Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Najib terlibat dalam KONSPIRASI video lucah - Anwar

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan terbaru rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengannya, merupakan konspirasi peringkat tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, video palsu itu tidak mungkin didedahkan tanpa penglibatan Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Rais dan pihak atasan polis.

“Pihak atasan polis, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu tentang perkara ini (tayangan) dan membiarkan ia berlaku,” kata Anwar ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi tengahari tadi.

Anwar yang kebiasaanya ceria, hari ini kelihatan serius sewaktu memberikan beberapa sebab, mengapa beliau mengatakan video tersebut merupakan konspirasi jahat pihak atasan bagi menjatuhkan karier politiknya dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

“Pertama ia anjuran cara terbuka kepada wartawan, editor kanan dan mereka ditayangkan secara terbuka video lucah. Bolehkah di negara ini, di Carcosa Sri Negara dan beberapa tempat lain tayangan video lucah diadakan, yang merupakan jenayah berat,” kata Anwar.

Jangan guna laporan polis untuk tangkap saya- Anwar

Anwar seterusnya mengingatkan polis agar tidak menggunakan laporan yang dibuatnya sebagai alasan untuk menangkapnya seperti yang berlaku sewaktu kes Fitnah pada 1998 dahulu.

“Pada tahun 1998, kita buat laporan polis, kita yang didera.

“Saya ingatkan Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk tutup kesalahan mereka dan gugat kerjaya saya dalam politik,” kata Anwar dengan tegas.

Anwar juga sempat menempelak Najib dan Hishammuddin yang cuba ‘cuci tangan’ dari awal-awal lagi menafikan penglibatan mereka walau pun siasatan polis belum dilakukan.

“Najib dan Hishamuddin semalam menafikan mereka terlibat. Kenapa apologetik?,” tanya Anwar.

Anwar juga tidak menolak video fitnah terbaru ini direka cipta kerana pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik kes Fitnah II menjangkakan mereka akan kalah dalam kes itu.

Berita Berkaitan:

Anwar says Najib, Hisham involved in sex video scandal

[TMI] KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Anwar Ibrahim has accused Datuk Seri Najib Razak and Datuk Seri Hishammuddin Hussein of being involved with the video screening that allegedly shows him having sex with an unidentified woman.

Both the PM and the home minister had yesterday denied any involvement of the police and home ministry over the emergence of the sex video.

“The screening could not have been done without the protection of Najib and the home minister. What’s more, it was done officially in a prestigious hotel, where top news editors were invited.

“How was this possible?” Anwar told reporters today, after lodging a police report on the matter at the Dang Wangi police station here.

The PKR de facto leader said that he had proof to support his allegation, and later told The Malaysian Insider that the proof was in the inaction by the police over the viewing of the sex video.

“These individuals have committed all forms of crime — criminal defamation, intimidation, and the viewing of pornography in public.

“My proof of high-level involvement is that why no action was taken by the police on this? How can porn be displayed publicly? It’s protection by the police,” said Anwar.

The opposition leader also charged that Najib’s immediate reaction in denying any police involvement last night was “strange”.

“Najib has denied any involvement . . . before any investigation has taken place.

“Why are you so apologetic?” said Anwar to a rousing applause from the 60-odd supporters who were present when he lodged the police report.

Anwar has himself denied that he was the man in the video, and called the emergence of the recording a “scurrilous attack” against him, his family and Pakatan Rakyat (PR).

PKR’s top brass, who included president Datuk Seri Dr Wan Azizah, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya and N. Surendran, were all with Anwar today.

PR leaders were on the defensive yesterday, denying that the man in the video was Anwar, almost immediately after the video was screened to selected journalists by a shadowy figure who only identified himself as “Datuk T”.

“Datuk T” had said that the video was taken from closed-circuit television camera recordings found in a hotel room in Kuala Lumpur.

Anwar said today: "I have evidence . . . that this is a new form of political, malicious persecution . . . they want to character assassinate me.

"I believe that this is a planned attempt to force me and my wife out of national politics, and is part of a well-planned conspiracy," he said, reading out excerpts of his police report to reporters and PKR supporters.

Anwar demanded that a fair, thorough investigation be conducted by the police that the perpetrators be charged in court.

"I would like to remind the home minister that this should be investigated, and not use my report or case to harass me," added Anwar.

This has not been the first time the opposition leader has been accused of having affairs, but analysts say the latest accusation might prove to be the breaking point for the federal opposition.

