Belum kahwin dah buat perangai buruk. Kalau ada lagi perempuan yang masih sayang kat jantan ni, memang nasib malang la....
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Hasrat seorang wanita memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya bertukar mimpi ngeri apabila dia bukan saja dibelasah di sebuah rumah di Kulai, malah turut dimandikan dengan minyak hitam oleh teman lelakinya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu, lelaki terbabit hilang pertimbangan selepas mangsa yang tawar hati dengannya menyatakan hasrat berkenaan.
Berdasarkan laporan polis, mangsa dibelasah menggunakan kayu di belakang badannya selain disepak beberapa kali sehingga tersungkur.
Tanpa menghiraukan rintihan dan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian, suspek yang berusia 18 tahun memijak badan gadis berkenaan sambil menarik rambutnya.
Suspek menyimbah minyak hitam ke atas mangsa selain melumur cecair terbabit di mukanya.
Mangsa cuba melarikan diri, tetapi gagal dan akibatnya dia dihumban ke dalam rumah dan ‘dihukum’ lebih teruk lagi oleh suspek.
Dalam laporannya, mangsa mengatakan kejadian itu bukan pertama kali menimpa dirinya, malah suspek kerap bertindak ganas setiap kali mereka bertengkar.
Mangsa mendakwa suspek turut mengugut hendak menikamnya jika membuat laporan polis berkaitan kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mangsa, kelmarin.
“Kertas siasatan sudah dibuka dan kami mengesan lokasi remaja lelaki terbabit untuk direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
(Gambar sekadar hiasan)
Hahaha... gemuk!! Perkara sensitif bagi sesetengah orang terutamanya wanita. Kerana gemuk, orang sanggup habiskan duit untuk nampak kurus....
Saya petik:[Bernama] Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini."Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat."Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di Kuala Lumpur hari ini.Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.
(Gambar: Pasangan kekasih sedang lena tidur ketika ditahan)PANDAN INDAH - Sepasang kekasih yang sedang lena dibuai mimpi terkejut apabila Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam kerana disyaki berkhalwat. Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat serta aduan orang awam. “Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah tidak dikunci dan keadaan ruang tamu agak gelap. Setelah lampu rumah dibuka, kami mendapati pasangan tersebut tidur di ruang tamu. “Anggota penguat kuasa terus memperkenalkan diri setelah mengejutkan pasangan terbabit,” katanya. Menurutnya, sebelum pihaknya menyerbu rumah dipercayai disewa teman wanita pasangan itu, pegawai Masjid Al-Azmin mendapati pintu rumah itu ditampal ‘angpow’ Tahun Baru Cina dan beberapa tanglong bertujuan bagi mengaburi jiran tetangga dan pihak penguatkuasa. Ahmad Nawi berkata, ketika tangkapan, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek. “Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membolehkan pihaknya membuat laporan. “Kami hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Pada masa sama, pegawai Masjid Al-Azim turut menjalankan Operasi Cegah Maksiat yang bermula pada jam 12.30 malam hingga jam 7 pagi di beberapa kawasan tumpuan seperti di Bukit Langat, Bukit Permai dan pihaknya turut memantau di beberapa kawasan sekitar taman permainan dan padang di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Perdana dalam usaha memerangi aktiviti tidak bermoral. “Seramai 90 remaja ditahan di dalam operasi itu di beberapa lokasi berasi- ngan, pihak kami turut berhadapan dengan beberapa remaja yang ‘keras kepala’ ketika kami melakukan operasi di Bukit Langat. “Bagaimanapun perkara tersebut berjaya dikawal setelah kami memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada mereka,” katanya. Sementara itu, Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit dan mereka perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah. “Tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut,” katanya. Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. “Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa memberi alasan kukuh. ”Saya berharap mereka dapat memberi kerjasama atau berhadapan tindakan tegas daripada Jais,” katanya.
