Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Objek dikutip di Lautan Hindi tiada kaitan MH370, kata Amsa

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia melakukan operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi untuk mengesan dan mengutip objek yang dilihat satelit, mungkin berkait dengan MH370.

Beberapa objek yang dikutip oleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) malam tadi, objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, Amsa berkata, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan daripada pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah daripada MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Menurut Amsa, aktiviti pencarian semalam meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth hari ini selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini. – Bernama, 31 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider

Comments (0)

Objek dikutip di Lautan Hindi tiada kaitan MH370, kata Amsa
Isnin, Mac 31, 2014 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Mac 31, 2014 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.