Anwar was sacked as deputy prime minister in 1998 and charged and convicted of sodomy. He spent six years in prison before the country’s top court overturned the conviction in 2004.

After his release, Anwar led his PKR, DAP and PAS to record gains in Election 2008, denying Barisan Nasional (BN) its traditional two-thirds parliamentary majority and cemented the three parties’ status as serious challengers for power with the formation of the PR pact.

But he was arrested later the same year and charged again in court on another sodomy accusation involving a former male aide, a charge he has denied.

So far Anwar has remained defiant in the face of the latest scandal, and despite the bleak outlook his supporters point out that he has made at least one improbable comeback in his career after he was jailed and could still do so.

Zulkifli Noordin YAKIN 110 peratus Anwar dalam video seks!!

Label:

Apakah si Lebai ini akan jawab sekiranya dakwaan beliau terhadap Anwar itu FITNAH? Anda tanggunglah di Padang Mahsyar kelak!!

Saya petik:

[UtusanMeloya] KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ibu tunggal & 3 anak perempuan dipukau, dirogol bomoh!!

Label:

Saya petik:

[BH] ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.

“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.

(Gambar hiasan)

Suami cedera diserang, digigit isteri pertama!!

Label:

Saya petik:

[TMI] KOTA BAHARU, 21 Mac – Seorang pekerja kilang cedera diserang isteri pertama di rumah isteri keduanya di Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat dekat sini hari ini.

Amukan isteri pertama berusia 31 tahun itu, yang dikatakan bertugas sebagai guru Fardu Ain, turut menyebabkan ibu mentua lelaki berkenaan cedera selepas terkena parang tumpul yang dibawanya.

Mangsa, 30, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 8 pagi.

“Ketika kejadian, saya baru sahaja selesai mandi, tiba-tiba terdengar jeritan dan kekecohan dari luar rumah sebelum saya keluar dan melihat isteri pertama saya sedang menendang pintu rumah sebelum bergelut dengan saya.

“Dia yang datang seorang diri, membawa sebilah parang tumpul dan cuba melibasnya ke arah saya, bagaimanapun, ketika mengelakkan diri dari serangan itu, ibu mentua saya pula terkena libasan parang berkenaan, menyebabkan dia cedera di tangan,” katanya kepada pemberita.

Mangsa, yang mempunyai lima cahaya mata dengan isteri pertama, turut cedera di beberapa bahagian badan dan muka ekoran digigit serta dicakar.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Binjai dan dirujuk ke Balai Polis Kota Baharu.

Menurutnya, beliau tidak pulang ke rumah isteri pertama hampir dua bulan kerana bekerja di Kuala Lumpur, dan mereka kini dalam proses bercerai.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu berlaku disebabkkan perkahwinan dengan isteri kedua yang berusia 19 tahun sejak tiga bulan lepas kerana ia mendapat persetujuan isteri pertamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan. – Bernama

(Gambar hiasan)

[kemaskini] Video Seks Fitnah disokong pihak berkuasa & membabitkan polis cawangan khas - Anwar

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

[TVS] PETALING JAYA 21 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.

"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi," tegas Anwar.

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik."Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PkR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Benarkah orang dalam rakaman aksi seks itu "Anwar Ibrahim"?

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.

"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya.

"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.

Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan.

Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat.

Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil.

Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.

Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu.

===================================================================

P/s: Mudahnya jalan cerita terbaru gerombolan kali ini.
* Datuk T terjumpa rakaman video tersebut dalam bilik hotel di Kuala Lumpur.
* Mengapakah Datuk T tidak membuat laporan dan menyerahkannya kepada polis?
* Apakah motif ianya ditayangkan kepada wartawan sahaja?
* Siapakah Datuk T sehingga berani mengugut
akan mendedahkan video tersebut jika tuan punya badan tidak meletakkan jawatan?
*Mengapakah isteri pemimpin pembangkang juga perlu berundur dari politik jawatan?

BN sudah buntu dalam kes liwat Anwar Ibrahim...
Oh ya, ada pilihanraya yang akan berlangsung di Sarawak....

Isteri lari kerana BURUNG!!

Label:

(Mohd Affendi menunjukkan gambar perkahwinannya)

Saya petik:

[SH] FELDA KERTEH 4 - “Saya masih sayangkan dia. Saya mahu dia pulang ke pangkuan saya. Jika dia kembali, saya berjanji untuk melepaskan dua ekor burung tekukur peliharaan yang mungkin jadi punca kenapa dia lari dari rumah,” luah Mohd Affendi Mustaffa, 25.