-SinarHarian
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatanselesai dijalankan.Ini berikutan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor yang berlangsung semalam.Baginda berpendapat kos melebihi RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang mana adalah amat tinggi dan membazir.Sehubungan itu, Khalid berkata Kerajaan Negeri memutuskan membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS sehingga laporan penuh audit siap yang dijangka akhir bulan ini.Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri turut mengarahkan juru audit bebas untuk menyiasat semua dakwaan yang dibangkitkan berhubung dengan urustadbir PKNS."Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarahkan supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting."Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan."Jabatan Perhubungan Awam PKNS dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan," ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dalam memastikan pentadbiran negeri, agensi kerajaan dan anak-anak syarikatnya diuruskan dengan baik dan setiap wang yang dibelanjakan digunakan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.-S/Keadilan

PUTRAJAYA: Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?,” kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada UMNO.
“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen Barisan Nasional (BN), orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, di sini pada Sabtu.
Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.
Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru. - BERNAMA
-Mstar
Oleh Ustaz Saiful Bahri13 menjadi angka kegemaran Pak Lah apabila membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008, dan plat keretanya bernombor 13. Ternyata Pak Lah tersilap percaturan apabila Barisan Nasional mencipta rekod terburuk dalam sejarah Malaysia merdeka.Malaysia juga pernah dalam sejarahnya menghadapi perbalahan kaum yang berlaku pada 13 mei 1969. Setiap kali datang 13 Mei, kerajaan berkesempatan melangsungkan agenda kempen perpaduan atau agenda propaganda, menakutkan rakyat agar kekal bersatu-padu.Heran juga. Ketika manusia berada di alaf millennium, ketika Malaysia memiliki menara kembar tertinggi di dunia dan kini kearah membina pencakar langit 100 tingkat, masih ada manusia mempercayai metos, tahyul dan khurafat. Tetapi apabila ramai orang mempercayai dan meyakininya menyebabkan timbullah rasa ketakutan dan phobia terhadap angka tersebut.Bagaimana pula dengan PRU-13. UMNO-BN sekarang macam cacing kepanasan. Mereka sudah phobia dengan angka 13 itu. Walaupun mereka mengaku kuat, tetapi kepercayaan yang mereka akan tumbang menyelinap dicelah hati mereka. Najib tahu, kerana itulah beliau menyuarakan akan mempertahankan UMNO-BN meskipun berkecai tulang.Ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bagaimana DATUK NOOR AZAM (Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad) berkata: TIADA lagi esok untuk kita!Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13."Dizaman TV di Malaysia yang banyak menayangkan cerita-cerita hantu dan khurafat ini akan menyegarkan kembali kepercayaan lama meskipun tahyul. Kepercayaan angka 13 membawa sial ini menapak sejak sekian lama.Kepercayaan angka 13 dianggap sial berasal dari pengetahuan kuno bernama Kabbalah. Kabalah merupakan sebuah ajaran mistis kuno, yang telah dihimpun oleh Dewan Penyihir tertinggi rejim Fir’aun yang kemudian diteruskan oleh para ahli sihir dan pengamal perubatan mistik khususnya oleh kaum Zionis-Yahudi yang kemudian mengangkatnya menjadi satu gerakan politik dan agama yang sekarang ini, ajaran Kabbalah telah menjadi trend baru di kalangan selebriti dunia.
