Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

'Tiada Tosai' Untuk Timbalan Ketua Polis Negara Hari Ini

[mStar] AMPANG: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar tidak mendapat tosai telur yang sebelum ini dijanjikan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) WargaAman.

Khalid mengucapkan terima kasih kepada kumpulan itu kerana mendengar nasihat agar tidak menubuhkan gerai di sepanjang jalan utama.

"Saya memberitahu mereka bahawa tidak perlu hanya membawa tosai telur kepada saya," kata Khalid, Ahad.

WargaAman, yang terdiri daripada 20 kumpulan NGO telah merancang untuk membuka gerai tosai di luar rumah Khalid di Ampang pada Ahad "untuk mempromosikan makanan warisan negara" selepas Khalid menyindir bahawa beliau akan berasa gembira untuk menyertai parti tosai.

Setiausaha Agung WargaAman, S. Barathidasan berkata selepas memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan membuka gerai tosai, kumpulan ini, pada Jumaat dapat berhubung dengan Khalid dan memberitahunya bahawa mereka sendiri akan menyerahkan tosai kepadanya.

Sebelum itu, beberapa pihak, termasuk Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, menyeru WargaAMAN agar tidak meneruskan "protes tosai."

Comments (0)

'Tiada Tosai' Untuk Timbalan Ketua Polis Negara Hari Ini
Ahad, Mei 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Ahad, Mei 20, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.