Mohd Affendi, seorang pemotong rumput kini buntu berikutan isteri yang baru dinikahinya beberapa bulan lalu melarikan diri dipercayai berpunca daripada salah faham antara mereka.

Dia yang juga anak seorang peneroka Felda ketika mengadu masalahnya di Pusat Aduan Komuniti Sinar berkata, dia sama sekali tidak menyangka gadis yang menjadi pilihan hidupnya itu tergamak menolak cinta sucinya biarpun pernah menjadi teman sebantal.

Menurutnya, sejak menikahi isterinya September tahun lalu, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami, apatah lagi menafikan nafkah hidup kepada insan yang disayangi itu.

Katanya, kemuncak kemarahan isterinya itu apabila dia tidak dapat menurut kehendak isterinya untuk melepaskan burung peliharaan kesayangannya.

Affendi berkata, hobi memelihara burung sejak zaman bujang itu masih diteruskan sehingga dia berkahwin. Namun difahamkan, hobinya itu merimaskan isterinya yang berasal dari Kuala Terengganu itu.

“Pada 3 Disember lalu, dia meminta izin saya kononnya untuk pulang ke orang tuanya, jadi saya menghantarnya ke stesen bas di Ketengah Jaya.

“Bagaimanapun dia tidak pulang ke kampungnya, sebaliknya keesokan harinya dia menghubungi saya bahawa dia enggan pulang ke pangkuan saya dan ingin menetap di Johor Bharu,” katanya.

Katanya, dia telah membuat laporan di Pejabat Agama Dungun dan berharap isterinya segera pulang dan sedia memaafkan kesalahan isteri kerana dia masih sayangkannya.

[PANAS] Karpal timbang heret Najib kerana hina mahkamah

Label:

Saya petik:

[MK] Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

Karpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Suamiku tidur berpelukan dengan perempuan simpanan

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: “Saya dihalau dari rumah oleh suami gara-gara minyak dagu yang diberi perempuan simpanannya yang kini sudah mengandung dua bulan,” kata Maya, 23, yang terkejut melihat suaminya tidur berpelukan dengan perempuan lain dalam bilik tidur mereka, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu menjawab tanda tanya mengenai sikap suaminya berusia 28 tahun yang dingin terhadapnya sejak dua bulan lalu dan menghalaunya keluar dari rumah mereka di Ampang.

Maya berkata, terkejut dan marah dengan perkara itu, dia yang baru sampai dari kampung di selatan tanah air meminta bantuan jiran dan memanggil pihak masjid yang juga wakil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menangkap mereka tetapi hanya diberi kaunseling saja.

“Mereka tidak dikenakan tindakan apa-apa atas alasan lengkap berpakaian tetapi saya sendiri melihat mereka tidur bersama di bilik tidur kami.

“Marah dengan sikap suami, saya mengunci semua pintu rumah bagi mengelak mereka keluar dan menunggu kedatangan pegawai masjid untuk menangkap mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika menunggu dia melihat pasangan itu sudah bangun dan melihat suaminya berdiri di tepi tingkap sambil menjerit mahu mencederakan dirinya sekiranya tidak mahu membuka pintu.

“Suami menggugut melakukan sesuatu yang buruk ke atas saya dan keluarga hingga memaksa saya membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, pagi tadi (semalam).

“Saya mahu keadilan dan tindakan sewajarnya ke atas mereka. Saya yakin suami dan pasangan masih bebas melakukan maksiat,” katanya. Maya berkata, mereka berkahwin dua tahun lalu atas dasar cinta tetapi kira-kira dua bulan lalu, suaminya membuat perangai selepas mengenali wanita berkenaan.

“Pada mulanya dipercayai suami terkena buatan (sihir) apabila langsung tidak pulang ke rumah memaksa saya menemui bomoh dan diberitahu wanita itu memberinya minyak dagu,” katanya.

(Gambar hiasan)

‘Keberanian’ Najib bukti terlibat atur kes Fitnah II

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak memperalat media tempatan untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dengan menawarkan DNA beliau sendiri, membuktikan penglibatannya Perdana Menteri itu dalam kes Fitnah II.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, desakan berkenaan sekadar mengesahkan Presiden Umno itu terlibat dalam mengatur konspirasi menjatuhkan Anwar.

“Bila Najib kata ‘Anwar patut serah DNA,’ dan ‘kami mahu tahu siapa Jantan Y,’ dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).

