Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Guna Wang PBT untuk Selenggara Rumah, Bekas YDP MPS Dipenjara 3 Tahun

BAKARUDDIN dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

[mStar] SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnyasendiri.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No. 14413 JalanLaksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.

Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. BERNAMA

P/s: Tu dia...guna duit rakyat untuk kepentingan peribadi....

Comments (2)

keluar penjara nanti , rumah yg telahsiap di 'ubahsuai' dah siap menunggu....tapi itulah anak isteri dan keluarga rasa apa lah agaknya ye??

Yang kecik2 confirm kena.....yang besar2 berbillion guna wang rakyat beli cincin, beli harta, simpan kat luar negara (wang haram RM200billion) confirmtak kena.......cover line....

Guna Wang PBT untuk Selenggara Rumah, Bekas YDP MPS Dipenjara 3 Tahun
Jumaat, Disember 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Disember 21, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 21 Disember 2012 pada 9:39 PG , puspawangi berkata...

keluar penjara nanti , rumah yg telahsiap di 'ubahsuai' dah siap menunggu....tapi itulah anak isteri dan keluarga rasa apa lah agaknya ye??

On 21 Disember 2012 pada 11:46 PG , Tanpa Nama berkata...