Bangsa Yahudi sebagai pemelihara Kabbalah. Di Marseilles, Perancis Selatan, mereka telah membukukan ajaran Kabbalah. Mereka juga dikenal sebagai kaum yang gemar bermain dan menilik angka-angka (numerologi), sehingga mereka dikenal pula sebagai sebagai kaum Geometrian. Dalam kepercayaan Kabbalah, angka 13 menempati posisi suci, sebab itu banyak digunakan dalam berbagai simbol dan arsitektural.Menurut mereka, angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandung berbagai daya magis dan sisi religius, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkait Kabbalisme, mereka selalu menyusupkan unsur angka 13 ke dalamnya. Penyisipan simbol angka 13 terbesar sepanjang sejarah manusia dilakukan kaum ini ke dalam lambang negara Amerika Serikat. The Seal of United States of America yang terdiri dari dua sisi (Burung Elang dan Piramida Illuminati) sarat dengan angka 13.Bagi orang cina kedua angka itu tiada ‘ong’ dan dianggap sial. Pusat perniagaan yang memilki bangunan tinggi di China, tidak ada yang namanya lantai 13 dan 14.. Di Barat, angka 13 juga dianggap membawa bencana. Anda tidak menjumpai lantai 13. Biasanya, setelah angka 12 terus diloncat ke 14. Atau dari 12, 12a dulu baru 14. Begitu juga tidak ada nama jalan di Amerika yang menggunakan 13th Street atau 13th Avenue .Fenomena ini terdapat di banyak negara dunia.Di dalam Kristian, angka 13 ini mengingatkan mereka akan kisah perjamuan terakhir, di mana murid yang ke-13 berkhianat terhadap Jesus. Angka 13 jika bersamaan waktunya dengan hari Jum'at (hari yang oleh orang Kristen dipercaya sebagai hari kematian Jesus) dianggap sial dua kali lipat (Fiday 13). bangsa Amerika rupa-rupanya juga menganggap angka 13 sebagai angka yang harus dihindari.Angka 13 memang sering diartikan sebagai angka sial, angka yang berhubungan dengan dunia mistik, dan juga penyembahan terhadap Lucifer. Napoleon Bonaparte, Paul J. Getty, dan Franklin Delano Roosevelt sangat percaya dengan kesialan angka 13 ini sehingga selalu menghindari makan malam dengan 13 orang.Paul Hoffman, di dalam Smithsonian Magazine (Febr, 1987), menyatakan jika fobia terhadap angka 13 ini telah menelan biaya satu miliar dollar AS pertahun karena fobia itu telah menyebabkan orang mangkir dan membatalkan keberangkatan kereta dan pesawat terbang, serta mengurangi aktivitas perdagangan di setiap tangal 13 setiap bulannya.Bagi orang Islam, mempercayai semua ini adalah khurafat dan boleh membawa kepada syirik. Tetapi bagi ahli UMNO-BN sudah menjadi desas-desus, sudah menjadi api dalam sekam yang PRU-13 BN akan menjadi Be End. Sebab itulah mereka menjadi ketakutan menghadapi PRU 13 ini.Bagi Pas perjuangan menegakkan Islam ini perjuangan yang berterusan sehingga ke Hari Kiamat. Tiada jalan mudah maupun jalan singkat. Tetapi janji Allah Swt pasti benar bahawa perjuangan Islam itu akan menang di dunia maupun diakhirat. Dan kepercayaan bahawa UMNO sebagai Parti Keramat juga khurafat. Di harapkan ulama UMNO mendidik ahlinya agar menjauhi khurafat ini dan dibimbangi kalau orang ramai dok ratib bahawa PRU 13 adalah bencana politik buat UMNO-BN, nescaya Allah akan memperkenankannya dan PR akan ke mahligai Putrajaya dan Najib akan demam tak kebah-kebah. Rasulullah Saw menyebut akan hadis qudsi yang bermaksud : “ Aku mengikut syak sangka hambaku”. Bersangka baiklah terhadap Allah Swt dan I’Allah, Allah akan memperkenankan doa kita. Tapi doa siapakah antara PR & BN yang makbul buat Pru-13 nanti?
(Gambar : Rumah mangsa)Kerja bodoh!! Bertindak melulu tanpa usul periksa. Kalau betul si isteri ada kekasih gelap, bertindaklah dengan bijaksana. Kalau dah jadi macam ni, lokaplah jawabnya...
Saya petik:
[KS] KUANTAN – Perasaan cemburu seorang suami terhadap isteri yang disyaki beralih cinta kepada lelaki lain sampai di kemuncak apabila dia bertindak menyerang ahli keluarga kekasih isterinya itu dengan sebilah pedang samurai semalam.