Malah, Sivarasa yang juga seorang peguam, percaya kenyataan Najib itu umpama arahan berselindung atau isyarat kepada mahkamah untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA.

“Tak wajar Najib mengeluarkan kenyataan begitu kerana ia seolah-olah cuba mempengaruhi mahkamah. Ia boleh dilihat sebagai arahan kepada mahkamah untuk menekan Anwar.

“Malah, ia juga satu penghinaan pula terhadap sistem perundangan,” katanya.

Merujuk kenyataan Najib yang ‘tidak takut menyerahkan DNA’ dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sivarasa berkata, ‘keberanian’ Najib hanya wayang yang tidak memberi sebarang makna.

Merujuk kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 2008 dalam akuan bersumpah pertama yang mendedahkan Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya, beliau berkata:

“Tak guna dia (Najib) serah DNA. Tubuh Altantuya sudah tiada,” katanya dan menyatakan DNA Najib hanya perlu jika tubuh Altantuya tidak diletupkan.

Bayar RM150 ribu untuk dapat gelaran Datuk. Rupa-rupanya PALSU!!

Label:

Ada individu yang sanggup membayar RM150 ribu untuk mendapatkan title Datuk. Rupa-rupanya dikencing NGO yang tidak bertanggungjawab... Siapakah dalang di sebalik NGO itu?

Saya petik:

[TMI] KOTA BHARU, 20 Mac — Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.

Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “datuk” kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.

Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.

“Untuk mendapatkan gelaran “datuk” ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lepas,” katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis — satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.

Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

“Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya. — Bernama

Bakal suami anda warga asing? Berhati-hatilah

Label:

Saya petik:

[HM] KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam menasihatkan wanita tempatan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan bagi mengelak terperangkap agenda tersembunyi bakal suami, khususnya membabitkan warga asing yang menjadi trend baru pernikahan sekarang.

Beliau berkata, pernikahan hendaklah berlangsung mengikut adat dan hukum syarak serta menggunakan jurunikah bertauliah mengikut kariah masing-masing serta mengelak kahwin lari atau secara tersembunyi terutama di selatan Thailand.

“Saya dapati trend pernikahan membabitkan warga asing dan wanita tempatan di selatan Thailand semakin meningkat dan membimbangkan. Satu jalan penyelesaian perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan berkahwin di negara jiran.

“Saya tidak menolak kemungkinan ramai penduduk Perlis yang bersempadan dengan Thailand turut mengambil kesempatan berkahwin di sana (selatan Thailand) kerana dianggap mudah tanpa memikirkan kesan di segi jangka panjang perkahwinan terbabit,” katanya ketika ditemui di Dewan 2020, di sini, semalam.

(Gambar hiasan)

Artis ini nekad BERTUDUNG. Syabas!!!

Label:

Baguslah kalau sudah sedar bahawa menutup aurat itu wajib dan mendedahkan aurat itu adalah haram...

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.

“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.

Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.

Empat MADU ini berpakat pecahkan tembelang suami!!

Label:

TEKAD BALAS... empat ‘madu’ melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat ‘madu’ yang berganding bahu untuk memporak-perandakan hidupnya.

Pakatan berkenaan membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang.

Sebagai wanita, dia berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan.

Antara perancangan empat mangsa lelaki yang selayaknya digelar kasanova kaki temberang itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.

“Kami menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar lelaki itu selepas tembelangnya pecah. Kami juga mendapat maklumat dia akan berkahwin dengan seorang lagi mangsanya beberapa bulan lagi.

“Tunggulah kehadiran kami,” kata seorang mangsa mewakili kumpulan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nani, 28.

Nani ditemui Metro Ahad bersama dua lagi mangsa dikenali sebagai Miza, 42; Dira, 51, dan bekas isteri lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Alin, 29.

Menurut Nani, tembelang lelaki itu terbongkar selepas dia, Miza dan Dira yang masing-masing berstatus ibu tunggal berhubung antara satu sama lain di laman sosial yang menjadi punca kepada perkenalan mereka dengan lelaki terbabit.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu sekitar Ogos tahun lalu menerusi laman sosial dan segala-galanya terbongkar dua bulan lalu.

“Dalam laman sosial itu, Miza dan Dira turut menjadi kenalan saya. Apabila berhubung antara satu sama lain, masing-masing bercerita mengenai ‘drama king’ itu dan terbongkarlah rahsia.

