[SH] ISLAMABAD - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran
AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang
mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat
Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat nyawa setakat ini.
Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.
Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Sebuah pawagam dimiliki oleh Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.
Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.
Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas akibat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.

Comments (0)
Catat Ulasan