[HM] KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam menasihatkan wanita tempatan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan bagi mengelak terperangkap agenda tersembunyi bakal suami, khususnya membabitkan warga asing yang menjadi trend baru pernikahan sekarang.
  Beliau berkata, pernikahan hendaklah berlangsung mengikut adat dan  hukum syarak serta menggunakan jurunikah bertauliah mengikut kariah  masing-masing serta mengelak kahwin lari atau secara tersembunyi  terutama di selatan Thailand.
  “Saya dapati trend pernikahan membabitkan warga asing dan wanita  tempatan di selatan Thailand semakin meningkat dan membimbangkan. Satu  jalan penyelesaian perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan berkahwin  di negara jiran.
“Saya tidak menolak kemungkinan ramai penduduk Perlis yang  bersempadan dengan Thailand turut mengambil kesempatan berkahwin di sana  (selatan Thailand) kerana dianggap mudah tanpa memikirkan kesan di segi  jangka panjang perkahwinan terbabit,” katanya ketika ditemui di Dewan  2020, di sini, semalam.
(Gambar hiasan)
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments (0)
Catat Ulasan