Kejadian pukul 9.30 pagi di tingkat satu, Blok D Flat Alor Akar di Lorong Alor Akar di sini itu mengakibatkan seorang pengasuh kanak-kanak, Suzziana Mohd. Hopiah, 24, suaminya, Mohd. Taufik Abdul Razak, 36, dan kanak-kanak lelaki yang diasuh wanita itu, Anas Safian Efa Rizal, 3, cedera parah.
Suzziana cedera di kepala, luka lengan kiri dan belakang badan. Mohd. Taufik pula diserang di kepala dan lengan kiri manakala Anas Safian luka di kepala dan tangan kiri. Ibu jari kanak-kanak itu juga hampir putus dan kaki kirinya patah.
Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang ditemani dua rakannya telah naik angin lalu mengamuk apabila lelaki yang disangka kekasih gelap isterinya tiada di rumah tersebut. Lelaki itu, Shahrul Ridzwan, 20, merupakan adik Suzziana.
Shahrul Ridzwan yang berada di Dungun, Terengganu ketika kejadian kemudian telah pergi ke sebuah balai polis di situ untuk memberi keterangan pada pukul 4 petang semalam. Isteri suspek pula gagal dikesan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian dikatakan berpunca ekoran suspek tidak berpuas hati selepas mendakwa Shahrul Ridzwan telah melarikan isterinya.
Katanya, suspek bersama dua lagi rakannya pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.
“Sebaik pintu dibuka oleh seorang anak angkat Suzziana, suspek terus bertanyakan di mana adik Suzziana berada. Suami mangsa yang mendengar kekecohan tersebut keluar dari bilik.
“Suspek yang naik angin terus menetak suami mangsa dengan sebilah pedang samurai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini semalam.
Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.
Manusia seperti Hamidah Mat Som inilah yang merosakkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat.
Oleh Rahmah Ghazali
DUN SELANGOR SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengesahkan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan yang menyelubungi negeri ini sejak beberapa bulan lalu.
Langkah ini diambil berikutan pemecatan terhadap seorang lagi ahli MPK, Tee Boon Hock yang melakukan kesalahan yang serupa Ogos lalu.Menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek), ahli exco negeri untuk kerajaan tempatan Ronnie Liu memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco kerajaan negeri ke 30, yang tarikhnya tidak pula diketahui.
"Mesyuarat itu mengesahkan bahawa beliau (Hamidah) dipecat dan diputuskan sepucuk surat pemecatan akan dihantar oleh pejabat menteri besar," kata Liu.
Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.
Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah berkata bahawa laporan audit akan dijalankan terhadap MPK bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Sementara itu, Tee dipecat selepas beliau didapati mengeluarkan surat-surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anaknya mempunyai kepentingan.
Sumber: kerajaanrakyat
NEW YORK - Gara-gara terlalu percaya, adik kepada Sultan Brunei memberikan kunci istananya kepada seorang peguam Britain termasyhur bersama isterinya, menyebabkan mereka mencuri lebih AS$4.5 juta (RM14 juta) harta putera itu. Peguam, Thomas Derbyshire dan isterinya didakwa atas tuduhan pecah amanah selepas mencuri daripada majikan mereka, Putera Jefri Bolkiah, 56, yang melantik kedua-dua pesalah untuk menjaga asetnya. Putera Jefri mengemukakan saman kepada pasangan itu yang dituduh menjalankan tujuh skim untuk mencuri harta putera itu, termasuk menggunakan AS$3.1 juta (RM10 juta) daripada wang miliknya untuk membeli sebuah rumah di California. Perbicaraan kes saman itu mendedahkan sedikit sebanyak gaya hidup mewah Putera Jefri, iaitu antara individu paling kaya di dunia yang pernah memiliki lebih 2,000 kereta, 600 hartanah, sembilan pesawat dan lima kapal. Pasangan peguam itu menolak tuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan mengemukakan saman balas bagi menuntut hutang sebanyak AS$7.4 juta (RM22 juta) daripada Putera Jefri.