“Dalam menjalin hubungan cinta dengan saya, rupa-rupanya dia turut bercinta dengan dua rakan saya. Taktiknya sama, antaranya menggunakan panggilan diri ‘papa’ dan menagih simpati dengan mengatakan ibunya terlantar di hospital dua tahun akibat koma,” katanya.

Nani berkata, lelaki itu turut merayu supaya diberikan RM15,000 untuk menanggung kos rawatan ibunya.

“Dengan saya dia minta RM15,000, begitu juga Miza dan Dira. Kerana tertipu dengan janji manisnya, sepanjang perkenalan, saya menyerahkan lebih RM10,000.

“Paling menyedihkan, saya sanggup meminjam RM5,000 daripada along untuk diberikan kepadanya,” katanya yang turut mengakui menyerah tubuhnya kepada lelaki itu sehingga kini mengandung dua bulan.

Menurut Nani, satu lagi tembelang yang dibongkar, lelaki yang pada mulanya mengaku bujang itu rupa-rupanya berkahwin.

“Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya dan menggantikan dengan ‘telefon buruk’ miliknya. Saya mengesan satu nombor tanpa nama dan menghubunginya.

“Alangkah terkejutnya saya, individu yang saya hubungi adalah isterinya. Isterinya tidak terkejut kerana tahu kerenah suaminya yang banyak skandal dengan wanita, malah pada masa sama mengakui tidak tinggal sebumbung dan akan bercerai,” katanya.

Selepas mengenali satu sama lain sebulan lalu, Nani bersama Miza, Dira dan Alin mengadakan pertemuan dan terbongkarlah lebih banyak rahsia lelaki itu.

“Dalam pertemuan itu Alin mengesahkan sudah bercerai. Walaupun masing-masing sakit hati tetapi apabila bercerita, lucu pula jadinya.

“Ketika menjalin hubungan dengan kami, dia sudah ada isteri. Dengan saya dia janji nak kahwin April tahun ini dan dengan dua lagi ‘kekasihnya’ (Miza dan Dira), dia janji nak kahwin pada Mei dan Jun. Justeru, kami ini empat madulah jadinya,” katanya.

Menurut Nani, dakwaan lelaki itu bahawa ibunya sakit juga dusta semata-mata.

“Kami sudah berjumpa ibunya. Memang dia raja drama sebab ibunya sihat saja di rumah. Kami juga bertemu seorang adik beradiknya dan ternyata dia memang penipu,” katanya.

Nani mengakui ‘tewas’ dengan ayat manis lelaki itu dan kini menyesal.

“Saya pun sukar menyatakan mengapa saya jatuh hati dengannya sebab boleh dikatakan dia masuk dalam kategori kasanova ‘cap ayam’. Nak kata tampan, tak adalah pula, perut buncit adalah.

“Cuma, dia guna ayat manis untuk memikat sehingga saya terpikat. Kini, saya menanggung akibatnya,” katanya.

Bagi Miza pula, dia kerugian kira-kira RM1,000 selepas ‘buta-buta’ menyerahkan wang kepada lelaki itu.

“Lelaki itu memang pandai memujuk rayu. Kerjanya asyik minta wang... tambah nilai kredit telefon bimbit pun minta dengan saya.

“Kira-kira RM1,000 sudah saya beri kepadanya. Selepas tembelangnya terbongkar, saya akan menuntut kembali wang saya,” katanya.

Dira pula berkata, dia kerugian kira-kira RM500 sepanjang berkenalan dengan lelaki itu.

“Eloklah tembelangnya pecah sebab belum apa-apa, sudah terserlah sikap buruknya. Kerjanya asyik cemburu, mengongkong dan memaki saja.

“Nasiblah siapa mangsanya selepas ini. Orang seperti itu tidak akan berhenti menipu dan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Alin mengakui sehingga hari ini dia menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali melepaskan kemarahan dan menuntut wang.

“Saya memang ada menggunakan nombor telefon bekas suami. Justeru, ada wanita yang dikenakan bekas suami menghubungi nombor telefon itu.

“Saya nak buat macam mana. Pekakkan telinga sajalah,” katanya.

Libya diserang tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah!

Label:

Saya petik:

[TMI] TRIPOLI, 20 Mac — Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.

Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya “diceroboh musuh”.

Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu.

Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.

Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.

“Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan,” kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.

“Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan,” kata beliau.

Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya “berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu.”

Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain.

Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.

Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.
Najib terlibat dalam KONSPIRASI video lucah - Anwar
Selasa, Mac 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Mac 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Mac 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai