Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Si mamat songkok tinggi yang perasan!!

Label:

Saya petik:

NGO Melayu bisu sejak saya lepas jawatan Perkasa, kata Arman

[TMI] KUALA LUMPUR,  6 April — Arman Azha Abu Hanifah mendakwa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak ‘cergas’ dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu. 

Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi ‘polemik’ sejak kebelakangan ini.

“Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara dengan saya dulu,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.

Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.

“Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?” kata Arman Azha lagi.

Arman Azha mengumumkan keputusan melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa Rabu lalu atas alasan mahu aktif dalam politik.

Selain soal Alkitab, kata beliau, beberapa isu lain termasuk yang berkaitan dengan usaha pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga tidak dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

Katanya beliau ada mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan Kampung Baru awal minggu ini.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ini enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dimaksudkan itu.

“Saya tidak mahu sebutkan, tidak...,” katanya.

“Memang ketika di Perkasa, saya ada wujudkan kerjasama dalam membawa isu-isu berkaitan dengan orang Melayu tetapi apabila saya sudah tidak ada, mereka sepatutnya boleh lakukan... tetapi nampaknya mereka perlukan satu dorongan untuk bergerak ke depan (membawa isu),” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Azman Azha, beliau memberi masa sehingga Jumaat ini kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu terbabit untuk membawa isu semasa khususnya yang berkaitan dengan Alkitab.

“Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,” katanya lagi.

Harga RON95 bakal naik lagi?

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol Ron 95 dalam tempoh terdekat, walaupun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Siang Chai berkata, kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan hanya menaikkan harga minyak Ron 97.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memberi jaminan harga minyak Ron 95 akan terus kekal, ini disebabkan harga bahan api dalam pasaran dunia itu adalah tinggi sehingga mencecah AS$108 setong,” katanya menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai langkah kerajaan berikutan kenaikan harga petrol Ron 97 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Kenaikan petrol Ron 97 dengan harga baru dijual pada RM2.70 seliter bermula 1 April lalu, bagaimanapun tidak melibatkan Ron 95 dan bahan api lain di negara ini.

Pada 31 Januari lalu, harga Ron 97 yang diapung mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai jumlah perbelanjaan kos subsidi terpaksa ditanggung kerajaan dalam memastikan harga barangan kekal rendah di pasaran, Lim berkata, sejumlah RM23.1 bilion diperuntukkan untuk subsidi, insentif dan bantuan pada tahun: lalu.

Menerusi jumlah itu, menurutnya, sebanyak RM14.2 bilion adalah untuk subsidi dan RM543.6 juta bagi insentif, manakala RM8.4 bilion untuk bantuan.

“Daripada RM14.2 bilion perbelanjaan subsidi itu, sebanyak RM11.5 bilion atau 81 peratus dibelanjakan untuk memastikan harga barangan tertentu berada di bawah harga pasaran.

"Subsidi itu seperti bahan api, petrol, diesel dan Gas memasak (LPG) sebanyak RM9.6 bilion, skim penstabilan minyak masak (RM828 juta), subsidi gula RM708.2 juta, subsidi beras (RM287.9 juta) dan tepung gandum (RM888.2 juta),” katanya.

Beliau berkata, hasil Program Rasionalisasi Subsidi yang dimulakan pada 16 Julai tahun lalu melibatkan subsidi gula dan bahan api, kerajaan telah dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta pada tahun lalu.

“Program seterusnya dilaksanakan pada 4 Disember tahun lalu melibatkan subsidi bagi kedua bahan yang sama dan langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.18 bilion,” katanya. - Bernama

Politik trans'PORN'masi, jangan terpedaya!!

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.

Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.

Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.

“Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga,” katanya kepada Harakahdaily.

Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.

Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.

“Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja,” katanya.

Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.

“Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?

“Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?” soalnya.

(Gambar hiasan)

[BONGKAR] 2 orang berbeza: Video seks Anwar sah video tipu!

Label:

Sejak dari awal lagi, Datuk T (sebut Datuk Tipu) tidak berani menghebahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi mengelakkan penipuannya dikesan oleh jutaan manusia di internet. Berbeza sekali dengan pendedahan cctv Chua Soi Lek, jika benar pelakon dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, sepatutnya Datuk T, tidak akan teragak-agak untuk menyebarkannya.

Baru lepas sehari pendedahan video tersebut, pelbagai penipuan telah terbongkar. Kali ini satu lagi penipuan berjaya dikesan berdasarkan video seks sepanjang 1.47 minit yang didedahkan oleh blog-blog pro gerombolan songkok tinggi sejak semalam. Sebelum ini blog MiLo SuaM juga telah mempersoalkan kewujudan 2 lelaki berbeza mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut, rujuk sini [Video Anwar]

Kalau dilihat, lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut pada sela masa 1:16, tidak memiliki janggut sebelum memeluk seorang perempuan yang didakwa pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu. Lihat gambar di bawah.

Sekiranya benar lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ada menggunakan teknik ataupun ubat untuk melebatkan janggutnya. Ini kerana pada 22 Febuari 2011 Anwar muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah yang dipetik daripada video rakaman TV Selangor.

Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila tonton sendiri untuk mengesahkan.

sumber: di sini

12 murid dicabul lelaki warga asing sejak 5 bulan!!

Label:

Saya petik:

[SH] KOTA TINGGI - Seramai 12 murid tahun lima dan enam sebuah sekolah di sini mendakwa dicabul dua lelaki yang mengendalikan sebuah kedai runcit berhampiran sekolah terbabit, sejak lima bulan lalu.

Perbuatan terkutuk dua lelaki itu terbongkar setelah seorang daripada mangsa berkenaan melaporkan kejadian terbabit kepada guru sekolah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dua warga asing, berusia 21 dan 27 tahun itu, ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul murid terbabit sejak Oktober tahun lalu ketika mangsa membeli makanan ringan di kedai itu selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan.

Muhammad berkata, berikutan aduan mangsa, guru sekolah terbabit telah mengumpulkan semua murid perempuan tahun lima dan enam untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Polis menerima laporan daripada pihak sekolah dan siasatan awal mendapati seramai 12 murid mendakwa pernah dicabul dua suspek itu sejak Oktober tahun lalu. Polis, dengan kerjasama guru, telah merekodkan percakapan mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian terakhir pada 15 Mac lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, suspek pertama berusia 21 tahun dan mengendalikan kedai runcit itu sejak 2007.

Kedai itu dipercayai milik penduduk tempatan, tetapi disewakan kepada suspek terbabit.

Seorang suspek lagi adalah pembantu kedai, berusia 27 tahun. Siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Puluhan orang kampung di Penanti, Pulau Pinang berkumpul tonton video seks?

Label:

Kalau bukan orang kerajaaan BN menjadi dalangnya, siapa lagi?  Apa tidaknya, Biro Tata Negara dan Pejabat Kemas  (agensi kerajaan) digunakan untuk menayangkan video seks itu secara "free". Memang gila!!

Saya petik:

Video Seks Fitnah Ditayang Di Kursus BTN
 
[TVS] PULAU PINANG : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis. 

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.

Orang ramai boleh TANGKAP mereka bertiga ini. Anda berani???

Label:

Saya petik:

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

[KD] SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan  Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Parlimen tidak akan tayang video seks

Label:

Saya petik:
Rakaman Video Seks Tidak Akan Ditayang Di Parlimen - Pandikar 

[MStar] KUALA LUMPUR: Rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang tidak akan ditayang di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik.

"Pendapat saya mengenai hal ini adalah begini, iaitu sewaktu mesyuarat ahli-ahli Yang Berhormat adalah dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat seperti 'unparlimentary words' atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

"(Jika) yang itu pun tidak dibenarkan mesyuarat, macamana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama melanggar Peraturan Mesyuarat (dan) sengaja di bawa ke Dewan Rakyat, kedua dalam Islam itu adalah perkara yang haram.

"Jadi saya ingatkan Yang Berhormat kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang-wenangnya. Dalam Dewan ini kita dipandu oleh etika-etika tertentu, jangan oleh kerana kepentingan politik individu menjustifikasikan tindakan dahulu, lepas itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelindung," katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangkit untuk bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan anggota Parlimen mempunyai imuniti yang melindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah. - BERNAMA

Kes cabul: Polis rakam keterangan Badul

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Harian Metro semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu. 

Berita terdahulu, sila klik di sini.

[VIDEO] 18 SX: Boroinya pelakon lucah terbitan um-porn ini

Label:

Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”.

Selamat menonton video

DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli Parlimen atau tidak, para pelajar internet, website dan blog sudah pun menyaksikannya lewat tengah hari ini.

Hari ini promo atau previu video berkenaan sudah ditayangkan di dalam blog, Fb dan sebagainya. Saya sudah dihantar klik video berkenaan. Beberapa portal berita juga sudah melaporkan perlacaran video terlaris di Malaysia itu.

Tidak ada erti dan maknanya lagi penyiasatan ke atas video berkenaan sama ada oleh polis atau mana-mana pihak. Cadangan suruhnjaya di raja untuk menyiasat video berkenaan juga tidak diperlukan lagi. Rakyat akan membuat penilaian sendiri dengan video berkenaan yang kini sudah memenuhi alam siber.

Saya tidak mahu mengulas akan ketulenannya. Ketua polis negara Ismail Omar dengan kuasa yang ada kepadanya berhak mengatakan video berkenaan tulen tanpa merujuk kepada mana-mana juzuk ketulenan itu. Apakah pita berkenaan atau watak di dalamnya yang tulen, walahualam.

Pertamanya apa yang perlu ditolak ialah kepada rakaman video berkenaan. Orang yang merakam kemudian mendedahkannya lebih jahat, kejam dan tidak bermoral dari watak yang ada dalam video berkenaan. Kalaulah pendedahan itu dibuat oleh si watak dalam video berkenaan maka dialah paling celaka dalam dunia ini.

Pun begitu orang yang merasa kesal, aib dan celaka orang seperti kita. Bagi mereka ia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan rasa lagi. Kehidupan mereka itu lebih kurang lembu dan kerbau saja yang boleh mengawan di mana-mana saja. Haiwan membezakan akal budi mereka dengan manusia begitu juga mereka yang membikin, menyiarkan serta menonton video berkenaan. Tiada akal budi.