-sinarharian
Gadis setan!! Sanggup mencuri bersama teman lelaki demi membeli dadah...Saya petik:
[HM] SERDANG: Dua gadis yang berusia awal 20-an dikesan menjadi dalang kes pecah rumah siang hari dengan menjadikan beberapa rumah flat kos rendah di kawasan yang disewa mereka di daerah ini sebagai sasaran utama.
Malah, kedua-dua gadis terbabit yang juga penagih dadah tegar bekerjasama dengan teman lelaki masing-masing untuk menjalankan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.
Sumber polis berkata, kumpulan empat geng pecah rumah itu diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah di flat PKNS, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
“Sebaik masuk dengan mengumpul pintu, mereka menyelongkar rumah berkenaan sebelum melarikan barang berharga antaranya telefon bimbit dan wang tunai. Malah, suspek turut melarikan perkakas rumah termasuk tong gas.
“Semua barangan berkenaan disimpan di rumah sewa mereka yang terletak berhampiran,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari pemilik rumah berkenaan selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 1 tengah hari.
SERDANG: Dua gadis yang berusia awal 20-an dikesan menjadi dalang kes pecah rumah siang hari dengan menjadikan beberapa rumah flat kos rendah di kawasan yang disewa mereka di daerah ini sebagai sasaran utama.
Malah, kedua-dua gadis terbabit yang juga penagih dadah tegar bekerjasama dengan teman lelaki masing-masing untuk menjalankan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.
Sumber polis berkata, kumpulan empat geng pecah rumah itu diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah di flat PKNS, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
“Sebaik masuk dengan mengumpul pintu, mereka menyelongkar rumah berkenaan sebelum melarikan barang berharga antaranya telefon bimbit dan wang tunai. Malah, suspek turut melarikan perkakas rumah termasuk tong gas.
“Semua barangan berkenaan disimpan di rumah sewa mereka yang terletak berhampiran,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari pemilik rumah berkenaan selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 1 tengah hari.
“Mangsa yang juga seorang warga Nepal berusia 26 tahun dan bekerja di kilang berhampiran rumahnya terkejut apabila mendapati kediamannya dipecah masuk sebelum melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.
“Berdasarkan laporan awal, mangsa mendakwa kerugian lebih RM800,” katanya.Susulan itu, anggota polis menjalankan siasatan sebelum terserempak gadis terbabit dan pasangannya dalam keadaan mencurigakan. Berikutan itu, polis menahan semua mereka sebelum siasatan dilakukan di rumah disewa mereka.
“Hasilnya polis menemui semua barang berharga milik mangsa dan beberapa barangan lain serta perkakas yang digunakan bagi tujuan pecah rumah. Suspek yang disoal siasat mengaku semua barang dalam rumah itu hasil rompakan.
“Siasatan lanjut mendapati semua suspek berusia antara 18 hingga 28 tahun. Kedua-dua lelaki pasangan gadis terbabit berasal dari Sabah, manakala gadis itu warga tempatan.
“Semua suspek yang positif dadah ketika ujian air kencing direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun,” katanya.
(Gambar sekadar hiasan)
UALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung. Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.
Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.
"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.
"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.
-kosmo
ALOR SETAR , 11 Nov. : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menjengah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah."Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah.""Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.
(Gambar: Mohd Muqri bersama katak kesayangannya)
Hahaha... pelik!! Mungkin bagi budak lain yang berusia 5 tahun berminat untuk bermain playstation tetapi lain pula bagi si cilik ini.
Besar sungguh katak di Pasir Mas ye....
Saya petik:
[HM] PASIR MAS: Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’.
Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.
Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui.
Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.
“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica’.
“Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.
Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.
Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.
“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.
“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.
Semoga Kerajaan Kelantan maju di bawah naungan al-Sultan dan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz.Saya petik:[SK] KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima semalam (10 Nov).Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air.“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda,” ujarnya.Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, sementara Nik Aziz dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra melalui penerbangan pertama 6.15 pagi semalam.Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.Nik Aziz ketika ditemui media di kediamannya petang semalam berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.“Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup,” ujarnya sambil tersenyum ceria.Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.