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS,  Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu  “paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.
"Tulisan  Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS  tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat.
"Tidak  pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan  ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin  Umnolah yang telah menjaja isu ‘takfir’ ini setiapkali musim  pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu.
Hasbullah  menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang  batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno  menjadi isu kafir mengkafir.
Selain  membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa  turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu  tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini.
"DPPNS  merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji  Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan  berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno,"  tegasnya.
Malah,  ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah  berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat  kepada pihak lain.
Keadaan  sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat  hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta.
Sambil  menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah  berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada  pimpinan parti yang dianggotainya itu.
"Tutur  kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina  hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian  oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin  pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan  membodek untuk menjadi calon pilihanraya.
"DPPNS  menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan  dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi  ‘syaitan bisu’ yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan  pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di  atas muka bumi ini," katanya.


Comments (0)
Catat Ulasan