Jelas apa dilakukan itu bermotif politik. Bila ia bermotif politik maka nawaitu di sebalik pendedahan itu tidak genuie lagi. Betapa pun benar apa yang berlaku dalam video itu tidak akan diterima sebagai satu kebenaran lagi. Isi video itu bukan kalamullah yang patut diagungkan. Ini bukan saja melibatkan Anwar tetapi kalau Najib, Mahathir, Rosmah maupun Tengku Razaleigh dan Haji Hadi serta Nik Aziz juga.

Ingatlah sesuatu yang melampau hatta ianya benar dan baik ia boleh menjadi tidak baik. Macam dadah asalnya ia baik tetapi kalau pengambilannya melampau ia merbahaya dan nilai kebaikannya sudah pun tidak ada lagi.

Bagi orang yang sudah lama menolak keperibandian Anwar yang disabutkan dalam video itu ia tidak akan mengugahkan sokongan kerana mereka menyokong Anwar bukan atas prinsip peribadiannya tetapi perjuangannya.

Samalah kita menyokong seroang pemimpin kafir - bukan Islam bukan kerana agamanya, tetapi kerana kepimpinannya itu. Misalnya Melayu Pulau Pinang menyokong Lim Gua Eng bukan kerana akidahnya tetapi kerana perjuagannya. Begitu kalau orang Melayu menyokong V Manikvasagam atau Tan Chan Lok dulu, bukan kerana akidahnya tetapi toleransinya sebagai satu warganegara.

Inilah dua keadaan yang perlu dibezakan. Justeru kepada saya penayangan video itu tidak akan mengubahkan keadaan sebaliknya sokongan kepada Anwar akan bertambah. Makanya adalah silap kalau Najib mengambil kira penayangan video itu ia memberi cerlak dan ketika baik untuknya.

Perjuangan Anwar tidak akan mati, kecualilah jasadnya dileburkan persis Altantuya. Semangat perjuangan, idealisme perjuangan yang dibawa atau diobori olehnya sudah berada dalam jiwa setiap penyokongnya. Mereka tidak akan berganjak dan membalikkan diri daripada menolak Anwar. Mereka bukan individu-individu munafik dan keparat yang membuat sokongan kerana mencari makan.

Dari sudut perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu runsing, sebab pandokongnya tidak berubah hati. Sebaliknya yang akan menjauhkan diri ialah mereka yang sudah berada di luar gelanggang yang sudah lama bermasalah dengan Anwar atas berbagai isu dan alasannya. Bagaimana kasih dan cintanya Azizah kepada Anwar atas nama suami, maka demikian kasih dan cintanya rakyat kepada Anwar atas nama pemimpin.

Dipetik daripada blog Mohd Sayuti Omar

Umno BN ajar rakyat tonton video lucah!!

Label:

Saya petik:

[KD] SUBANG JAYA: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebenarnya mengajar rakyat Malaysia bercakap hal-hal lucah semata-mata mahu  menimbul video fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap hari saya akan menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Dah tengok ke belum? Hari ini, orang hanya bercakap pasal perkara lucah.

“Ini semua gara-gara kerajaan Malaysia ajar rakyat tengok video lucah. Kalau tanya saya mahu tengok atau tidak, saya akan cakap aku tak tengok, tak mahu tengok dan tak akan tengok,” kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian pada ceramah ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ di Stadium 3K SS13/1, Subang Jaya malam tadi.

Turut berucap dalam ceramah anjuran bersama ibu pejabat KEADILAN dalam siri Jelajah Pimpinan KEADILAN 2011 itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mohamad Sabu berkata, taktik politik kotor yang melanda negara sekarang akibat pemimpin yang dirosakkan isteri sendiri.

“Di Tunisia, Ben Ali rosak kerana bininya, Leila. Di Mesir, Hosni Mubarak rosak kerana bininya, Suzanne. Di Malaysia Najib, rosak kerana isterinya Rosmah Mansor,” katanya disambut sorakan penyokong.

Beliau turut percaya tayangan dan pengedaran video fitnah adalah agenda kerajaan untuk mengaburi mata rakyat dengan krisis penyelewengan negara.

[VIDEO] Putera Raja Saudi belanja sejuta dolar di kelab malam

Label:

Isteriku rupa-rupanya JANTAN!!

Label:

Saya petik:

[kosmo] JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.
Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.
Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi

[VIDEO] 18 SX: Gadis in curi duit dan sorok dalam "anu"nya!!

Label:

Alahai...
Sebelum ini kita sering mendengar wanita sembunyikan dadah dalam kemaluannya
Dan kes ini pun sama cuma barang sahaja yang berbeza....DUIT

Dan kes ini pun sama cuma barang sahaja yang berbeza....

Kredit untuk bestoneoffour

Kerana RM7, Murid 7 tahun MATI dibelasah guru

Label:

Saya petik:

[HM] KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak
Si mamat songkok tinggi yang perasan!!
Rabu, April 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, April 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, April 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai